Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Termeloh, Pahang

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Termeloh, Pahang Assalamualaikum dan Selamat Malam, Eh hujan-hujan macam nih terasa pulak tekak ni nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak, bila terbayang perut automatik jadi lapar, sedapnye la hai... dan-dan terasa dekat tekak.  Seingat Bonde Bonde pernah sekali jer masak Ikan Patin, tapi masa tu Ikan tu memang beli dari Termeloh, Pahang memang sedap giler dan puas makan.  Nak dapatkan Ikan Patin yang sedap bukannya mudah dekat Selangor nih, yang ada jual dekat giant dan tesco tu ramai kata tak sedap sebab bela dalam sangkar.  Disebabkan itu Bonde memang tak akan beli! membazir sahaja kalau masak tak dimakan lepas tu buang je.


Bonde kongsikan disini,



Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Termeloh, Pahang


Bahan-Bahan :

1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – kalau suka pedas boleh tampah
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula

Cara Memasak :

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh ni, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap tau!

- Bahan-bahan untuk dikisar, cili api, kunyit hidup dan letak sedikit air. Kalau suka tempoyak boleh letak tempoyak lebih,  Air juga ikut kesukaan  anda kalau suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili lebih.

- Dah siap kisar, tuang ke dalam periuk, letak sekali  daun kesum dan bunga kantan.

- Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. 

- Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap. Bonde suka kuahnya, pasti dihirup kuahnya.

Ini pula Bonde terbaca di blog Cik Matahariku Tips masak Ikan Patim Tempoyak Yang Sedap

Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap


  1. Kalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum.
  2. Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan.
  3. Ikan patin ni jenis ikan sungai. Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping.
  4. Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan.
  5. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur
  6. Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur.
  7. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh. Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap.
  8. Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend.



Selamat mencuba !




~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.