13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker Assalamuaikum dan Selamat Pagi, Hari ni kita telah berpuasa selama 24 hari di bulan Ramadhan, tinggal 6 hari sahaja lagi memasuki bulan Syawal tanda berakhirlah puasa tahun ini, Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat islam dan ianya wajib diraikan selain Solat Sunat Aidilfitri, kita wajib menghiasi diri dengan pakaian baru dan 1 Syawal pula kita tidak boleh berpuasa... untuk meraikan hari Raya Aidilfitri tahun ini, marilah sama-sama kita cuba menu resepi yang mudah dimasak yang dikongsikan oleh pakar-pakar masakan menggunakan Philips Pressure Cooker, Kalau anda nak belajar menggunakan Philips Pressure Cooker sudi-sudikan follow group FB Kami Pengguna Philips Pressure Cooker ada banyak ilmu memasak dan resepi sedap-sedap didalam group PPC untuk anda cuba. Dibawah ini senarai 13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker untuk anda cuba dihari raya nanti.
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker
1. Nasi Arab Ayam
Mudah je nak buat Nasi Arab Ayam ni dengan 3 langkah seperti saya tunjukkan pada gambar.
Langkah 1
Setkan mode chicken dan tekan start. Tumiskan bahan-bahan dengan rempah sekali (lid terbuka). Kemudian, masukkan ayam yang dah dibasuh bersih dan tambahkan sedikit air. Tutupkan lid, setkan valve pada seal dan biarkan masak ikut masa yang telah ditetapkan mode chicken tersebut.
Langkah 2
Dah bunyi beep, perlahan-lahan alihkan valve ke vent. Biarkan wap pressure habis keluar sehingga floater (floating valve) jatuh. Kemudian, buka lid. Kacaukan ayam dengan rempah ratus supaya sebati dan tidak mendap di bawah (untuk elakkan nasi mungkin boleh jadi hitam/berkerak). Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci (kami guna beras Basmathi) dan jika kurang air, tambahkan sikit lagi (gunakan air panas supaya suhu panas PPC kekal stabil). Pastikan air tidak banyak ya, sukatan seperti masak nasi biasa (air rebusan ayam sedia ada tadi jika dah cukup dengan amaun beras sudah memadai atau tambah sikit sahaja lagi).
Kemudian, gaulkan beras dengan ayam dan rempah tersebut dengan senduk dan tutupkan lid. Setkan mode bake vegetable dan letakkan valve pada "bake" dan tekan button start (Nak letakkan valve pada seal pun boleh. Kami suka letakkan valve di bake sebab nasi lebih gebu dan lembut).
Langkah 3
Setelah bunyi beep, biarkan seketika. Biarkan pressure dan floater turun sendiri. Biarkan keep warm sendiri. Atau jika nak makan cepat (mungkin kesuntukan masa nak hidang), tak lama dah masak boleh buka lid. Jika masak di langkah 2 tadi valve diletakkan di bake, pressure/wap panas dah tak ada sangat, jadi lid memang akan terbuka beberapa minit selepas dah bunyi beep. Gaulkan nasi dan sedia untuk dihidang.
Untuk rujukan tambahan cara buat Nasi Arab Ayam Panggang dengan lebih lengkap dan perkongsian penggunaan PPC HD2139, tuan/puan boleh juga rujuk dan baca perkongsian daripada saya pada link bawah ini :
Nasi Arab :
Kredit : Mudah Urusanmu Salleh Wasik
2. Nasi Arab SaZu
Bahan-bahan untuk masak Nasi Arab :
- Beras Basmathi (cadangan)
- 500 gram daging (dipotong lebar 2 inci)
- 6 ulas bawang merah (kecil)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci 1/2 halis
- 1 kiub ayam
- Rempah Nasi Arab
- 3 serangkai rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
Cara buat :
1.Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang/hiris halus.
2.Masukkan minyak dalam PPC, mode "beef" dan tumiskan bahan no. 1 tadi (tanpa tutup lid) bersama rempah Nasi Arab. Tumiskan hingga garing.
3.Masukkan daging dan 3 cawan air, sedikit garam...kacaukan dan rebuskan (tutup lid). Set kan valve pada seal.
4.Setelah selesai masa PPC, lepaskan pressure dan buka lid.
5.Masukkan beras Basmathi yang dicuci bersih dan tambahkan air seperti mana masak nasi biasa.
6.Kemudian, set kan bake "vegetable" dan pusingkan valve ke "bake". Biarkan nasi masak dalam masa 3 minit selepas pressure telah sedia.
*******
Bahan-bahan untuk buat ayam panggang (kami gunakan oven) :
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1 kiub ayam
- 1 mangkuk kecil lada kering
- 1/2 keping gula melaka
- 2 sudu gula putih
- 1 sudu garam
Cara buat :
* Semua bahan di atas dikisar sehingga halus (tambahkan sedikit air) dan gaulkan pada ayam yang telah dibersihkan. Lumurkan sedikit perasa jika mahu (ajinamoto).
* Perapkan selama 1/2 jam dan mula bakar/panggang menggunakan oven, air fryer, PPC atau apa sahaja cara yang sesuai/mudah.
*********
Bahan-bahan sambal cili + tomato :
10 btg cili padi merah dan hijau
4 batang lada besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci belacan
1/2 sudu garam
3 biji tomato
3 sudu gula
Air asam jawa
Cara buat :
1.Smuanya bahan di atas dicampurkan sekali dan dimesinkan (lebih kurang 80% sahaja...jangan halus sangat).
2.Ambil minyak lebih kurang 1 senduk, masukkan dalam kuali..panaskan minyak dan tumiskan smua bahan kisar di atas sehingga masak (pecah minyak). Sambil tumis..boleh rasa dan tambah garam atau gula jika tidak cukup rasa.
***********
Untuk ulam/bahan tambahan (pilihan) :
- Tomato dan timun dipotong dadu.
- Yogurt asli (rasa masam sikit) boleh beli di pasar raya.
- Cili hijau besar boleh diwapkan seketika di atas nasi yang telah masak.
- Lemon untuk hiasan dan penambah rasa.
Selamat mencuba.
Moga bermanfaat.
Kredit : Mudah Urusanmu Salleh Wasik
Bahan-bahan :
3. Sambal Daging SaZu
Bahan-bahan :
Bahan A
1 mangkuk kecil cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 mangkuk kecil cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan B
1 biji bawang besar dihiris halus
1 senduk air asam jawa
1 senduk kicap manis
1 sudu besar gula melaka
1 biji bawang besar dihiris halus
1 senduk air asam jawa
1 senduk kicap manis
1 sudu besar gula melaka
Cara masak :
1.Semua "Bahan A" di atas dikisar sehingga halus.
2.Masukkan minyak dalam PPC, dah panas (kami guna bake chicken tanpa tutup lid)...tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
3.Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan dibasuh bersih (kami gunakan lebih kurang 400 gram). Kemudian, bubuhkan sedikit garam dan gaulkan.
4.Kemudian, tutupkan lid dan biarkan masak mode beef, valve seal.
5.Dah siap, buka lid, masukkan semua "Bahan B"...gaulkan dan tutup semula. Kami setkan bake chicken, valve bake sebab nak keringkan skit kuahnya.
1.Semua "Bahan A" di atas dikisar sehingga halus.
2.Masukkan minyak dalam PPC, dah panas (kami guna bake chicken tanpa tutup lid)...tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
3.Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan dibasuh bersih (kami gunakan lebih kurang 400 gram). Kemudian, bubuhkan sedikit garam dan gaulkan.
4.Kemudian, tutupkan lid dan biarkan masak mode beef, valve seal.
5.Dah siap, buka lid, masukkan semua "Bahan B"...gaulkan dan tutup semula. Kami setkan bake chicken, valve bake sebab nak keringkan skit kuahnya.
Selamat mencuba.
Moga bermanfaat.
4. Sup Daging Kambing
Saya gunakan mode beef.
Tekan button beef dan tekan button start (atau boleh juga guna mana-mana mode bake), buka lid...masukkan minyak...dah panas, mula tumis bahan asas seperti hirisan bawang putih, bawang merah, halia, 3 serangkai ; bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian, masukkan kentang, masukkan air dan daging kambing yang sudah dibasuh bersih. Bubuhkan sedikit garam, kacaukan sikit dan tutupkan lid. Pusingkan valve ke seal dan tunggu sehingga masak. Setelah bunyi beep, biarkan seketika sehingga pressure dan floater (floating valve turun).
Atau jika nak cepat, setelah bunyi beep, boleh tekan button stop dan tolakkan valve ke vent perlahan-lahan untuk buang pressure/wap panas dan setelah floater turun, lid boleh dibuka. Masukkan daun sup, kacaukan dan boleh angkat sup untuk dihidangkan.
5. Nasi Kabsa Kambing PPC
(By Cik Kiah Kicen)
Bahan2:
1 kg daging kambing
6 pot beras basmati
6 pot air
Rempah tumis (cengkih, kayu manis, lawang dn pelaga)
1 biji bwg besar (dadu)
2 biji tomato (dadu)
1 btg carrot (dadu)
2 sdb rempah kabsa
2 sdb minyak sapi
Daun bay dn akar ketumbar.
Garam dn pati daging
Cara-cara:
panaskan minyak sapi ( 2137 : saute / 2139 : bake fish)
tumis rempah tumis dan daun bay, kemudian masukkan bawang , tomato, carrot. Goreng layu.
masukn rempah kabsa dan air.
masukan garam dan kiub pati daging. Kacau dan kemudian masukkan daging. Tekan off dan tutup periuk. Knob Seal.
2137 & 2139 : tekan beef kpt 40 minit, Tekan start. Habis masa biar sekejap sblm bebas wap dan buka tudung.
masukkn beras dan akar ketumbar. Tutup periuk knob seal.
2137 & 2139 : tekan rice atau Steam KPT 7 minit.
habis masa, biar sebentar dan bebas wap. Hala knob ke vent.
Nasi Kabsa Kambing sedia dihidang bersama salata dan salad.
.
SOS SALATA
.
Bahan2:
1 biji bawang
3 biji tomato
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
1 sdb garam
5 sdb gula
3 pokok daum ketumbar
1 biji lemon - perahan jus
Cara-cara:
blend semua bahan kecuali lemon
perah lemon dan hidang bersama nasi kabsa.
SALAD
Bahan-Bahan:
1 batang carrot
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 btg timun buang biji
1 sdb minyak zaiton
1 sdb jus lemon
Daun ketumbar
Garam
Gula.
Cara-Cara
👩🏼🍳 bahan2 potong dadu dan campur semua.
2. 6 Bwg merah blend dan satukan dengan (no. 3)
3. 2 paket Rempah kari ayam/daging (cap O) babas pun OK
4. Kerisik 1 paket kecil
5.1 biji Bawang besar hiris
6. Rempah 4 sekawan
7. Daun kari
8. Daun pandan simpulkan
9. Serai 2btg ketuk
10. Ubi kentang 3 biji (saya belah 2 sebab risau kalau dia akan pecah dalam tu)
11. Santan
12.tomato 2 biji
13.garam secukup rasa dan sedikit gula melaka
Cara-cara :
Set saute high temp
Letak minyak sikit, tumis
5,6,7,8 dan9..
Nmpk macam layu bubuh rempah kari, Agak2 dah mengelegak mcm keluar minyak (sy tekan saute tu 2x) sy masukkan semua bahan yang tak masuk lagi. Tutup penutup,set meat 20 minutes valve seal.. Lepas siap saya tutup suis dan tunggu sampai Agak2 wap tak terpercik baru sy pusing ke vent.. Tabur daun ketumbar dihiris halus
Harap membantu..
Kredit : Suraya Hanim Jrm Kulim