Bonde Zaidalifah: EXPLORE LOMBOK DAY 2 : PULAU GILI KEDIS

EXPLORE LOMBOK DAY 2 : PULAU GILI KEDIS

4:08 pm

EXPLORE LOMBOK DAY 2 :  PULAU GILI KEDISAssalamualaikum Dan Selamat Petang... Hai reader semua.. sambungan Explore Pulau Lombok dari Pulau Gili Sudak ke Pulau Gili Kedis (pulau pasir putih)... Pulau ini adalah Pulau yang terkecil sekali diantara Pulau-Pulau yang terdapat di Pulau Lombok.  Kalau anda ke Lombok jangan lupa singgah sini.. walau pun ianya kecil Pulau ini sangat cantik.EXPLORE LOMBOK DAY 2 :  PULAU GILI KEDIS

Tapi sayangnya semasa ketibaan kami disini, air laut sedang surut... walau air surut Tour Guide kami tetap memberikan yang terbaik untuk kenangan kami disini.. Pulau yang pastinya Bonde, Cik Ein dan Banana rindukan.. Sentiasa dekat dihati!



Turun jer boat kami dah disuruh ready untuk berphoto group.. kami dah macam 'chales angles' tau.. jalanpun ala-ala cat walk dah!


LATAR BELAKANG GUNUNG


Berlatar belakangkan gunung apa dah lupa namanya... tapi gambar ni sangat-sangatlah cantik dan menarik sekali.






CERITA DI SEBALIK GAMBAR

Part lompat-melompat ni memanglah ada jer yang buat spoiii Bondelah orangnya asyik tak jadi jer gambar lompatan tu.. tak jadi... pon nampak comel jer yang lain Cik Ein dan Banana bukan main tinggi lagi diaorang lompat.. keh keh keh.. (nampak disitu badan ku yang berat dan sukar nak melompat kan kan kan)


Bonde pon bila tengok Pic ni jadi tergelak balik... memang kelakar ada macam-macam gaya disitu!


Akhirnya jadi jugalah lompatan yang tak seberapa dari Bonde... yang penting Bonde.. suka pic nih!!!



Aksi tolak-menolak Cik Ein dan Banana... Bonde perati jerlah!

BUAIAN JADI REBUTAN DI PULAU GILI KEDIS

Buaian ni terhad untuk ambik gambar jer! ada dua buai jer, jadi.. Bonde pose ala-ala merajuk tak dapat buaian ha ha ha


Alaaa peluk tiang jerlah macam nih!

Cik Ein mengalah dengan Bonde.. keh keh keh Yes dapat naik buaian..


Keh..keh.. kan main rupe gumbira dapat pegang tali buaian...





Akhirnya... Buaian milik Bonde seorang!... Cik Ein & Banana sudah merajuk.. ha ha ha (reka cerita)



BANGKU KAYU DIATAS AIR

Buyung, Aspan dan Khairudin memang hebat! berikankan kami segalanya yang terbaik!  Sanggup angkatkan bangku ini untuk kami ambik gambar disitu.. Ya Allah sangat teruja kami nak bergambar disitu!

Bondelah orang pertama duduk dekat bangku tu! laju jerr Bonde nak pose dekat situ!




Pose : Cik Ein 


Pose : Banana


DICELAH-CELAH BATU PULAU GILI KEDIS

Gambar ni pon nampak sangat cantik walau ianya hanya dicelah-celah batu.. Macam dalam drama lakunan Remy Ishak (lupa nama drama tu nanti Bonde Update) tu dekat Pulau Belitung, Indonesia.  View pulau ni walau kecik memang cantik sekali... Terima kasih Buyung, Aspan dan Kamarudin untuk Photoshot ini.  Untuk gambar ini ada mereka dari sisi yang lain seorang atas 2 orang dibawah.. yang ampun rasa macam bintang filem bila dilayan photoshot macam ni!






Dari atas pula...



BERMAIN DENGAN ANAK-ANAK STAR FISH / TAPAK SULAIMAN

Disebabkan air di Gili  surut dan cetek Bonde dapat lihat dengan  dekat banyak anak-anak star fish / Tapak Sulaiman di dalam lopak air bukan 1, bukan 2 tapi memang banyak.. memang disini tempak Star fish ni membiak.. mula-mula nampak memang rasa pelik dan teruja.. Bila Bonde tanya dengan Buyong memang banyak dekat kawasan Pulau ni.. Subhanallah syukur dapat lihat dengan dekat situasi yang bukan mudah untuk dijumpai.

REHAT SANTAI DI PULAU GILI KEDIS

Dah penat photoshot... kami rehat santai dekat bangku kayu ni pulak... sambil-sambil borak dengan tour guide kami.



Cuaca yang panas dah berubah jadi redup! awam pun dah gelap menunjukkan tanda-tanda hujan...nak turun. Ahhh  berat rasa hati nak tinggalkan tempat ni.. dan Pulau ini.. pasti rindu akan bertandang lagi..


Tenang rasa duduk... ditepi Pulau dengan angin sepoi-sepoi bahasa..


Oklah ... Sambung nanti lepas pulang dari Gili Kedis Makan Malam Satey Rembiga! haaa apa sate rembiga nak tahu tunggulah next entri..

HARI KEDUA: 

Sarapan pagi di hotel
Snorkeling di Pulau Gili Nanggu, Makan tengahari di Gili Sudak, Photoshot di Pasir Putih Gili Kedis
Makan Malam Satey Rembiga Di Resehan Satey Rembiga Lombok
Check in Hotel Bidari
Rehat

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN