Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab



Setiap kali masuk bulan Rejab,  mesti terlintas di fikiran kita , iaitu bulan Rejab adalah bulan Isra’ Mikraj. Sedangkan selain peristiwa bersejarah tersebut, terdapat peristiwa lain yang juga sangat bersejarah dan memberikan perubahan bagi kehidupan kita.... k Untuk mengingatkan kembali kotak memori kita marilah sama-sama kita refresh kembali.

Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab





Apa peristiwa tersebut ?

1- Kelahiran Imam Syafie RH

Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah dan pengasas pada Mazhab Imam Syafie. Peninggalan beliau yang paling berharga adalah kitab hasil karyanya, iaitu Al-Umm. Kebijaksanaan Iman Syafie dalam bidang keilmuan sangat dikagumi oleh semua orang termasuk guru-gurunya sendiri.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata;
“Imam Syafie itu ibarat matahari bagi dunia.”

2- Hijrah Pertama ke Habsyah

Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah SAW atau pada tahun 615M. 

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.

Walaupun Hijrah itu hanya melibatkan seramai 14 orang sahaja, tetapi ia sebagai satu usaha terpenting baginda untuk menyelamatkan iman umat Islam daripada terjejas kerana ditekan dan kebanyakan mereka diseksa. Rasulullah SAW sebenarnya sangat bimbang jika pengikut Baginda kembali kepada ajaran asal akibat tidak tahan dengan ancaman dan tentangan yang mereka alami. Tambahan lagi jumlah penganut Islam ketika itu masih belum ramai dan belum kuat sepenuhnya.

3- Israk Mikraj

Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW itu sudah menjadi sangat sinonim dengan jiwa setiap umat Islam. Peristiwa ini juga seolah-olah mempunyai roh yang tersendiri yang menjadi hikmah kepada banyak bidang dalam agama Islam.

Tepat malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan yang dikenali dengan Isra’ Mikraj, dimana Nabi Muhammad diperjalankan berangkat dari Masjidil Haram menuju masjid al Aqsha di Baitul Maqdis Palestin. Isra’ Mikraj itu sendiri adalah hiburan yang diberikan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai penguat dirinya, dalam menjalani beratnya perjalanan dakwah yang beliau hadapi, lebih-lebih lagi setelah meninggalnya isteri yang sangat beliau cintai dan sayangi iaitu Siti Khadijah yang sentiasa setia berada di sisi beliau, memberikan sokongan moral dan spiritual serta harta benda untuk dakwah beliau. Selain itu, ketika itu Rasulullah juga kehilangan bapa saudara beliau yakni Abu Thalib, orang yang selama ini memberikan himayah (perlindungan) terhadap dakwah nabi Muhammad SAW.

4- Perang Tabuk

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 9H dan menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah Tabuk terletak di kawasan paling utara semenanjung itu. Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah SAW dan merupakan peperangan terakhir baginda. Peperangan ini dimenangi oleh Islam tanpa pertumpahan darah kerana kegerunan pasukan musuh yang menawarkan perdamaian dalam peristiwa itu. Perang ini sebenarnya menguji kekuatan dan semangat umat Islam dalam mempertahankan keimanan dan maruah agama Islam.

5- Pembebasan Baitul Maqdis


Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun. Namun, kota itu ditawan kembali oleh musuh Islam dan memerintahnya selama 50 tahun, sebelum Salahuddin al-Ayubi merampas semula kota itu. Panglima Salahudin al-Ayyubi bersama-sama pasukan kaum Muslimin mengepung dan membebaskan kota Al-Quds yang telah lama dikuasai oleh pasukan Salib itu. Dengan kejayaan itu, umat Islam akhirnya kembali hidup di bawah pemerintahan Islam selepas beberapa puluh tahun di bawah belenggu penjajahan Kristian.

Bulan Rejab ini adalah salah satu bulan yang boleh dijadikan momentum untuk kita semakin meneguhkan perjuangan dalam rangka mewujudkan janji dari Allah swt bisyarah dari Rasulullah SAW bahawa Khilafah akan segera tegak melalui perjuangan, perjuangan yang tidak kenal lelah serta penuh keikhlasan.

Kongsikan info ini seandainya bermanfaat, terima kasih.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.