BUAL BICARA BERSAMA TOKOH WANITA HEBAT PADA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL 8 MAC 2017



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi..


Hai reader semua,

Moga pagi ni anda semua dalam keadaan sihat hendaknya....

8 Mac adalah hari istimewa untuk semua wanita didunia, rata-rata wanita diluar sana meraikan Sambutan Hari Wanita Sedunia,  Pagi 8 Mac di pejabat Bonde dah meraikan bersama-sama rakan-rakan dipejabat dengan membawa 'Potluck" Menu pagi tu ialah Mee Kari, tugasan Bonde buat kuah Mee Kari... baik beres...kuah kari siap.  Majlis dipejabat simple sahaja dan secara kecil-kecilan.

Istimewanya tahun ini, pada malam 8 Mac  Bonde meraikan Hari Wanita Sedunia dalam sambutan yang sangat meriah sekali yang telah dianjurkan Stellavingze International.


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL



Majlis telah diadakan di  Menara Melilea Bangsar South dan turut dihadiri oleh Puteri Umno Lembah Pantai.

Stellavingze International telah diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang mana juga telah mengasaskan Melilea International dan memacunya bersama suaminya, Datuk Dr. Alan Wong menjadi sebuah syarikat multinasional yang berjaya pada hari ini.

Acara pada malam itu adalah perkongsian kehebatan dari tokoh-tokoh wanita hebat, pihak Stellavingze International menampilkan tokoh- tokoh wanita dibawah bagi berkongsi cerita kejayaan mereka dengan wanita yang ada pada malam itu, 

Tokoh Wanita yang dijemput ialah:1. Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)

2. Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah   Pantai

3. Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International

4. Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

1. BUAL BICARA PERTAMA DISAMPAIKAN OLEH : Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail
(Pengerusi Yayasan Suara Wanita [YASNITA])

Wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.


Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

2. BUAL BICARA KEDUA DISAMPAIKAN OLEH : Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah   Pantai.


Datin Azizan binti Hj Shariff
(Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai)

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga.


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang berkerjaya pula beliau menasihatkan untuk sekali-sekala adakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan

3. BUAL BICARA KETIGA DISAMPAIKAN OLEH : Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


Datin Noor Faezah binti Mohd Ashref (Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang)

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.

Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran


4. BUAL BICARA KEEMPAT DISAMPAIKAN OLEH : Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Ms Wee Siew Ling (Pengarah Urusan Stellavingze International)

·  Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. 

Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International:

Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip

Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami. 

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

Stellavingze Smart Star

Peningkatan Nilai Kewanitaan
Objektif:
Membantu wanita dalam mengurus:-
  • Diri
  • Kerjaya
  • Perkahwinan
  • Keluarga
  • Anak-anak
  • Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

Stellavingze International mempelawa anda yang berminat menyertai kursus dan latihan yang mereka sediakan. Kursus dan latihan bertujuan untuk menjadikan anda wanita yang berjaya membina asas kewangan yang kukuh dalam perniagaan.

Antara kursus dan latihan yang disediakan ialah :

[Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star]:

  • Kelas Imej
  • Kesihatan dan Kecantikan
  • Pembentukan Minda dan Rohani
  • Pengurusan Rumah Tangga
  • Interaksi Bersama Anak
  • Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
  • Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
  • Pendidikan:Diploma / Ijazah
  • Pengalaman:2 tahun ke atas
  • Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:  
  • Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
  • Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Stellavingze Guiding Star
Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
  1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
  2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
  3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

[Stellavingze Guiding Star]:


  1. Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
  2. Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
  3. Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:

  • Kelas Imej Perniagaan
  • Latihan Skill Perniagaan
  • Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
  • Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
  • Kelas Pengurusan Perniagaan
  • Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun


Info lanjut tentang kursus /Latihan Stellavingze boleh baca di laman web Stellavingze International :

Tak sah sesuatu sambutan tidak di meriahkan dengan acara Potong Cake betul tak? Jom tengok cake yang cantik tu...

Seterunya acara penyampai hadiah kepada tokoh-tokoh dan acara cabutan bertuah kepada wanita yang hadir pada malam itu dan tak lupa juga photo group he he he...

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA ANJURAN STELLAVINGZE INTERNATIONAL

"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.