Muzium Automobil Nasional Di Sepang

Muzium Automobil Nasional Di Sepang Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang lawatan Bonde ke Muzium Automobil Nasional Di Sepang ni yang terletak di Litar Antarabangsa Sepang.  Sebenarnya bagus juga bawa anak-anak ke sini pada musim cuti sekolah ni bagi mereka pendedahan mengenai kereta buatan Malaysia.


Muzium Automobil Nasional Di Sepang

Malaysia mula mengorak langkah di bidang perindustrian berat khususnya bidang pembuatan kenderaan komersil apabila tertubuhnya Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980 dan seterusnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) pada tahun 1983, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) pada tahun 1993, Motosikal dan Enjin Nasional Sendirian Berhad (MODENAS) pada tahun 1995. Industri permotoran Malaysia telah banyak berkembang sejak kebelakangan ini. Sejajar dengan perkembangan tersebut, Muzium Automobil Nasional telah dibangunkan. Muzium ini memaparkan beberapa model kereta dan motosikal buatan tempatan serta kereta-kereta import yang pernah digunakan di negara ini. Tujuan utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Muzium ini juga memaparkan beberapa koleksi kereta vintaj dan klasik yang memepunyai sejarahnya yang tersediri. Muzium ini berharap dapat memberi maklumat, mendidik serta menghibur para pengujung mengenai sejarah dan kejayaan negara dalam menerokai industri ini.

Baiklah Bonde cerita mengenai detail Muzium Automobil Nasional Di Sepang ni bagi anda yang nak tahu Muzium Automobil Nasional telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahahir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat untuk memaparkan perkembangan sejarah sistem pengangkutan dan industri automotif nasional serta kejayaan negara ini menerokai industri berkenaan.  Muzium yang di bangunan Welcome Centre Litar Antarabangsa Sepang ini telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2004.


Muzium Automobil Nasional mempamerkan 21 buah model kenderaan klasik dan tempatan.  Model kenderaan yang dipamerkan termasuklah kereta klasik dan vintaj seperti MGTD, Alvis Taurer, Jaguar D-Type, Autin Healy 3000, Ford Speedster dan Brushmobile yang merupakan kereta tertua dan termahal di galeri ini.

Kereta keluaran tempatan pula yang dipamerkan di aras 1 adalah Proton, Perodua, DRB-Hicom, Modenas dan Bufori.


Untuk makluman semua, tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium Automobil Nasional nih!  Anda boleh terus masuk dan hanya mendaftar dibuku yang disediakan dikaunter pendaftaran.


Bonde memang teruja melihat koleksi-koleksi klasik dan vintaj 


Brushmobile 1904

Model kereta klasik ini antara yang tertua yang terdapat di Muzium Automobil Nasional 





 Jaguar  D-Type



Alvis Firefly Tourer






Ruang Pameran di Tingkat dua terbahagi kepada lima segmen yang merupakan paparan industri automotif nasional serta sumbangan lima syarikat tempatan iaitu DRB-Hicom, Proton, Bufori, Modenas dan Perodua dalam menerajui, membangunkan dan memajukan industri.




Motosikal sumbangan Modenas

 Lori Perkasa - DRB-Hicom


Dua buah kendraan sumbangan dari Bufori


Sumbangan dari Proton

Proton Waja

 Proton Gen-2

 Modenas - Kriss

Modenas - Ceria

 Modenas - Jaguh

 Modenas - Dinamik

 Perodua Kancil

 Perodua Kembara

   Produa Kenari

Latar belakang Produk Perodua




Tempat-tempat menarik yang berhampiran


Sepang International Circuit (SIC)
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2)
Mitsui Outlet Park
Medan Ikan Bakar Bagan Lalang
Sepang Gold Coast



Maklumat Umum Hari dan Masa Lawatan

9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

Alamat :

Muzium Automobil Nasional, Litar Antarabangsa Sepang, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-8787 1499/4759


Fax: 03-8787 3732




~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

22 PEMBERI ULASAN

  1. thanks bonde share info menarik boleh bawak afiq furqan wekend ne

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam. terus teringat kisah anak calarkan kereta kat pameran kereta audi tu. huhuhu

    BalasPadam
  3. Laaa..nad xtau pn ade muzium automobil dkt sni..lahaaii ketggalan sungguh la..nnt boleh la bawak ank2 tgok keta2 jenama malaysia dan luar negara..

    BalasPadam
  4. Bagus matlamat penubuhan iaitu untuk memberi maklumat mengenai sejarah perkembangan dan pencapaian industri permotoran di Malaysia. Masuk pun percuma. Tempat yang patut bawa anak-anak melawat ni.

    BalasPadam
  5. Ohh ada jugak muzium atomobil kat Malaysia ni ya. Seyes kita tatau pon kalau bonde tak share ttg ni. Nak buat camne tak meluas sgt kot promo sbb tak semua tahu.. Muzium Automobil Nasional diilhamkan oleh Tun Dr. Mahahir Mohamad rupanya. Tq bonde utk info ni.

    BalasPadam
  6. Menarik nya.
    Tq for sharing.
    One day, all the national cars akan jadik legend.
    Layak la dok dlm muzium. Utk paparan generasi akan dtg.

    BalasPadam
  7. Baru je semalam tonton 10 kereta Nasional paling ngetop. Terus tau yang pernah ada Perodua Nautica. Bagus ada pameran mcam ni, boleh tunjuk kat rakyat apa kereta kebanggan kita. Kereta vintaj dan klasik tu mmg lawa la..Harga mahal tu.

    BalasPadam
  8. Baru tahu ada musium ni kat Sepang. Menarik tgok kereta2 antik. Ni kalau Aeysha tengok ni sure dia merengek nak ajak gi

    BalasPadam
  9. Terima kasih! Info yang amat baik ni, nnt mouse mommy blh bawa ank2 pergi tengok automobil yang ada dari dulu sampai sekarang ni kat muzium automobil!

    BalasPadam
  10. Baru tahu kat litar sepang tu ada jugak muzium autombil ni.

    Ada macam2 jenis model ya kat situ.

    Kereta vintaj tu memang lawa lah

    BalasPadam
  11. Wah baru tahu kat sini ada muzium...menarik dan best ni. Kalau ke sini bolehlah singgah

    BalasPadam
  12. Uish. Baru tahu ada tmpt mcm ni. Memang mengimbau kenangan lama betol tengok kereta lama tu

    BalasPadam
  13. Wah bonde.. Banyak kereta antik. Suka tengok. Bestnya datang sini...Boleh bergambar sakan

    BalasPadam
  14. Banyak kali dah pi Sepang. Taktau pasal muzium ni kalau tak boleh singgah. Nanti nak pergi sini tengok-tengoklah

    BalasPadam
  15. This look interesting. Should go there and witness my self

    BalasPadam
  16. Tak tahu pula selama ni ada Muzium ni, cam syok je

    BalasPadam
  17. baru tahu kewujudan muzium ni. thanks sharing bonda. wah kereta kancil pun ada dalam muzium ni..hehe

    BalasPadam
  18. Antara muzium yang saya tak tahu kewujudannya! Kalau tau ni, mesti dah bawak family ke sini. In shaa Allah nanti nak singgah ;)

    BalasPadam
  19. Alaa.. sukanya kalau dapat pi Muzium kereta- kereta lama macam ni.. TB nak pergi jugaklah nanti.. bawak harraz.. mesti dia suka..

    BalasPadam
  20. Thanks for sharing I didn't know this museum exists the kids will be so amazed by it!

    BalasPadam
  21. First time dgr psl muzium automobil ni. Julia mmg suka gi muzium tau kalau bercuti. Pasni balik KL leh masuk muzium ni dalam list nak pegi gak.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.