Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju

Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua drama adaptasi novel 'Bidadari Salju' karya Mia Kiff di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 28 episod arahan Riza Baharudin. Bidadari Salju ditayangkan bermula 15 Disember 2020, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. Drama ini mempunyai sebanyak 28 episod dan telah berakhir pada Khamis 21 Januari 2021.  Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton drama ini atau tertinggal beberapa episod bolehlah anda maraton di link yang disediakan dibawah ini. Geram dengan watak Hariz yang suka membuli dan menghina Kayra.


Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju


JUDUL : BIDADARI SALJU

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020 

WAKTU SIARAN : Isnin-Jummaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra

PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin

PRODUKSI : Primeworks Studis & A.Aida Production

PELAKON : Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 



WATAK PELAKON DRAMA BIDADARI SALJU


Adam Lee sebagai Hariz

Sweet Qismina sebagai Kayra

Jasmine Suraya sebagai Jeanny

Chacha Maembong sebagai Dania

Fimie Don sebagai Naufal

Jaja Iliyes sebagai Anita 

Zaki Azeman sebagai Aiman

Syazuwan Hassan sebagai Raqib

Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi

Siti Khadijah Halim sebagai Marissa

Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman

Lisdawati sebagai Puan Fauziah

Rosnah Johari sebagai Mariam 

Lan Zailan sebagai Ilias 


LAGU TEMA / OST DRAMA BIDADARI SALJU


Mimpi - Haqiem Rusli 

Pewangi - Zali Rusli 

Suratan Luka - Muna Shahirah 

SINOPSIS BIDADARI SALJU


Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. Sekarang ni SA dah jarang tgok drama melayu, tgok Korean Movie kat Netflix pas tu tgok citer Magnificent Century kat astro...hehehe...

    BalasPadam
  2. anak saya Dhia tu suka layan drama ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.