• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Riza Baharudin. Bidadari Salju ditayangkan bermula 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. Drama ini mempunyai sebanyak 28 episod dan telah berakhir pada Khamis 21 Januari 2021.  Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton drama ini atau tertinggal beberapa episod bolehlah anda maraton di link yang disediakan dibawah ini. Geram dengan watak Hariz yang suka membuli dan menghina Kayra.


Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju

Episod 1- Episod 28

JUDUL : BIDADARI SALJU

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 

WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra

PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin

PRODUKSI : Primeworks Studis & A.Aida Production

PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 



WATAK PELAKON DRAMA BIDADARI SALJU


Adam Lee sebagai Hariz

Sweet Qismina sebagai Kayra

Jasmine Suraya sebagai Jeanny

Chacha Maembong sebagai Dania

Fimie Don sebagai Naufal

Jaja Iliyes sebagai Anita 

Zaki Azeman sebagai Aiman

Syazuwan Hassan sebagai Raqib

Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi

Siti Khadijah Halim sebagai Marissa

Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman

Lisdawati sebagai Puan Fauziah

Rosnah Johari sebagai Mariam 

Lan Zailan sebagai Ilias 


LAGU TEMA / OST DRAMA BIDADARI SALJU


Mimpi - Haqiem Rusli 

Pewangi - Zali Rusli 

Suratan Luka - Muna Shahirah 

SINOPSIS BIDADARI SALJU


Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... Musim PKP adalah musim untuk mencuba resepi!  Esok Bonde bercadang nak buat resepi dibawah ini, Bonde jumpa di telegram, Sekali tengok gambar.. Nampak sangat sedap, tengok pulak resepi mudah sahaja, bahan-bahan senang cari dan cara nak buat pun mudah.  Jadi Bonde kongsikan di bawah ini resepinya kalau anda semua berhajat nak buat juga.




𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗞𝗢𝗞𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗨𝗦𝗨 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗣


Bahan-Bahan :

Sumi jelly 2 packet

1 tin susu pekat

2 tin susu cair

1 tin laici

1 tin buah buahan koktel

1 tin buah longan

Cara-caranya:

1)masukan susu cair dan susu pekat..kacau-kacau

2)masukan buah buahan koktel,laici,longan

3)kacau-kacau semua bahan..

4)last sekali isi ais batu..siap di minum

kredit : izara anie

Minum waktu panas-panas pasti sedap! nyaman jer rasa dekat tekak betul tak?

Selamat Mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua...rupanya ramai jer yang masih tidak tahu kenapa ada resepi diberi nama Daging Harimau Menangis?  Resepi ni sangat popular sekarang dan ramai yang membuat andaian sendiri tentang nama resepi nih... Lagi pun ini resepi adalah kesukaan Bonde.  Kalau beli daging pasti nak buat resepi ni... suka sangat makan waktu panas-panas! sebelum ni Bonde pon ada kongsikan resepi Daging Harimau Menangis, tapi ni resepi versi Bondelah he he he ! Tapi anda tahu tak ? asal usul nama harimau menangis ni?  Bila Bonde google search, apa yang Bonde jumpa adalah butiran dibawah.  Jadi anda bolehlah baca kedua info dibawah ini bagi menjelaskan nama di seballik resepi diatas.

Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis



Dengar cerita, "harimau menangis" ni sebenarnya ialah bahagian daging lembu yang dipanggil batang pinang atau dalam bahasa Inggeris disebut tenderloin lah. Tapi ada juga yang cakap tu bahagian striploin. Bahagian daging ni lah yang paling lembut dan paling sedap tapi susah nak dicapai oleh mulut harimau disebabkan oleh kedudukannya dicelah tulang belakang lembu. 

Jadi menangislah harimau tu sebab tak dapat nak makan bahagian tersebut. Wallahualam .Tapi ni khas untuk daging lembu je tau. Kalau daging kangaroo tak panggil harimau menangis tau.

sumber : FB viral meletop



Apa Itu Daging Batang Pinang? 


Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya - Sirloin, adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Kalau di negara Captain Amerika potongan top sirloin dianggap bermutu tinggi dan paling mahal. Manakala, di negera Harry Potter pula (aka Britain) keseluruhan bahagian sirloin atau daging batang pinang ini dikira bermutu tinggi.

Mat salleh ini semua sangat suka ya menggunakan bahagian sirloin sebagai penyediaan menu steak. Tapi orang Malaysia lagi hebat menunya. Sirloin selalunya digunakan untuk masakan seperti kari, rendang, gulai, kurma dan tidak lupa juga satay. 

sumber : FB CheDetDagingEnterprise

Kalau masak menu daging, Bonde lebih suka beli bahagian batang pinang, walaupun harganya agak mahal tapi daging ni kalau nak dimasak memang cepat sekali... daging batang pinang yang lembut boleh terus dimasak tidak perlu rebus dahulu.

Selalunya Bonde akan masak daging masak kicap, masak merah, goreng kunyit dan kalau nak makan daging grill atau bakar Bonde akan masak daging harimau menangis...nih

Begitulah Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis.  Jadi sekarang anda dah tahu kenapa menu tersebut diberi nama  Daging Harimau Menangiskan! moga info ini memberi panduan kepada anda untuk memasak nanti.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Makna Bacaan Dalam Solat Assalamualaikum dan Selamat pagi... ilmu agama perlu di amalkan jika tidak selalu terleka dan lupa... Bonde kongsikan disini Makna Bacaan Dalam Solat ini untuk nota dan bacaan diri sendiri, dan kongsikan kepada anda semua bagi yang nak buat bahan bacaan ilmu perlu digilap jika tidak ianya tak bersinar...

