Resepi Peria Tumis Udang Kering

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Selamat berhujung minggu semua pembanca blog Bonde.  Semua orang tahu, kebaikkan Peria katak, Selalunya Peria katak anda buat menu apa? selain makan buat ulam?  Selalunya peria katak ni Bonde buat sambal tumis pecah telur atau masukkan dalam masak lemak cili api.

Tapi kali ni Bonde nak kongsikan :

Resepi Peria Tumis Udang Kering




Resepi Peria Tumis Udang Kering


Bahan-bahannya

3 biji buah Peria ( hiris-hiris rendam dalam air garam dan toskan)
5 sudu udang kering ( rendam, toskan dan tumbuk kasar)
3 labu bawang putih (ditumbuk)
3 labu bawang merah (ditumbuk)
5 biji cili api hijau  (ditumbuk)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam bukit

Cara memasak :

Tumis bahan yang ditumbuk, masukan udang kering dan kacau hingga garing.  Masukan peria, garam bukit dan kacau-kacau rata. Jangan masak terlalu lama, cukup setakat peria kelihatan layu.

Sedia untuk dihidangkan


Peria Katak Pahit Tapi Banyak Khasiat 


Khasiat Peria Katak :

Penyakit kencing manis : 

Peria Katak mengandungi sebatian hypoglycemic (insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.

Merawat darah yang tidak sihat, daraah bertoksin : campurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.

Masalah mata : 

kandungan beta-kerotene yang tinggi dapat membantu penglihatan mata.

Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) disebabkan pengambilan alkohol yang berlebihan.

Meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

Mencegah sembelit.

Menurunkan dan menormalkan kolestrol.

Bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan mencegah penyakit kronik.

Selamat mencuba resepi yang dikongsikan

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.