Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis

Assalamualaikum dan selamat malam, Hai reader semua...rupanya ramai jer yang masih tidak tahu kenapa ada resepi diberi nama Daging Harimau Menangis?  Resepi ni sangat popular sekarang dan ramai yang membuat andaian sendiri tentang nama resepi nih... Lagi pun ini resepi adalah kesukaan Bonde.  Kalau beli daging pasti nak buat resepi ni... suka sangat makan waktu panas-panas! sebelum ni Bonde pon ada kongsikan resepi Daging Harimau Menangis, tapi ni resepi versi Bondelah he he he ! Tapi anda tahu tak ? asal usul nama harimau menangis ni?  Bila Bonde google search, apa yang Bonde jumpa adalah butiran dibawah.  Jadi anda bolehlah baca kedua info dibawah ini bagi menjelaskan nama di seballik resepi diatas.

Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis



Dengar cerita, "harimau menangis" ni sebenarnya ialah bahagian daging lembu yang dipanggil batang pinang atau dalam bahasa Inggeris disebut tenderloin lah. Tapi ada juga yang cakap tu bahagian striploin. Bahagian daging ni lah yang paling lembut dan paling sedap tapi susah nak dicapai oleh mulut harimau disebabkan oleh kedudukannya dicelah tulang belakang lembu. 

Jadi menangislah harimau tu sebab tak dapat nak makan bahagian tersebut. Wallahualam .Tapi ni khas untuk daging lembu je tau. Kalau daging kangaroo tak panggil harimau menangis tau.

sumber : FB viral meletop



Apa Itu Daging Batang Pinang? 


Daging batang pinang atau lebih dikenal dengan nama Inggerisnya - Sirloin, adalah bahagian daging lembu yang berasal dari bahagian bawah daging rusuk, terus sampai ke bahagian sisi luar filet. Kalau di negara Captain Amerika potongan top sirloin dianggap bermutu tinggi dan paling mahal. Manakala, di negera Harry Potter pula (aka Britain) keseluruhan bahagian sirloin atau daging batang pinang ini dikira bermutu tinggi.

Mat salleh ini semua sangat suka ya menggunakan bahagian sirloin sebagai penyediaan menu steak. Tapi orang Malaysia lagi hebat menunya. Sirloin selalunya digunakan untuk masakan seperti kari, rendang, gulai, kurma dan tidak lupa juga satay. 

sumber : FB CheDetDagingEnterprise

Kalau masak menu daging, Bonde lebih suka beli bahagian batang pinang, walaupun harganya agak mahal tapi daging ni kalau nak dimasak memang cepat sekali... daging batang pinang yang lembut boleh terus dimasak tidak perlu rebus dahulu.

Selalunya Bonde akan masak daging masak kicap, masak merah, goreng kunyit dan kalau nak makan daging grill atau bakar Bonde akan masak daging harimau menangis...nih

Begitulah Asal Usul Nama Daging Harimau Menangis.  Jadi sekarang anda dah tahu kenapa menu tersebut diberi nama  Daging Harimau Menangiskan! moga info ini memberi panduan kepada anda untuk memasak nanti.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

  1. femes daging harimau menangis he hee

    BalasPadam
  2. lepas baca ni baru tahu rupanya hehehe
    tq for the info . :D

    BalasPadam
  3. ooooo.... Sha baru tau ni bonde... tau daging harimau menangis ni xbanyak part dalam seekor lembu jeee

    BalasPadam
  4. glamer jap harimaunya hehehhe

    BalasPadam
  5. Hehehe...kisahnya ye...aduyaiii..sabar jer la...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.