Suami Surprise Bawa Makan Menu Western Di Hilltop Cuisine

Assalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua, Pernah dengar Hilltop Cuisine yang terletak di Kota Warisan, Sepang.  Dulu masa tinggal di Kuaters yang terletak di Kota Warisan, bukit yang kini popular dengan nama Hilltop Cuisine disitu tempat kami beriadah petang-petang.  Berjoging dari rumah ke bukit atas dan turun kembali.  Tapi tu lapan belas tahun dahulu dimana Kota Warisan baru-baru dibangunkan dan tak banyak lagi pembangunan disekitar kawasan tersebut.  Bukit ni pun dulu sunyi sahaja cuma akan berselisih dangan jiran-jiran yang tak dikenali, pendek kata kenal muka sahaja sebab biasa nampak.. tapi tak tahu latar belakang masing-masing haa itu cerita lapan belas tahun dahulu... kira-kira empat tahun juga Bonde dan Family duduk dikuarters yang terletak di Apartment Prima, bersebelahan dengan Kipmall Kota Warisan, sebelum menduduki rumah sendiri, sekarang semuanya telah berubah.  Empat tahun macam-macam pengalaman juga kami dapat dan banyak kenangan terukir he he he.

Kisah ni tahun lepas sekitar bulan September macam tu, Suatu petang Kanda buat surprise.... ajak keluar makan, katanya tempat spesial, tak sangka rupanya ajak makan dekat Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang.  Sebelum ni memang ada dengar tentang tempat makan di atas bukit ni, tapi di sebabkan PKP kami taklah ambik port sangat walau ianya termasuk dalam senarai "tempat makan viral di media sosial facebook dan instagram"


Mengenai Hilltop Cuisine Kota Warisan


Hilltop Cuisine mempunyai ruang makan dalaman dan luaran dan ruang bar. Sesuai untuk majlis / makan malam syarikat, seminar, pelancaran produk, latihan, mesyuarat pengurusan, acara tahunan atau keluarga.

Masa kami sekeluarga sampai, pilihan meja di tempat tebuka telah penuh, jadi kami pilih untuk duduk di ruang makan dalaman bawah khemah besar.  Kami ambil bahagian tepi sekali sebab nak tengok panorama diluar dengan lebih dekat.



Waktu gambar ini diambil adalah sekitar jam 6.30 petang... masih terang lagi, sempatlah tunggu sunset, matahari terbenam.  View memang cantik sekali, love sangat.


Teruja dengan pemandangan Matahari terbenam... banyak juga koleksi gambar sempat dirakamkan... dibawah antara beberapa gambar yang Bonde kongsikan. 

Waktu ini jam menunjukkan sekitar 6.45 petang.






Pemandang Waktu Senja Di Hilltop Cuisine

Teruja sungguh dengan pemandangan dekat atas ni... waktu malam ni turn Cik Fatin  Pose dekat sini... Bagi Canlah dekat dia nak bergambar hehehe








Menu Apa Yang Ada Di Hilltop Cuisine?

Menu yang dihidangkan di Hilltop Cuisine ini adalah Menu Western.  Disebabkan PKP ni kami memang tak keluar makan.  Jadi kami memilih untuk makan Menu Western disini.  Selain Western di Hilltop Cuisine ini ada juga pakej Shell out next time datang sini nak try shell out pula.  

Dibawah ini adalah sebahagian menu yang sempat Bonde snapkan hari tu... Bolehlah anda semua buat rujukkan.





Pilihan Minuman Di Hilltop Cuisine



Pakej Shell out


Pakej Shell out yang murah untuk tiga orang makan hanya RM 50


Desert 3 Jenis Mochi 

Tiga jenis Mochi iaitu Durian,Chocolate dan matcha.


Menu Yang Kami Pesan Di Hilltop Cuisine

Kanda pilih pasta spegatii, Bonde pilih Fish and Ship dan Cik Fatin pilih Grill Lamb Leg dan sepotong cake ice cream untuk desert, kami kongsi bertiga... Untuk air pula Kanda pilih tea o ice, lemon tea ice, Cik Fatin jus tembikai, Makanan disini boleh tahan sedap sama sahaja rasanya di kedai western yang lain. 






Pemandangan Sekitar Hilltop Cuisine Pada Waktu Malam

Dari atas bukit ni, boleh nampak panorama malam yang sangat cantik... lampu-lampu yang terpasang nampak sangat ceria.  Dari sini kalau time tak PKP mesti nampak banyak kapal terbang turun naik mesti lagi teruja dibuatnya, nak makan ke nak ambik gambar nih??? ha ha ha


Dari sini boleh nampak bangunan Moven Pick berdekatan Masji KLIA.


Pemandangan kawasan Kipmall Kota Warisan.




Atau klik google map 

Atau booking dahulu di talian :



Sila patuhi SOP, Selamat menjamu selera dan jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Cantiknya view dia...ntah bila la boleh merentas ni...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    BalasPadam
  3. romantiknya.. alahai dengan pemandangan sunset lagi mmg romantik habis

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.