• Home
  • Resepi
  • Info Agama
  • Parenting
  • Drama
  • Review
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Jom cuba Produk Orgga Malaysia Yang Sangat Organik Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai semua... Bonde nak memperkenalkan dengan ada semua produk pembersihan wajah dari Orgga Skincare. 

Jom Cuba Produk Orgga Malaysia Yang Sangat Organik

ORGGA Skincare merupakan idea daripada Puan Zazarina (Creator dan Formulator) yang merupakan peminat penjagaan kulit semulajadi yang sangat berdedikasi. Penampilan pertama ORGGA kepada orang ramai adalah pada bulan Ogos 2018 melalui platform dalam talian, ekspo perdagangan dan pameran di seluruh Malaysia.



Sebahagian besar ramuan ORGGA Skincare dari UK, AS, Timur Tengah, Eropah, China dan Malaysia.

ORGGA Skincare bebas dari :

>Alkohol

>Hydroquinone

>Merkuri

>SLS

>Paraben

>Pengawet Sintetik

>Sulfat

>Pewarna dan Pewangi Sintetik

>Sebarang bahan kimia berbahaya



Untuk makluman anda semua, Orgga Skincare terdiri daripada 3 jenis Orgga Basic Set iaitu :


1. Libra - untuk kulit normal dan kombinasi


2. Olivia - untuk kulit kering dan anti penuaan


3. Lindo - untuk kulit berminyak dan berjerawat



Bonde teruja nak cuba Set Orgga Olivia, untuk kulit kering dan anti penuaan... almaklum usia sudah masuk 4 serries ni kenalah tahu memilih produk untuk wajah dan seiring dengan peringkat umur dan produk yang bagus ialah dari bahan organik dan ianya serasi dan selesa digunakan.

Dalam kotak ni Bonde telah memilih untuk cuba 4 produk iaitu :-


1. Oliva Luxe Beauty Oil (20ml)

2. French Rose Daily Cleansing Powder(50gm) 

3. Le Neroli Hydrating Face Mist (60ml) 

4. Rose Quartz Dual-sided Face Roller



Klik : Video Unboxing




OLIVA

Luxe Beauty Oil

Khusus Untuk : Kulit Kering, Kulit Matang, Kulit pra-matang

Kebaikan : Melembap dan merawat kulit


Oliva bermaksud Zaitun di dalam bahasa Itali, dimana buah Zaitun telah digunakan secara meluas pada zaman dahulu oleh orang Mesir sebagai sumber penjagaan kecantikan. Oliva Luxe Beauty Oil dirumus khas bagi menghasilkan penjagaan yang efektif dan semulajadi untuk:-

>Kulit kering.


>Kulit matang.


>Kulit yang telah menampak kan kesan kesan penuaan.


>Kedutan dan garis garis halus.



ORGGA Luxe Beauty Oil diperbuat dari bahan aktif asli semulajadi. Bahan bahan yang digunakan diimport dari UK, US, Eropah & Timur Tengah bagi memastikan kualiti yang terjamin. Luxe Beauty Oil diformulasikan menggunakan Squalane dari buah zaitun, 9 jenis minyak Botani dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan mineral & nutrisi seperti: Essential Fatty Acid (Omega 3,6,7 dan 9) dan Vitamin A,C,D,E dan K.
  • Tidak berminyak dan melekit. Mudah meresap. Tidak menyumbat pori pori (Non comedogenic)
  • Menlindungi kulit (skin barrier) daripada pencemaran persekitaran.
  • Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru.
  • Kaya dengan Anti-oksida untuk mengukuhkan keanjalan kulit dan membantu meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan tanda tanda penuaan.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Memelihara, melembapkan dan mengunci kelembapan kulit.
  • Merawat kulit secara intensif.
  • Boleh dijadikan makeup primer untuk hasil natural dan glowing.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.




BEBAS dari:


Alkohol, Hydroquinone, Merkuri, SLS, Paraben, Pengawet Sintetik, Sulfat, Pewarna & Pewangi Sintetik.

Harga sebotol size 
20ml / 0.67 fl.oz: RM40.00 – RM95.00



FRENCH ROSE


Daily Cleansing Powder



Khusus Untuk: Kulit Kering, Kulit Matang, Normal, Kombinasi


Penggunaan: 3 dalam 1 (Pembersih, Very Mild Exfoliator & Mask)
  • Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
  • Kaya dengan vitamin & antioksidan.
  • Membersih, merawat dan menghidratkan kulit anda.
  • Menanggalkan sel kulit mati, bintik hitam (blackhead), bintik putih whitehead) dan merawat jerawat.
  • Merawat tona dan tekstur kulit yang tidak sekata.
  • Mencerahkan kulit yang kusam.
  • Melambatkan penampilan kedut dan garis halus.
  • Melicinkan dan melembutkan kulit.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Untuk hasil makeup yang lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.



BEBAS dari:

Alkohol, Hydroquinone, Mercuri, SLS, Paraben, Pengawet Sintetik, Sulfate, Pewarna & Pewangi Sintetik.

Harga sebotol saiz 50gm / 1.8 oz RM29.00 – RM69.00



LE NEROLI


Hydrating Face Mist



Khusus Untuk: Semua jenis kulit (terutamanya Kulit Kering, Kulit Matang)

Penggunaan : Hydrating Facial Mist
  • Diperbuat dari bahan semulajadi dan organik.
  • Menyegarkan dan menghidrat kulit.
  • Meenjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Menghidrat kulit kering dan kulit kasar.
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak.
  • Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik, dan anti-bakteria.
  • Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam.
  • Menjadikan hasil makeup yang tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas.



BEBAS dari:

Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik.

Harga Sebotol saiz : 60ml / 2 fl.oz : RM60.00 RM55.00





ROSE QUARTZ

Dual-sided Face Roller

Nikmati urutan muka on-the-go dengan Rose Quartz Face Roller .

Rose Quartz dipoerbuat dari Batu Kuarza merah jambu yang indah. Ia dikenali sebagai batu cinta kerana berupaya menghasilkan getaran cinta, kegembiraan, kelembutan, penyembuhan, penjagaan diri, dan sifatnya yang anti-radang. Menurut orang Mesir, Dewi Isis menggunakan batu Rose Quartz dari Sungai Nil sebagai batu urut wajah untuk mencegah kedutan dan menjaga kulitnya.



Mereka percaya bahawa batu kuarza datang dengan ciri-ciri anti-penuaan yang luar biasa. Ia menyembuhkan dan meremajakan kulit, lengkap dengan mineral seperti besi, natrium, silika, magnesium, natrium, dan oksigen. Semua elemen ini membolehkan pembaharuan kulit dan memperbaiki kulit yang kusam.

>Silika – menguatkan struktur kulit.

>Magnesium – melambatkan proses penuaan.

>Besi – mengawal peredaran darah.

>Natrium – melawan radikal bebas.

>Oksigen – menambah seri pada kulit secara semulajadi.

  • Merangsang pengeluaran kolagen.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus akibat penuaan.
  • Membantu mengecilkan liang pori.
  • Meningkatkan keanjalan kulit dengan meningkatkan elastin.
  • Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah.
  • Detox: Menggalakkan saliran limfa & meningkatkan peredaran darah.
  • Membersihkan toksin dari kulit & mengurangkan keradangan.
  • Mengurangkan pembengkakan & kedutan di sekeliling mata.
  • Mengurangkan bintik-bintik di sekitar dagu & rahang yang disebabkan oleh pembentukan toksin.
  • Membantu penyerapan minyak pada kulit.
  • Mencerahkan kulit & memberikan seri semulajadi pada wajah anda.
Nota: Setiap roller memiliki corak dan warna yang unik kerana pembentukan semulajadi batu yang digunakan.


Harga seunit : RM120.00

Review Dari Bonde.


Produk Skincare Orgga Malaysia ini memang selesa dipakai. Ianya dapat memberikan kesegaran, kelembapan pada kulit wajah Bonde.  Bahan yang digunakan semuanya organik membuatkan wangian yang sangat natural keluar pada produk ini.  Sangat selesa menggunakannya.  Next Bonde kongsikan video penggunaan pula yea... anda jangan lupa tonton yea..

Berita baik untuk anda:


 ðŸ”¥ ðŸ”¥ ðŸ”¥Year End Sale Promosi 🔥 🔥 🔥




Jika anda berminat nak cuba produk skincare organik dan semulajadi dari Orgga Malaysia ini, Ianya benar-benar berkualiti dan terbukti berkesan tau!

Kini anda boleh memiliki produk skincare idaman anda pada harga yang jauh lebih murah dengan Year End Sale (YES). Dapatkan kulit glowing yang berseri secara semulajadi dan dalam masa yang sama anda boleh berjimat sehingga RM40.00 

Bukan itu sahaja... 30 pelanggan pertama akan turut menerima hadiah istimewa  iaitu pen edisi terhad eksklusif dari ORGGA 

Website : https://www.orgga.my/

Facebook : Orgga Malaysia

Instagram : Orgga Malaysia

Twitter : Orgga Malaysia

Whatsapp : https://wasap.my/60182827793


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
18 PEMBERI ULASAN
Bajet Dan Internary Travel ke Korea Style Backpackers Day 1 Assalamualaikum dan selamat petang, Hai reader semua.. Hari ini hari kedua kami di Seoul, Korea. Kalau anda nak baca kisah sebelum ini baca di link : bajet-dan-internary-travel-ke-korea

Hari # 2 | Nami Island - Dongdaemun

0800 | keluar awal pagi dengan menaiki subway dan seterusnya menaiki bas khas menuju ke Nami Island. Seharian di Nami Island'


1630 | Dongdaemun - dinner dan menikmati LED Rose di DDP





bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan. Seronoknya sarapan beramai-ramai dekat guesthouse. Dekat Beewon guesthouse ni ada semua peralatan memasak dapur, toster, microvave, air coway, peti sejuk, untuk makanan pula ada disediakan roti, jam, susu, gula, tea, coffee dan jus oren. Jika anda nak memasak makanan anda sendiri pun boleh tak ada masalah, bagi Bonde memang ada bawa bekalan seperti roti, maggie, biskut , Coffee 3in1, Sambal Cik Nor, chocolate dan lain-lain.




Situasi di pantry Beewon guesthouse



Siap-siap sarapan nak keluar naik subway ke Nami Island.  Pantang nampak benda pelik, view cantik nak bergambar! haruslah singgah sebab bukan selalu datang sinikan!


Bergambar dilorong pintu masuk sekitar lorong di Beewon Guesthouse.


View Beewon Guesthouse dari luar.


Bermulalah episod naik turun subway... hu hu hu sila pasang kuda-kuda, tips untuk anda yang nak travel backpackers ke Korea supaya kaki tak sakit pakai 'sport shoes' yang selesa! tidak menyakitkan... malam masa rehat dekat guesthouse tu rendam kaki dalam air panas dan sapulah sebarang jenis minyak bagi kaki rest.. sebab style backpakers ni memang banyak jalan.. jadi yang tabah, hati kental dan kuat semangat jer boleh join backpakers punya trip sebenarnya.  Macam Bonde... ingat hebat sangat ke??? dalam jalan meredah town tu... cuaca sejuknya lagi... semput juga tau! kalau penat dan rasa kaki sakit kita cakaplah dekat kawan-kawan yang lain untuk berhenti rehat sekejap atau kalau dah jalan menyeret-yeret tu buat-buat berhenti esok nak jalan lagi... kalau naik subway memang situasi dia sama sahaja... hu hu hu kagum tengok nenek-nenek dan ajuma Korea laju jer turun naik tangga.  Kita pun kena contohi mereka sebenarnya.. ni tidak bila banyak duduk dari berjalan tu yang badan bagai dipam-pam... tabik dengan ajuma-ajuma Korea hebat diaorang.


Ajuma tu kat belakang sekali... hi hi hi hebatkan!

  

Sebaris dalam train ni dengan ajuma-ajuma yang laju berjalan dah macam berlari...


Habis sesi naik turun subway sebanyak dua kali pertukaran sampai ke station Gapyeong turun dan keluar untuk ke seberang menaiki bus ke Nami Island.  
Detail perjalanan anda boleh tengok dekat subway maps. Kalau anda datang Korea dekat airport nanti anda pergilah ke kaunter infomasi untuk dapatkan Maps Seoul Korea, Maps Subway semua percuma. Kali ni Anil yang akan bagi tahu setiap kali naik dan turun dekat mana? jadi kami akan follow rapat-rapat takut tertinggal atau terpisah, Alhamdulillah trip kami yang lepas tak ada masalah tertinggal train dan terpisah train, kalau jadi memang haru birulah jadinya. Terima kasih Anil sentiasa guard kami. Untuk maps Subway ni, kena ikut warna laluan yang betul. Walaupun Anil dah beritahu Bonde, tetap juga menghafal dalam senyap-senyap incase tercicir tahu jalan nak jumpa dekat mana.

 Station Gapyeong


Naik bus untuk ke Nami Island perjalanan lebih kurang 30 minit, dekat sini pun kena follow rapat rakan yang lain sebab beratur tunggu turn, takutnya nanti terpisah kena naik bus yang seterusnya.  Tips.. jangan jauh-jauh dengan rakan-rakan.  



Jalan kaki lebih kurang  lima minit untuk sampai ke pintu masuk jeti Nami Island.



Bayar tiket di kaunter dan dapatkan peta untuk explore nami island nanti... Ramai pelancong nak ke Nami Island ni pun kena beratur panjang juga.  seperti biasa kena rapat-rapat dengan rakan-rakan kalau terpisah kena naik feri yang berikutnya.


Sepanjang jalan ke Nami Island kami duduk dibahagian atas kerana di bawah telah penuh.  Alhamdulillah cuaca tak panas masa nih.


Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kami jumpa!  Nampaknya sama-sama nak explore Nami Island.


Alhamdulillah dah sampai di Nami Island.  Sampai-sampai sahaja ramai yang melepaskan hajat sebab cuaca yang sangat sejuk.. jadi sementara menunggu tu selfie-selfielah dulu he he he

Keterujaan bercuti kali ini adalah kerana Musim bunga, tapi sakura nampaknya masih belum berkembang di Nami Island, apa yang Bonde nampak ada setengah-tengah pokok sudah tidak berdaun dan bunga sakura masih berputik lagi, info yang Bonde dapat Nami Island adalah Pulau jadi 'cherry blossom' agak lambat dari pokok-pokok yang di darat. Info musim bunga seperti dibawah : 
Musim bunga (Spring) : Mac - Mei (suhu 14⁰C-17⁰C)



Kali ni Bonde tak terus ke kanan kami mulakan perjalanan dari Maple Lane, dari sini kami akan pusing satu pulau nami, memandangkan kami agak lama disini jadi memang seronoklah bergambar di sini.  Pilihan ini dibuat persetujuan bersama rakan-rakan yang lain disebabkan kalau terus laluan ke kanan dekat sana memang tangah ramai pengunjung datang jadi nak bergambar akan ambik masa disitu.



Maple Lane





Selesa nak bergambar dekat sini, view pun memang cantik sangat, dekat gambar pon tak ramai photo bom ha ha ha

Saksikanlah group photo kami berlima






















Nampak tak? pilihan kami tadi adalah pilihan yang bijak bestari... suka tengok gambar-gambar dekat sini... tetiba hadoi rindu Nami Island.














Wajiblah bergambar disini lokasi drama Winter Sonata




International Children's Library

Wajib singgah dekat International Children's Library nih, bukan apa untuk pergi toilet dan juga musolah.  Kami berehat untuk solat disini dahulu...



Restoran Drama Cafe di Nami Island

Singgah makan tengahari di Cafe Drama menu utama ialah Nasi Goncang (Dosirak) at Nami Island, pertama kali nak cuba makan dosirak ni! macam menarik tengok pengunjung makan dosirak...

  

Restoran ni dalam dia ada banyak gambar-gambar tentang penggambaran cerita Winter Sonata.. kedai ni terletak sederet dengan International Children's Library, senang je cari.. sebab ianya terletak ditepi sekali! 



Yeay dah sampai dosirak yang kami oder tadi, kami ambik menu Rice+Kimchi+Egg 





Ok ready nak goncang nasi dorisak kami.. sebelum goncang kena pakai sarung tangan dulu, sebab panas bekas dosirak tu... kalau tak pakai sarung tangan boleh melepuh jari-jari anda sila berhati-hati yea




Bagi Bonde, dosirak ni sedap sebab makan panas-panas, rasanya bila sudah digoncang jadi macam nasi goreng.. Unik dan menariknya tentang dosirak ni  kena goncang panas-panas ..


3 Menu Dosirak 

Rice+Kimchi+Egg



Rice+Kimchi+Egg+Cheese



Rice+Kimchi+Egg+Tuna









Cuaca petang makin lama makin sejuk jadi... kenalah panaskan dengan bara api yang memang sudah tersedia.  Rata-rata pengunjung yang datang pasti singgah nak panaskan tangan..





Dekat signage ni pun harus bergambar! sini salah satu port popular!


Dongdaemun - dinner dan menikmati LED Rose di DDP

Kami menaiki feri jam 16.30 untuk ke Dongdaemon, makan malam menu Korea disitu.




Menu Ikan Salai, Sambal sotong, sup sayur dan tidak ketinggalan sayur kimci!


Paling sedap sambal sotong! hadoii berebut makan sambal sotong tekak Malaysia sangat nak yang pedas-pedas





Share
Tweet
Pin
Share
14 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

INTELLIFLUENCE

Intellifluence Trusted Blogger

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Subscribe

PROMO RAYA DI SHOPEE SEKARANG!

PROMO RAYA  DI SHOPEE SEKARANG!
PERSONA GAYA AIDILFITRI

PROMO DI SHOPEE SEKARANG

PROMO DI SHOPEE SEKARANG
HANNAH Bench Stool Chair with Big Size Storage Pockets

PROMO DI SHOPEE SEKARANG

PROMO DI SHOPEE SEKARANG
CAT DOLL CUTE

RUANG IKLAN UNTUK DISEWA

Prestarrs boots for sale Holapick casual dresses for women

Followers

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Keperluan Diri Dan Checklist Untuk Masuk Asrama Kolej Vokasional
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • 15 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi
  • BENGKEL MASAKAN KELUARGA DENGAN SHARP
  • Bahaya Minum XS Perfect Drink Jangan Sesekali Cuba

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Sarapan Di Medan Selera Penghulu Cantik Seremban
    Sejam yang lalu
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Pemenang Capture Nombor 2.6M Mamapipie
    Sehari yang lalu
  • Azlinda Alin
    SAFI RAYA KAU HIJAU
    Sehari yang lalu
  • Ana Suhana
    Ayam Gangjeong Manis Pedas Sentuhan Korea dari Marrybrown
    2 hari yang lalu
  • Mimi Azirah
    Sungei Wang Plaza Goes Digital With Shopee This Hari Raya
    3 hari yang lalu
  • Shuhaida Kabdy
    Shinjumi Bita V9 Vitamin C Untuk Kulit Cantik dan Sihat
    4 hari yang lalu
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
    Seminggu yang lalu
  • KhatyAiman
    Retail therapy with the first Shopee Premium Brands Festival this 4.4 Mega Shopping Day
    Seminggu yang lalu
  • Bonda Zahra
    Rasa Rindu Nak Menulis
    3 minggu yang lalu
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
    6 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

#Biter's Blogger

  • SIS HAWA DOT COM
    Pengalaman & Panduan Rawat Kudis Buta Anak Hingga Sembuh
    Sejam yang lalu
  • MrsPipDotCom
    5 Perkara Aku Rancang PERLU Buat Ramadhan Tahun Ini
    10 jam yang lalu
  • Farhana Jafri
    Selebriti Bollywood Dan Kepercayaan Karut Yang Diamalkan
    12 jam yang lalu
  • Yatie Owner
    Semi Buffet Buka Puasa @ 50 Shades Bistro
    12 jam yang lalu
  • Shamiera Osment
    Celebrate Hari Raya with Safi Malaysia Batik's Plate.
    19 jam yang lalu
  • Blog Sihatimerahjambu
    Sparkling Honey Citron Family Mart Air Soda Masam Manis
    21 jam yang lalu
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Cara Hantar Fail dan Foto Melalui Telegram
    Sehari yang lalu
  • OMBAKBERGIGI
    The Penthouse Season 2 : War In Life Episod 4
    Sehari yang lalu
  • SHALIMAR YUSOF
    Betul Ke Kain NORWEX Memang Terbaik? 10 Sebab NORWEX Harga Kayangan Tapi Berbaloi
    Sehari yang lalu
  • Kitepunye Dot Com
    SHOPEEPAY FOR A DONUT HUNT
    Sehari yang lalu
  • Fieza Sani
    Pilih Pasangan dan Berkahwin
    2 hari yang lalu
  • iamfuzy.com™
    5 Restoran Makanan Barat Sedap Patut Cuba Di KL
    2 hari yang lalu
  • apekinah.com
    Nikmati Sajian Istimewa Ayam Gangjeong Di Marrybrown Sentuhan Inspirasi Dari Negara Korea
    2 hari yang lalu
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Lindungi Diri Dan Keluarga Dengan Kitsui Vita C+ Shine
    2 hari yang lalu
  • VITAMIN WAWA
    Testimoni Set Cantik - Produk Shaklee Berjaya Merawat Masalah Kulit Breakout
    2 hari yang lalu
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Penyelesaian Bagi Wanita Yang Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Kerana Mengandung & Menyusukan Anak!
    2 hari yang lalu
  • Fiza Aizzawa
    Dapatkan pinggan batik Safi edisi terhad, percuma sempena kempen Safi Raya Kau Hijau
    2 hari yang lalu
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    THE BIG BAD WOLF BOOK SALE RETURNS WITH A HYBRID BOOK SALE!
    3 hari yang lalu
  • Blog Wani Sukarno
    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Negeri Kelantan 2021/ 1442H
    3 hari yang lalu
  • Yaya Azura
    Giveaway Sampul Raya Hipster
    3 hari yang lalu
  • Mimi Azirah
    Sungei Wang Plaza Goes Digital With Shopee This Hari Raya
    3 hari yang lalu
  • Modern Mum's Thingy
    Latih anak celik kewangan seawal mungkin dengan HLB Pocket Connect
    3 hari yang lalu
  • Ardini Humaira
    KITSUI VITAMIN C
    4 hari yang lalu
  • Marshalizadotcom
    KITSUI Vitamin C Supplemen Tambahan Untuk Membantu Meningkatkan Imun & Mencantikkan Kulit
    4 hari yang lalu
  • Sharing My Ceritera
    Mama's Choice Stretch Mark Cream
    4 hari yang lalu
  • CXopportunities
    2 Amalan Hebat Menjadi Pilihan Supaya Murah Rezeki
    4 hari yang lalu
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa
    5 hari yang lalu
  • Ajumohit
    Semak Tabung Haji melalui CIMB Clicks. Tak perlu ke ATM.
    5 hari yang lalu
  • Opzzpinky | Lifestyle Blogger
    Umur 2 Tahun Masih Belum Pandai Bercakap
    6 hari yang lalu
  • Diary Mama
    Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
    Seminggu yang lalu
  • MaisarahSidi.com
    15 Resepi Agar-agar Sedap Pelbagai Rasa
    Seminggu yang lalu
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
    Seminggu yang lalu
  • Ciktie Dot Com
    FRESH FROM THE OVEN: RM2 CASHBACK AT ROTIBOY WITH SHOPEEPAY
    Seminggu yang lalu
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    NAIM BEEF - A BUTCHER SHOP AND STEAKHOUSE IN ONE PLACE? | BANGI, SELANGOR | ZAZA'S REVIEW
    Seminggu yang lalu
  • perrenial
    Places I wish to visit in Singapore
    Seminggu yang lalu
  • ANNUR SYUHADAH
    Cosmoderm Skin Lab Cipta Rumusan Skincare Perfect Balanced Sesuai Semua Jenis Kulit
    Seminggu yang lalu
  • Cahaya Hayati
    Guna IDW Design Collection Untuk Rumah Cantik Dan Tampak Mewah
    2 minggu yang lalu
  • Blog Adianiez
    Kembali ke Cafe Markisa | Nikmati pula ikan baung masak tempoyak dan fresh markisa sedap!
    2 minggu yang lalu
  • Usop Ahmad
    Scrub Slushie Penawar Kepada Kulit Bermasalah
    4 minggu yang lalu
  • Atul Hamid
    Promosi Shaklee Mac 2021
    4 minggu yang lalu
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    30 Top Malaysia Blogger 2021
    5 minggu yang lalu
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
    Sebulan yang lalu
  • Stazah Mama LifeStyle
    Senarai Pendek 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Bagi Tahun 2021
    Sebulan yang lalu
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
    2 bulan yang lalu
  • RINA ZUL
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
    2 bulan yang lalu
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    3 bulan yang lalu
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
    3 bulan yang lalu
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
    4 bulan yang lalu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan
    9 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Created with by ThemeXpose