Bonde Zaidalifah: REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER

3:00 pm

REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua, Gembira sentiasa kerana menjadi sebahagian dari Althea Angels kerana ada sahaja produk baharu dan pasti teruja nak mencuba! pantang tengok iklan althea naik dekat wall terus rasa nak pergi web althea tu tau... ishh ada angles berterbangan memanggil-manggil suruh shopping!! Kali ini Bonde nak kongsikan dengan anda semua produk Althea baharu iaitu Althea Pore Purifying Serum Cleanser apa yang menariknya tentang Althea Pore Purifying Serum Cleanser ni adalah 2 in 1 ianya pembersih  makeup dan kotoran yang terdapat dimuka dan bertindak sebagai serum juga.. REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER 

REVIEW ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER 


PORE PURIFYING SERUM CLEANSER mengandungi bahan-bahan utama iaitu :-

Ekstrak pudina - 
membantu menyejukkan kulit dan menghalang kulit daripada kerengsaan 



Minyak biji jojoba - 
membantu melembapkan kulit secara mendalam 

Ekstrak daun pokok teh - 
mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit 

Bahan-bahan yang terkandung di dalam serum cleanser ini, mampu menanggalkan sebarang jenis make-up yang digunakan pada wajah, kotoran dan minyak yang terdapat di wajah dan dalam masa yang sama ianya  membersihkan kulit dan menghidrat kulit membuatkan kulit terasa bersih, lembut, tidak kering dan tidak merengsa, di samping memperkecilkan liang liang roma. 




Althea Pore Purifying Serum Cleanser  membantu seimbangkan tahap pH kulit, selain serum cleanser ini juga sesuai digunakan oleh  kulit sensitif. Kulit  menjadi lembut dan licin apabila disentuh. 


CARA MENGGUNAKAN ALTHEA PORE PURIFYING SERUM CLEANSER 


Cara-cara menggunakannya adalah seperti berikut:-

Untuk membuang make-up yang dipakai: 

1. Titiskan cecair Pore Purifying Serum Cleanser ke telapak tangan.   


2. Urut cecair Pore Purifying Serum Cleanser seluruh permukaan wajah dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan sebarang make up yang digunakan. 

3. Kemudian bilas dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kali kedua untuk membuang saki baki make up yang ada  sehingga anda puas hati. 

4. Selesai.


Muka Bonde selepas menggunakan Pore Purifying Serum Cleanser terasa sangat bersih, segar dan juga lembut.


Pore Purifying Serum Cleanser untuk kegunaan membersihkan kulit: 


1. Basahkan  kulit wajah dengan air dan titiskan Pore Purifying Serum Cleanser yang ke tapak tangan anda. 


2. Urut secara perlahan-lahan Pore Purifying Serum Cleanser ke seluruh kulit wajah dengan putaran bulat selama 5-10 saat sebelum membilasnya dengan air. 

3. Selesai membersih!




INFO! 

Althea Pore Purifying Serum Cleanser  bukanlah pembersih muka biasa  yang mempunyai buih.. Ianya tidak perlu digunakan dengan titisan yang banyak  Pore Purifying Serum Cleanser sangat mudah digunakan dan senang untuk dibilas.



Kalau anda berminat nak cuba wangian PORE PURIFYING SERUM CLEANSER   ini,  1 botol mempunyai 150 ml - berharga RM 33.00 sahaja!

Cepat-cepat klik ---->https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser untuk buat pesanan anda.

Ada beberapa produk Althea yang pernah Bonde gunakan dan anda boleh baca review dibawah:


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

7 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN