EXPLORE LOMBOK DAY 2 : SATE REMBIGA LOMBOK



Entri seterusnya.. makan malam Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga memang langkah kanan makan dekat sini.. lepas explore tiga Pulau memang perut agak mengelodak lapar ha ha ha last makan nasi di Pulau Gili Sudak mana tak laparnyakan! perut memang nak minta nasi keh keh keh.

Malam ni kami Makan bersama Tour Guide kami... dan di perkenalkan dengan Pak Akbar iaitu pengurus tour guide di Lombok.  


HARI KEDUA: 

Sarapan pagi di hotel

Snorkeling di Pulau Gili Nanggu, Makan tengahari di Gili Sudak, Photoshot di Pasir Putih Gili Kedis
Makan Malam Satey Rembiga Di Resehan Satey Rembiga Lombok
Check in Hotel Bidari
Rehat


EXPLORE LOMBOK DAY 2 : SATE REMBIGA LOMBOK


MENU MAKAN MALAM LESEHAN SATE REMBIGA LOMBOK

- Sate Rembiga

- Sup Tulang Sapi (Sup Tulang Lembu)

- Kangkung Pelecing

- Tempe Goreng

- Tahu Goreng

- Sambal Lombok

- Nasi putih


SATE REMBIGA

Sate ni sama macam sate dekat Malaysia cuma rasa nya sedikit pedas! Bezanya di Malaysia sate dimakan bersama kuah kacang tertapi di Lombok Sate tidak makan bersama kuah ia makan bergitu sahaja kerana rasa manis dan pedas telah sebati semasa diperap.



Dekat bawah ni Bonde kongsikan resepi google Sate Rembiga dan Bonde copy dibawah... Maaflah jika anda tak faham bolehlah google translate pula!

Bahan-bahan Untuk 15 tusuk sate



1/4 kg daging sapi, potong dadu

3 sdm minyak

10 sdm kecap manis
3 sdm air asam jawa
Untuk bumbu halus:
2 siung bawang putih
1 bungkus terasi permen
1/2 sdt ketumbar
3 buah cabe rawit merah
1 sdt garam
Bahan pelengkap (sambal kecap):
1/2 buah tomat, potong dadu
6 buah cabe rawit merah
3 buah bawang merah, iris sesuai selera
1/2 buah jeruk limau
4 sdm kecap manis

Langkah

Haluskan semua bahan untuk bumbu halus,Campurkan bumbu halus dengan kecap dan minyak. Masukkan daging dan aduk rata. Diamkan selama beberapa jam/semalaman

Tusuk2 sate lalu bakar sate sampai matang, sampai ada bagian yang sedikit berkerak (supaya sedikit ada tekstur garing saat dimakan)

Sajikan dengan sambal kecap (potong tomat, bawang merah, rawit, tambahkan kecap manis, kucurkan jeruk limau dan aduk sampai rata)

TAHU GORENG DAN TEMPE GORENG


KANGKONG PELECING

Dua hari disini, Bonde sudah makan dua kali Kangkong Pelecing ni... Bagi Bonde yang memang suka makan sayur pecal memang layanlah Langkong Pelecing ni.. bezanya pecal ada kuah kacang dan Kangkong pelecing ni kalau makan dekat Lombok memang sedap kenalah dengan selera Bonde sebab ianya dimakan bersama sambal lombok .

SUP TULANG SAPI (SUP TULANG LEMBU)



Dah kenyang... bergambar dekat pondok nih! kalau anda ke Lombok anda singgahlah Makan dekat sini bagi Bonde selesalah makan dekat sini tempat nampak bersih! layanan bagus.. next time kalau datang sini..boleh singgah makan disini lagi.


Ada banyak pondok dekat sini anda bolehlah pilih yang mana selesa untuk anda.. Nak makan bersila atau nak duduk dekat kerusi.



Lepas siap makan, Kami kena ambil barang dekat Hotel Mantaram kerana akan berpindah ke Hotel Bidari.  Siap kemas-kemas mandi dan rehat.. siap sedia untuk aktiviti esok Mandi Manda di Air Terjun pula! Tak sabarnya nak ke  Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Waterfall.


HARI KETIGA: 

Sarapan pagi dihotel
Benang Kelambu Waterfall Dan Benang Stokel Waterfall Lombok Tengah
Makan tengahari di Satey Bulayak Lombok Tengah
Sepetang pemandangan Sunset di Senggiri Beach sambil menikmati jagung pedas
Beli Goreng-gorengan tepi jalan makan di Hotel 
Rehat 

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. lama tak pi bercuti ni..winduuu..haha..kena menabung ni klu nak cuti2 ke luar negara...

    BalasPadam
  2. hidangan diorang kat sana mesti ada tempe ngan tahu kan.. kalo suka tempe mesti suka =D

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.