Kerap kali kita mendengar pesanan bahawa khusyuk dalam solat boleh diraih dengan memahami dan menghayati makna bacaan dalam solat. Usaha untuk memahami dan mencapai solat yang berkualiti adalah usaha yang berterusan yang harus dilakukan oleh semua umat Islam.  
tzkrh.com

 



Berikut disenaraikan Makna Bacaan Dalam Solat untuk panduan kita semua

Makna Bacaan Dalam Solat


1. Niat

2. Takbir

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam, Malan ini gempar semua keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah tidak kira, dari Sekolah Rendah, Menengah dan juga Kolej.  Dua hari ni Bonde dan Cik Fatin baru gigih mencari perkakas yang perlu dibawa balik ke Sekolah dan menyediakan keperluan asrama Cik Fatin yang dijangka akan pulang pada 20 haribulan nanti.  Cadangnya esok hendak mencari kasut kulit untuk kegunaannya di Sekolah, dua hari ni pergi kedai tutup.  Tapi gempar dalam group whatsapp Sekolah Cik Fatin, berita tidak perlu pulang ke Sekolah pada 20 Januari dan perlu menjalani kelas PdPR dari rumah sahaja. 

Info dari guru kelas : 

Berdasarkan peningkatan Covid-19,  pemakluman terkini  oleh Menteri Pendidikan menetapkan bahawa hanya pelajar berikut yang akan mendaftar masuk pada 20 Januari..

Pelajar yg akan menduduki SVM (tahun 2 SVM)
Pelajar yg akan menduduki SPM (5 PAV)
Pelajar yg akan duduki DVM (Thn 2 Diploma)

List di atas tidak termasuk kelas Cik Fatin, jadinya dia tidak perlu pulang ke Kolej dan asrama.

Pengoperasian Institusi  Pendidikan Bawah Kementerian Pendidik Malaysia Seluruh Negara

Keputusan ini juga dibuat kerana meningkatnya kes Covid-19 hari ini 16 Januari 2021.

Kes baharu Covid-19 di Malaysia


Kes Baharu Mengikut Negeri








sumber : KemPendidikan

Bonde sebagai ibu pun jadi risau kalau anak tak ada depan mata, apa-apa jadi susah nak merentas negeri lagi memandangkan KV Cik Fatin dekat Negeri Sembilan.  Jadi apa yang terbaik adalah ikut sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan mungkin ini adalah cara terbaik bagi membenteras penyebaran Covid-19.

Moga dipermudahkan kite semua menjalani PKP2.0, PKPB dan PKPP tahun ini dan dapat putuskan rangkaian Covid-19 Insya'Allah


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua... Sudah dua hari kite semua di tahun 2021, rasanya masih belum terlewat untuk Bonde mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog Bonde.




Selamat Tahun Baru 2021


Ditahun baru ini, ingin Bonde kongsikan cara berdoa.


Magisnya Kuasa Doa, Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik!


Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat. Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya.Dalam pada kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang bersih, sebenarnya cara kita berdoa juga mempengaruhi apa yang kita perolehi.

Ada 6 formula dalam berdoa yang boleh kita ikut agar mampu mengubah kehidupan yang lebih baik.Tukar cara kita berdoa selama ini, In shaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

6 formula dalam berdoa


FORMULA 1

Jika sebelum ini kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku “.

FORMULA 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

FORMULA 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini:

“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

FORMULA 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.
Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

FORMULA 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita.

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”

FORMULA 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sama-samalah kita amalkan dalam kehidupan seharian setiap kali selepas menunaikan solat. Apa yang penting doa bersungguh-sungguh, nyatakan dengan jelas apa yang dipinta dan yakin serta percaya segala permintaan kita akan dimakbulkan olehNya. Aamiin...

Semoga bermanfaat..

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Suria Amanda
    Sambutan Birthday Mak Sebelum PKP
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Ana Suhana
    Idea Inovatif Mengenai Isu Alam Sekitar Muncul Sebagai Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • Farhana Jafri
    Movie Review | Chameli
  • Blog Sihatimerahjambu
    Korean Drama Start-Up
  • Blog Adianiez
    Birthday Syuhada | Sambut cara normal baharu [PKP 2.0]
  • MrsPipDotCom
    Cara Memohon Bantuan Kanak-Kanak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Rakyat Yang Tidak Pernah Puas Hati Tentang SOP PKP
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
  • Blog Wani Sukarno
    Drama Rahimah Tanpa Rahim Tonton Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Slot Akasia TV3
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
  • iamfuzy.com™
    Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
  • Fieza Sani
    Berbaloi Beli Haier Air Fryer Di CJ WOW Shop
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Kalau Stress Cuba Makan Buah Ni, Insha Allah Boleh Reda
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks (Main Kutu Cara Paling Selamat)
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Ciktie Dot Com
    Sinopsis Pesan Dari Tuhan
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • RINA ZUL
    Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Norhana Rosmida
    Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose