• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Aktiviti Snorkeing Di Pulau Pangkor Assalamualaikum dan Selamat Malam, Maaf Bonde lambat Update Entri bersambung ni, Ramai yang bertanyakan beberapa soalan dekat email dan tak kurang juga yang PM dekat masenger.  Maaf sangat-sangat baru berkesempatan untuk update!  Tau anda semua memang teruja nak ke Pulau Pangkor.  Jadi jemputlah baca yea... Moga info yang dikongsikan membantu percutian anda semua.

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Pangkor

Hari kedua memang kami ikut internary, jadual pagi tu adalah untuk snorkling.  Jadi seawal 7.00 pagi Cik Fatin sudah siapkan masak sarapan untuk dibawa ke tempat untuk snorkling dan bekalan makanan untuk makan-makan dekat situ kalau lapar nanti. 


Pakej Snorkeling Di Pulau Pangkor


Untuk snorkeling bayaran adalah sebanyak RM 15 seorang, dengan bayaran ini akan dapat kasut, set snorkeling, life jaket, roti untuk beri ikan makan dan sewa bot.
  
           

Seperti perbualan dengan agen yang telah kami berurusan, tempat untuk naik bot untuk aktiviti snorkeling adalah dinyata di Pantai Nipah yang ada signboard Karaoke.  Jadi dekat dekat situlah kena ambik giliran untuk ke Pulau Giam.



Pakej Snorkeling Lie Pang Water Sport


Kalau anda nak snorkeling di Pulau Pangkor bolehlah anda contact number berikut :

012-5019756
019-3430059
019-5525709

Pic : Rosli Pangkor


Sementara tunggu turn untuk naik Bot bolehlah duduk dulu dekat sekitar kawasan ada banyak berusi.  Anda akan dipanggil setelah sampai turn anda... harap bersabar masa menunggu tak lama pun sebenarnya.

Pertama sekali anda kena pilih kasut terlebih dahulu, ada banyak saiz kasut disitu jadi anda pilihlah yang sesuai dengan kaki anda dan selesa dipakai.



Anak-anak sedang memilih kasut yang sesuai... lantak komelah yea, janji jumpalah sesuai!

Taraaaa.... Bonde dapat warna kesukaan pink! Kanda dapat warna biru...


Lepas tu kasut yang kami pakai nak campak mana?  jangan risau tak payah rebeh-rebeh nak bawa selipar tu sebab nanti anda diberi bakul untuk simpan selipar dan kasut anda tu.  Jangan bimbang ianya akan dijaga oleh pihak Lie Pang.


Lepas selesai memilih kasut , ini part guna peralatan snorkeling pula, bagi mereka yang pertama kali nak rasa aktiviti snorkeling kenalah dengar panduan cara memakai peralatan tersebut yang akan disampaikan oleh pihak Lie Pang.  


Kusyuk yeaaaa semua, bagusss fokus...! jangan salah pakai nanti he he he

Untuk peralatan snorkeling ni, kita semua sudah maklum ianya mahal, jadi masa dekat tempat snorkeling tu nanti jangan sepah-sepahkan dikuarti akan dicuri, kalau anda hilangkan peralatan tersebut anda akan dikenakan caj tertentu jadi jaga elok-elok.

Burung Engang

Sementara tunggu bot ke Pulau Giam, sempatlah kami semua berpeluang melihat Burung Engang dari jarak dekat.  Jarang-jarang peluang ni dapat dinikmati, tengok Burung Engang yang sangat mesra!  Lepas tu nak ambik gambar Burung Engang, Eh pandai pulak dia pose... tengoklah dekat bawah. he he he love sangat!


Burung Enggang

Menuju Ke Pulau Giam

Pulau Giam adalah salah satu Pulau untuk Snorkeling,  Jarak dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam lebih kurang 15 minit menaiki bot.  Satu lagi Pulau untuk snorkeling ialah Pulau Mentago.  

Di Pulau Giam terdapat terumbu karang yang tajam, jadi anda kena sentiasa memakai kasut untuk elakkan kaki dari terluka.  Pulau Giam juga ada ikan-ikan yang cantik dan di dasar laut ada banyak timun laut @ gamat.

Di Pulau Giam terdapat sebuah gerai menjual makanan dan minuman, Bagi anda yang dahaga dan kelaparan bolehlah sianggah, Bagi kami yang  dah siap bawa makanand dan minuman jadi makan apa yang kami bawa sahaja, tanpa beli disitu.



Island Hopping Pulau Monkey Bay


Perjalanan ke Pulau Giam tidaklah lama sangat, lebih kurang 15 minit sahaja.  Kalau anda seorang yang takut mabuk laut, perjanan bot untuk ke Pulau Giam tak akan buat anda mabuk laut, ombak pun santai-santai sahaja.. ianya tak akan sampai rasa nak muntah macam rasa mabuk ,  Tapi kalau anda memang jenis cepat pening just sediakan plastik awal-awal nak termuntah dah senang.

              

Perjalanan sekitar Pulau Giam, kami di tunjukkan oleh crew Lie Pang Pulau yang terdekat adalah Pulau Monkey Bay dan beberapa batu berbentuk haiwan yang dapat dilihat dengan jarak dekat. Iaitu Crocodile Rock dan Turtle Rock.

Crocodile Rock dan Turtle Rock ini memang jelas kelihatan bentuknya.  Dari pandangan Bonde, kalau crew tu tak bagi tahu pun, Bonde dah boleh teka.  Cuba anda tengok dibawah :


Crocodile Rock

Turtle Rock

Pemandangan di Pulau Giam







Cuaca panas! Muka dah pun sunburn jadi jomlah kita balik.... waktu ni jam lebih kurang 2.00 petang, kami semua dah puas mandi pengunjung yang datang pon tak berkurangan, sebab bot sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang nak buat aktiviti snorkeling ada jer yang datang dan bot tak pernah kosong... 

Untuk pengetahuan anda semua, kalau anda menggunakan khidmat Lie Pang ni, kalau anda nak buat aktiviti snorkeling anda boleh setting masa ada, nak pergi bila? dan kalau waktu balik pula sama juga anda bolehlah setting nak balik jam berapa andai kata ada dah penat dan rasa dah puas snorkeling bolehlah anda call crew Lie Pang yang ada pada life jaket tu.  Nanti crew Lie Pang akan jemput anda.


Perut Lapar, Makan di mana?

Kami makan kedai berhampiran Lie Pang. Ada dua kedai adik beradik satu kedai menjual menu nasi campur, ada asam pedas, masak kari, masak lemak pelbagai menu masakan kampung, yang bestnya ikannya adalah segar, sedap sangat makan nasi berlauk dekat sini.

Sebelahnya lagi adalah kedai nasi ayam dan abc.  Ni pun tidak kurang menarik perhatian kami.  Haruslah oder... semua orang dah penat main air, perut pun lapar balik ha ha ha

Bonde suka makan dekat kedai ni, harga sangat berpatutan.  Masakkan pula kena dengan selera.



ABC biasa


ABC Special


Nasi Berlauk


Nasi Ayam

Balik ke Rumah Peranginan dan rehat hingga ke petang,  Malam kami makan di Pantai Teluk Nipah.  Mood nak masak hilang pulak.... ha ha ha

Snorkeling
Lie Pang : 012-5019756/019-3430059/019-5525709

Kereta Sewa 
Ah Siang : 017-5957996

Info Bilik Resort 
Affandi : 018-227187

Sekian sahaja perkongsian Bonde kali ini, maaf seandainya buat anda tertunggu-tunggu sambungan entri Pulau Pangkor ini.  Selamat Bercuti semua.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Beli Sekarang Jualan Hebat PG Mall Pada 10.10 Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Bulan Oktober akan menjelang beberapa hari sahaja lagi, apa yang menariknya bulan Oktober ini?  pastinya ianya ditunggu-tunggu oleh semua "kaki shopping on line"  begitu juga dengan Bonde tak sabar rasanya nak tunggu bulan Oktober! Sale 10:10 banyak iklan sale sudah kelihatan di kaca tv, radio dan juga media sosial.  Kali ini PG Mall juga tidak melepaskan peluang untuk membuat tawaran pelbagai produk yang menarik dan berkualiti dengan tawaran harga yang menarik bukan setakat itu sahaja potongan harga untuk penjimatan kita semua.  Bebelanjalah secara berhemah semasa promosi berlangsung.


Beli Sekarang Jualan Hebat PG Mall Pada 10.10

Pengenalan PG Mall 


Bagi anda yang masih tidak tahu atau mengenali laman web PG Mall, anda boleh klik link www.pgmall.my . PG Mall adalah Platform e-dagang Malaysia No.1 yang ditubuhkan sejak 2017 ia adalah satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia berkonsepkan ConsuMerchant.
Untuk pengetahuan anda semua, PG Mall telah diasaskan oleh Dato’ Wira Louis Ng merupakan Pengerusi Eksekutif PG Group. PG Mall mula di tubuhkan pada tahun 2017. Tujuan ia diwujudkan adalah untuk dijadikan sebuah platform perniagaan yang dipercayai untuk peniaga disamping membantu peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Pelanggan PG Mall telah pun mencapai 1,000,000 orang dari seluruh Asia Tenggara (SEA). Jadi tidak mustahil bagi anda yang berniaga mencuba platform ini sebagai salah satu alternatif menambah pendapatan dan meningkatkan jualan. Anda juga digalakkan untuk menyertai PG Mall ini kerana ia boleh membantu jenama dan bisnes anda ke peringkat antarabangsa.



Jualan hebat 10.10


Untuk makluman anda semua pada tarikh 10.10.2020 yang akan menjelang tak lama lagi, PG Mall akan mengadakan jualan hebat sempena 10.10 pada tarikh tersebut anda boleh berbelanja dengan diskaun menarik sehingga 80% atau tawaran Diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM10, terhad pada RM20 PENGHANTARAN PERCUMA dengan perbelanjaan minimum RM30, terhad pada RM4 dan yang paling manarik adalah tawaran pembunuh dari RM 10.

Menarik bukan... tak cukup dengan itu ada lagi info dua tawaran menarik untuk anda iaitu Minggu Kopi dan Barangan Tempatan untuk anda iaitu :



1. Minggu Kopi



Untuk Minggu Kopi ini akan bermula pada 28 September -5 Oktober 2020 

DISKAUN RM20 dengan perbelanjaan minimum RM60 terhad pada RM25 (terhad kepada 5000 penebusan pertama)

Kod kupon: PGCOFFEE

Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM 40 terhad pada RM4 (terhad kepada 1000 penebusan pertama)

Kod kupon: PGCFFREE

https://pgmall.my/coffeeweek


2. Barangan Tempatan


Untuk Barangan Tempatan ini akan bermula pada  Julai hingga Disember 2020, tawaran membeli barangan keperluan rumah, marilah sama-sama memberi sokongan kepada produk jualan tempatan di PG Mall dengan #BarangBaikBarangkita.
klik link : https://pgmall.my/proudly-local-campaign

Senang bukan, anda duduk sahaja dirumah tunggu barang pesanan anda sampai, Jadi anda tak perlu risau sekarang, buat apa anda nak ambik risiko untuk keluar membeli belah, Beli sekarang! di www.pgmall.my

Untuk info lanjut anda boleh ke media sosial dibawah untuk dapatkan promosi-promosi menarik :

 Laman web: www.pgmall.my 

Instagram: PG Mall

#PGMall #onlineshopping #shopping # MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita # PGMall4u #FreeShipping # 1010sale #coffeeweek




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
22 PEMBERI ULASAN
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Termeloh, Pahang Assalamualaikum dan Selamat Malam, Eh hujan-hujan macam nih terasa pulak tekak ni nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, bila terbayang perut automatik jadi lapar, sedapnye la hai... dan-dan terasa dekat tekak.  Seingat Bonde Bonde pernah sekali jer masak Ikan Patin, tapi masa tu Ikan tu memang beli dari Termeloh, Pahang memang sedap giler dan puas makan.  Nak dapatkan Ikan Patin yang sedap bukannya mudah dekat Selangor nih, yang ada jual dekat giant dan tesco tu ramai kata tak sedap sebab bela dalam sangkar.  Disebabkan itu Bonde memang tak akan beli! membazir sahaja kalau masak tak dimakan lepas tu buang je.


Bonde kongsikan disini,



Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Termeloh, Pahang


Bahan-Bahan :

1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – kalau suka pedas boleh tampah
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula

Cara Memasak :

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh ni, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap tau!

- Bahan-bahan untuk dikisar, cili api, kunyit hidup dan letak sedikit air. Kalau suka tempoyak boleh letak tempoyak lebih,  Air juga ikut kesukaan  anda kalau suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili lebih.

- Dah siap kisar, tuang ke dalam periuk, letak sekali  daun kesum dan bunga kantan.

- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. 

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Bonde suka kuahnya, pasti dihirup kuahnya.

