Bajet Dan Internary Travel ke Korea Style Backpackers Hari #2 Nami Island - Dongdaemun

Bajet Dan Internary Travel ke Korea Style Backpackers Day 1 Assalamualaikum dan selamat petang, Hai reader semua.. Hari ini hari kedua kami di Seoul, Korea. Kalau anda nak baca kisah sebelum ini baca di link : bajet-dan-internary-travel-ke-korea

Hari # 2 | Nami Island - Dongdaemun

0800 | keluar awal pagi dengan menaiki subway dan seterusnya menaiki bas khas menuju ke Nami Island. Seharian di Nami Island'


1630 | Dongdaemun - dinner dan menikmati LED Rose di DDP





bangun pagi dan bersiap-siap untuk sarapan. Seronoknya sarapan beramai-ramai dekat guesthouse. Dekat Beewon guesthouse ni ada semua peralatan memasak dapur, toster, microvave, air coway, peti sejuk, untuk makanan pula ada disediakan roti, jam, susu, gula, tea, coffee dan jus oren. Jika anda nak memasak makanan anda sendiri pun boleh tak ada masalah, bagi Bonde memang ada bawa bekalan seperti roti, maggie, biskut , Coffee 3in1, Sambal Cik Nor, chocolate dan lain-lain.




Situasi di pantry Beewon guesthouse



Siap-siap sarapan nak keluar naik subway ke Nami Island.  Pantang nampak benda pelik, view cantik nak bergambar! haruslah singgah sebab bukan selalu datang sinikan!


Bergambar dilorong pintu masuk sekitar lorong di Beewon Guesthouse.


View Beewon Guesthouse dari luar.


Bermulalah episod naik turun subway... hu hu hu sila pasang kuda-kuda, tips untuk anda yang nak travel backpackers ke Korea supaya kaki tak sakit pakai 'sport shoes' yang selesa! tidak menyakitkan... malam masa rehat dekat guesthouse tu rendam kaki dalam air panas dan sapulah sebarang jenis minyak bagi kaki rest.. sebab style backpakers ni memang banyak jalan.. jadi yang tabah, hati kental dan kuat semangat jer boleh join backpakers punya trip sebenarnya.  Macam Bonde... ingat hebat sangat ke??? dalam jalan meredah town tu... cuaca sejuknya lagi... semput juga tau! kalau penat dan rasa kaki sakit kita cakaplah dekat kawan-kawan yang lain untuk berhenti rehat sekejap atau kalau dah jalan menyeret-yeret tu buat-buat berhenti esok nak jalan lagi... kalau naik subway memang situasi dia sama sahaja... hu hu hu kagum tengok nenek-nenek dan ajuma Korea laju jer turun naik tangga.  Kita pun kena contohi mereka sebenarnya.. ni tidak bila banyak duduk dari berjalan tu yang badan bagai dipam-pam... tabik dengan ajuma-ajuma Korea hebat diaorang.


Ajuma tu kat belakang sekali... hi hi hi hebatkan!

  

Sebaris dalam train ni dengan ajuma-ajuma yang laju berjalan dah macam berlari...


Habis sesi naik turun subway sebanyak dua kali pertukaran sampai ke station Gapyeong turun dan keluar untuk ke seberang menaiki bus ke Nami Island.  
Detail perjalanan anda boleh tengok dekat subway maps. Kalau anda datang Korea dekat airport nanti anda pergilah ke kaunter infomasi untuk dapatkan Maps Seoul Korea, Maps Subway semua percuma. Kali ni Anil yang akan bagi tahu setiap kali naik dan turun dekat mana? jadi kami akan follow rapat-rapat takut tertinggal atau terpisah, Alhamdulillah trip kami yang lepas tak ada masalah tertinggal train dan terpisah train, kalau jadi memang haru birulah jadinya. Terima kasih Anil sentiasa guard kami. Untuk maps Subway ni, kena ikut warna laluan yang betul. Walaupun Anil dah beritahu Bonde, tetap juga menghafal dalam senyap-senyap incase tercicir tahu jalan nak jumpa dekat mana.

 Station Gapyeong


Naik bus untuk ke Nami Island perjalanan lebih kurang 30 minit, dekat sini pun kena follow rapat rakan yang lain sebab beratur tunggu turn, takutnya nanti terpisah kena naik bus yang seterusnya.  Tips.. jangan jauh-jauh dengan rakan-rakan.  



Jalan kaki lebih kurang  lima minit untuk sampai ke pintu masuk jeti Nami Island.



Bayar tiket di kaunter dan dapatkan peta untuk explore nami island nanti... Ramai pelancong nak ke Nami Island ni pun kena beratur panjang juga.  seperti biasa kena rapat-rapat dengan rakan-rakan kalau terpisah kena naik feri yang berikutnya.


Sepanjang jalan ke Nami Island kami duduk dibahagian atas kerana di bawah telah penuh.  Alhamdulillah cuaca tak panas masa nih.


Ramai juga pelancong dari Malaysia yang kami jumpa!  Nampaknya sama-sama nak explore Nami Island.


Alhamdulillah dah sampai di Nami Island.  Sampai-sampai sahaja ramai yang melepaskan hajat sebab cuaca yang sangat sejuk.. jadi sementara menunggu tu selfie-selfielah dulu he he he

Keterujaan bercuti kali ini adalah kerana Musim bunga, tapi sakura nampaknya masih belum berkembang di Nami Island, apa yang Bonde nampak ada setengah-tengah pokok sudah tidak berdaun dan bunga sakura masih berputik lagi, info yang Bonde dapat Nami Island adalah Pulau jadi 'cherry blossom' agak lambat dari pokok-pokok yang di darat. Info musim bunga seperti dibawah : 
Musim bunga (Spring) : Mac - Mei (suhu 14⁰C-17⁰C)



Kali ni Bonde tak terus ke kanan kami mulakan perjalanan dari Maple Lane, dari sini kami akan pusing satu pulau nami, memandangkan kami agak lama disini jadi memang seronoklah bergambar di sini.  Pilihan ini dibuat persetujuan bersama rakan-rakan yang lain disebabkan kalau terus laluan ke kanan dekat sana memang tangah ramai pengunjung datang jadi nak bergambar akan ambik masa disitu.



Maple Lane





Selesa nak bergambar dekat sini, view pun memang cantik sangat, dekat gambar pon tak ramai photo bom ha ha ha

Saksikanlah group photo kami berlima






















Nampak tak? pilihan kami tadi adalah pilihan yang bijak bestari... suka tengok gambar-gambar dekat sini... tetiba hadoi rindu Nami Island.














Wajiblah bergambar disini lokasi drama Winter Sonata




International Children's Library

Wajib singgah dekat International Children's Library nih, bukan apa untuk pergi toilet dan juga musolah.  Kami berehat untuk solat disini dahulu...



Restoran Drama Cafe di Nami Island

Singgah makan tengahari di Cafe Drama menu utama ialah Nasi Goncang (Dosirak) at Nami Island, pertama kali nak cuba makan dosirak ni! macam menarik tengok pengunjung makan dosirak...

  

Restoran ni dalam dia ada banyak gambar-gambar tentang penggambaran cerita Winter Sonata.. kedai ni terletak sederet dengan International Children's Library, senang je cari.. sebab ianya terletak ditepi sekali! 



Yeay dah sampai dosirak yang kami oder tadi, kami ambik menu Rice+Kimchi+Egg 





Ok ready nak goncang nasi dorisak kami.. sebelum goncang kena pakai sarung tangan dulu, sebab panas bekas dosirak tu... kalau tak pakai sarung tangan boleh melepuh jari-jari anda sila berhati-hati yea




Bagi Bonde, dosirak ni sedap sebab makan panas-panas, rasanya bila sudah digoncang jadi macam nasi goreng.. Unik dan menariknya tentang dosirak ni  kena goncang panas-panas ..


3 Menu Dosirak 

Rice+Kimchi+Egg



Rice+Kimchi+Egg+Cheese



Rice+Kimchi+Egg+Tuna









Cuaca petang makin lama makin sejuk jadi... kenalah panaskan dengan bara api yang memang sudah tersedia.  Rata-rata pengunjung yang datang pasti singgah nak panaskan tangan..





Dekat signage ni pun harus bergambar! sini salah satu port popular!


Dongdaemun - dinner dan menikmati LED Rose di DDP

Kami menaiki feri jam 16.30 untuk ke Dongdaemon, makan malam menu Korea disitu.




Menu Ikan Salai, Sambal sotong, sup sayur dan tidak ketinggalan sayur kimci!


Paling sedap sambal sotong! hadoii berebut makan sambal sotong tekak Malaysia sangat nak yang pedas-pedas






LED Rose di DDP

Lepas makan, kami terus berjalan ke DDP, pencarian Bunga sakura di malam hari, Alhamdulillah berjumpa dengan sakura ada yang berputik... baru berkembang...







Leka tengok sakura, sampai tak heran pulak dengan LED Rose... tapi LED Rose dekat sini tidak kurang meriahnya... LED Rose memang sentiasa ada.. dia tak ikut musim... Ramai juga yang bergambar disini, rata-rata yang datang adalah pelancong luar.









Fatin layan main piano jap.. lepas ni kami bergerak pulang ke Beewon guesthouse,  tunggu sambungan untuk Hari #3 pula he he he


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

14 PEMBERI ULASAN

  1. Bestnya, boleh lah nt follow iti ni kalau saya nk korea

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Best nya sampai terasa sejuk nya tu di sini. Hehe 😁

    BalasPadam
  3. wahhh seronoknya pegi korea

    BalasPadam
  4. tak tau bila turn el pulak nak pergi korea..seronok tengok bonde and the geng round2 korea dan bergambar

    BalasPadam
  5. Moga adalah rezeki zaza nanti untuk jejakkan kaki ke nami ni.. Lawa sgt tengok keindahan tempatnya.

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat pi Korea.. harap satu hari nanti ada rezeki Kak Sue sekeluarga ke sana juga..

    BalasPadam
  7. Salah satu tempat yang nad nak pergi sangat.. Tapi tak tau bila.. Harap ade rezeki.. Seronok tgk akk p jelajah nami island, makan dekat sana.. Yang kene rpat2 dengan kawan tu mesti ye

    BalasPadam
  8. Okay dah saved entry ni... Panjang sgt kene baca lagi skli tp best dpt gi korea time winter kan?

    BalasPadam
  9. Seronoknya bonde macam macam tempat pergi ye. Doakan dak Mimi pun dapat jejak kaki ke Korea

    BalasPadam
  10. Tengok gambo2 ni rindu pulak nak ke Korea lagi. Kali ni kalau gi nak bawak Aeysha dan jalan2 cari makan kat sana..:D

    BalasPadam
  11. Cantiknya Nami Island. Teringin nak g. Selalu tgok dalam drama korea je.

    BalasPadam
  12. Wah best juga, i have been to Korea many times but belum ke nami island lagi

    BalasPadam
  13. Bestnyaaa bonde.. Kalau dekat, memang usaha nak pergi. Tapi jauh. Hahaha..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.