Bajet Dan Internary Travel ke Korea Style Backpackers

Assalamuaikum dan Selamat Malam Hai reader semua, sudah penghujung tahun baru Bonde nak up kisah travel Bonde pada bulan Mac yang lalu bersama Travel Buddy Lima orang semuanya termasuk Fatin. Alkisahnya Bonde nak memenuhi impian Fatin nak jejak kaki ke Korea, Alhamdulillah Kali ini Bonde dapat merealisasikan impiannya...


Bajet Dan Internary Travel ke Korea Style  Backpackers 

Tarikh 24 Mac 2019 adalah tarikh kami berlepas dari KLIA dan tarikh pulang adalah pada 30 Mac 2019 iaitu selama lebih kurang lima hari kami akan meneroka di Seoul, Korea dan dua hari lagi dikira perjalanan pergi dan balik.

Detail Pebelanjaan Bonde dan Fatin :

Tiket Malaysia Airline Return RM 1950.00 seorang X2

Ground RM 1650.00 seorang X2
(Bayaran : Guesthouse, Everland, Istana, Hanbook, Transport T-Money)

SmartTraveller Insurance RM 93.00 X2

Makan sendiri

Untuk perjalananan kali ini cuaca agak sejuk suhu aircond office tapi kalau dekat luar memang sejuk dan berangin haaa kena bawa baju sejuk tebal-tebal juga nampaknya untuk cover diri dari mengigil nanti. Walau badan berisi dan berlemak, tapi cuaca macam ni sure sejuk dan mengigil nanti, jadi kena standby baju yang sesuai atau pakai baju yang agak tebal sedikit. Untuk fatin pula kena pakai sarung tangan, sebab fatin tak tahan sejuk.
Senarai keperluan yang perlu dibawa nanti.  Ini senarai yang kami bincang dan ianya disediakan oleh Anil maklumlah takut terlupa jadi senang nak rujuk dekat list ni jer.


Kali ini, Kami memilih untuk menaiki penerbangan Malaysia Airline, penerbangan dari KLIA, Sepang Airport ke Incheon Airport lebih kurang lima jam penerbangan di dalam persawat. (kiranya bertolak petang jam 2.30 petang dan sampai pada 9.30 malam) kira satu hari perjalanan. Dari airport ke guest house naik private van dan malam tu rehat untuk aktiviti hari pertama.

Jom tengok apa yang dibuat dalam masa lima jam dalam pesawat.



Selamat tinggal Malaysia....


Malaysia Airline siap bagi tv dan ear phone seorang satu... anda boleh pilih samaada nak dengar muzik, tengok movie, main game atau pun tidur. Bonde pilih untuk menonton video. Sebelum ni Bonde sempat tengok tiga movie untuk sampai ke Incheon Airport. Movie pon ada banyak dekat dalam list Bonde pilih movie Korea untuk ambik mood fefeling Korea ha ha ha, seterusnya movie english dan last sekali kartun.



Memang tak bosan langsung... Sebabnya selang beberapa minit akan diberi makanan... sambil tengok movie boleh makan kacang dan minum jus oren. Tak lama lepas tu sampai pulak makanan berat.


Bonde pilih Set Nasi dan Filet Ikan


Baiklah, set nasi ni, dapat filet ikan, sayuran, buah, roti & planta, jus oren dan air mineral.  Lengkap semua.


Selesai makan nasi, tak lama lepas tu, sampai pula ice cream vanila chocolate.


Nah nilah rupa ice cream tu... ada tiga pcs semuanya... Ya Ampun sedap sungguh, Bonde dah try cari ice cream ni dekat kedai tapi tak jumpa mungkin ianya memang khas untuk penerbangan Mas Airline.



Untuk minum petang kami makan donut pulak... hadoi kekenyangan melanda! Alhamdulillah bukan lapik perut dah nih! sampai esoklah kenyangnya.


Internary Travel ke Korea Style  Backpackers 


Hari #1 KLIA - Seoul


22.10 | Tiba di Incheon International Airport. Naik private van dan menuju ke guesthouse.

Yeay Alhamdulillah berjaya semuanya melepas Imigresen Korea dengan jayanya. Bagi yang nak tahu tips lepas dengan jayanya ialah :

Tips melepasi Pemeriksaan Imigresen Korea Dengan Jayanya

- Sediakan Internary (thank you Anil dah sediakan)

- Cetak Flight ticket return

- Hotel booking/detail hotel

- Cetak travel insurance

Semua dokumen diatas, tu penting buat salinan dan letak dlm satu file, Bonde punya takut siap-siap buat dua salinan satu letak dalam luggage dan satu letak dalam sling bag. Lepas tu screenshot siap-siap detail pasport letak dekat handphone incase pasport hilang boleh buat rujukan dekat handphone dan apa-apa dokumen tiket, insurance, pasport dan dokumen yang penting simpan dekat email starkan. Incase kena soal dengan pegawai Imigresen anda boleh jawab! InsyaAllah selamat perjalanan dan percutian anda.


Alhamdulillah kami selamat tiba di Incheon Airport...


Semua senyum happy sebab dah sampai Korea... wajiblah pose dekat signage Incheon Airport nih, Bonde sudah sampai sini buat kali ke tiga, fatin pertama kali, Sue dan suami pertama kali, Anil selaku tour travel ni tak tahu berapa kali sebab travel Korea ni dah macam balik kampung katanya.  Seronokkan tu tandanya Anil dah selalu pergi dan faham dan selok belok dekat Korea! jadi Bonde tak ragu-ragu nak follow trip nih sebab yakin tak sesat di Korea nanti he he he




Lepas bergambar... bergegas pula ambik luggage memasing kena ambik sendiri  punya sorang satu heret luggage balik nanti kita tengok beg sapa yang beranak pinak yea...


Sementara tunggu private van yang ambik kami untuk dibawa ke Gueshouse kami singgah beli susu pisang dulu, bagi mereka yang firstime nak rasa susu pisang ni rasa! haaa sedap tak?


Info Beewon Guesthouse

Address : 77-4, Donhwamun-ro 11ga-gil, Jongne-gu, Jongno-Gu, 03131 Seoul, South Korea

Room Type : Standard Double Room

Bed : 1 Double bed

Accomodation :
Shower, bath, Air Conditioning, Hairdryer, Seating Area, Free toiletries, Toilet, Private bathroom, Extra Long Beds (>2 metres), Heating, Slippers, Cable Channels, Flat Screen TV, Wifi, Mosquito net, Towel, Linen, Upper floors accessible by stairs only, Toilet paper, Trash cans, Shampoo, Body soap, Non-feather pillow.

Selesa tinggal disini, lokasi dekat station subway senang kami nak kemana-mana, ada kedai 7E, kedai runcit mudahlah kami nak beli makanan, jangan kata kebuluran tak makan dekat Korea.

Disebabkan sampai dekat dekat guest house dah tengah malam, kami tak sempat ambik gambar bilik, tapi anda boleh survey bilik dekat link Beewon Guesthouse .


Baiklah jumpa di next entri untuk second day Travel ke Korea Style  Backpackers.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

21 PEMBERI ULASAN

  1. Tak sabar baca next entry bonde cuti di Korea

    BalasPadam
  2. Banyaknya dibagi makan dalam flight.

    BalasPadam
  3. comeinya aiskrim tu happy holiday bonde dan fatin

    BalasPadam
  4. Bestnya!! Thank you atas perkongsian. Mana la tahu lepas ni nak plan percutian ke korea ke pulak kannn

    BalasPadam
  5. Mesti best kan naik Malaysia Airlines. Selesa lah sikit ya tak maklumlah 5 jam penerbangan.

    BalasPadam
  6. South Korea one of my favourite holiday destinations. Best memang melancong ke Korea. So many interesting things to see.

    BalasPadam
  7. Bestnyaaaa, waiting for part 2 hehehe

    BalasPadam
  8. Waahh..musim sejuk,syokla jalan.

    Bab risau hilang dokumen penting tu,mmg betul.kalau boleh x cukup salinan, habis dlm hp semua org nak snap gmbr.hehehhe

    BalasPadam
  9. Mesti ramai rakyat malaysia dkt korea kan. Makanan halal sana senang ke cari ?

    BalasPadam
  10. amboi seronoknya pergi korea, teringin nak pergi korea naik malaysia airlines. tak sabar nak tunggu entri seterusnya

    BalasPadam
  11. Wah kat dlm flight pon dah kekenyangan bestlaaa hahhaha. Bestnya bonde dan aten jalan2 korea..

    BalasPadam
  12. macam best pulak ye.. teringin pulak nak pergi korea ni dengan member2 dan famili

    BalasPadam
  13. Sis pun kdg2 pilihan flight sis MAS, ikut mana promo yg bagus dn keselesaan. Aduhh rindulah pulak nak ke Korea.sekali je pergi dulu, byk tempat lom teroka

    BalasPadam
  14. Korea sememangnya destinasi pilihan kan. Plan nak.pergi februari ni tapi ada sikit masalah. Lengkap siap brg keperluan. Boleh bella rujuk. Tq sharing Bonde.

    BalasPadam
  15. Dah sampai Korea,.. bestnya. Qiss nak pi jugak satu hari nanti. Suka naik MAS. Tak pening kepala sangat.

    BalasPadam
  16. How I miss Korea, its been so long since I visit will take note to go as backpacker style cheaper that way.

    BalasPadam
  17. Tahnks bonde share bajet dan aktiviti sepanjang ada di Korea. Boleh dijadikan rujukan nanti manalah tahu ada rezeiki dak Mimi nak melancong kat sana kan

    BalasPadam
  18. MasyaAllah seronoknya g korea. One of my wishlist destination

    BalasPadam
  19. Selamat bercuti kat Korea! Korea mmg best nak jalan, orangnya mesra, makanan sedap dan pemandangan yang cantik dan semulajadi, terutamanya jeju island!

    BalasPadam
  20. wahhh bestnya pergi korea! Tak sabar nk pergi balik. Serious best baca baca entri ni. Teringin nk cuti lagi dkt sana

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.