Ini pula Bonde terbaca di blog Cik Matahariku Tips masak Ikan Patim Tempoyak Yang Sedap

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap


  1. Kalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.
  2. Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.
  3. Ikan patin ni jenis ikan sungai. Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.
  4. Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.
  5. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur
  6. Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.
  7. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh. Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.
  8. Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.



Selamat mencuba !




~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Gambar Mira Filzah dan Suami Wan Emir Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Bonde mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada pelakon Mira Filzah yang telah sah menjadi isteri kepada pasangannya.   Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara semalam 3 September 2020.

Gambar Mira Filzah dan Suami Wan Emir



Cantik Busana Baju Pengantin Mira Filzah siapa yang design?


Suka sangat tengok Mira Filzah dengan busana yang dipakai, cantik sangat, Baju Kurung Pahang sentuhan pereka terkenal Rizman Ruzaini memang hebat, Mira Filzah yang suka simple, fabric lembut berwarna putih dengan taburan batu permata di pegelanggan tangan membuatkan Mira Filzah nampak elegen dan cantik pada sesiapa yang melihatnya.


Gambar ketika majlis akad nikah berlansung


Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz Mira Filzah telah sah bergelar isteri Wan Emir


Family Photo


Mira Filzah bersama Ibunya


Mira Filzah bersama Ibu dan Bapanya


Mira Filzah Family


Sumber  : Berita Harian

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN

Cute  Lirik Harith Azman


One, two, three, four
You, you memang sangat cute
So stop lah being so cute
You buat I hanyut
                                          
Kenapa you cute sangat
Even bila muka ketat
Mata pura-pura semua melekat
Siapa suruh you cute sangat
She so cute she so fly
Tengok muka you I lalai
Quarantine make got me feeling like
Hey damn, bila you boleh jumpa I
You, you memang sangat cute
So stoplah being so cute
You buat I hanyut
Yeah you
You memang sangat cute
So stoplah being so cute
You buat I hanyut
                                           
I know I'm cute call me Gwiyomi
Tapi jangan main jatuh cinta suka hati
Tak makan kata puji warning tengok jari
Dia tangkap jari letak tanganku di hati
Hh-hh, boy you got me high!
Is that butterflies?
Kamu lanun pencuri hati
Aku dilamun sekali lagi
Bila I tengok muka you
Rama-rama pun lalu
Terus jadi kaku
Tak sabar nak…

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Berbeza Kasta Lirik - Thomas Arya




Haruskah berakhir sampai di sini?
Cinta yang dulu kita bina
Kini telah layu di dalam hati
Sudahlah cukuplah sampai di sini
Percuma saja berkasih
Kita sudah tak sehaluan lagi
Perbezaan kasta yang jauh
Aku tahu siapalah diriku
Terlalu dalam jurang pemisah
Kasih sudah berakhir di sini saja
Di depan orang tuamu kau malukan diriku
Kau bandingkan aku dengan dirinya
Kau hina diriku kau sebut tentang harta
Kasihku sedar 'ku tiada berpunya
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walau terluka
c/o
Sudahlah cukuplah sampai di sini
Percuma saja berkasih
Kita sudah tak sehaluan lagi
Perbezaan kasta yang jauh
Aku tahu siapalah diriku
Terlalu dalam jurang pemisah
Kasih sudah berakhir di sini saja
Di depan orang tuamu kau malukan diriku
Kau bandingkan aku dengan dirinya
Kau hina diriku kau sebut tentang harta
Kasihku sedar 'ku tiada berpunya
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walau terluka
ulang...
Jikalau kau memang tak lagi cinta
Aku 'kan pergi walau terluka

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada Versi SA
  • Ana Suhana
    Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • RINA ZUL
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • Blog Wani Sukarno
    Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah
  • Yaya Azura
    Ayam Masak Kicap Kayu Manis
  • Farhana Jafri
    Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!
  • Blog Sihatimerahjambu
    Movie Survival Family (2017)
  • Fiza Aizzawa
    Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
  • Fieza Sani
    Over Tak Beli Telur Ikan Tenggiri Kat Shopee
  • MrsPipDotCom
    Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 2021 Dibuka - JKM
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Drama Takdir Yang Tertulis Online Episod 1 hingga Episod 15 (Akhir)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Hentikan pembinaan bangunan pencakar langit
  • Blog Adianiez
    Puasa | Jom ?
  • apekinah.com
    Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • iamfuzy.com™
    Get Through MCO 2.0 With Amazing Deals At bookxcessonline.com Until 31 January 2021
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose