• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah


Baca Online :

 HELLO MR. PERFECT

Di Blog : waniey zakaria

Pelakon utama Fattah Amin dan Ruhainies.

Sinopsis:

Hello, Mr. Perfect! mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif. 

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Drama ini adaptasi novel nukilan Miss_Waniey terbitan Kaki Novel ini membariskan pelakon seperti Fattah Amin, Ruhainies, Ezzaty Abdullah, Raja Afiq DFKL, Dato Eizlan Yusof, Zaidi Omar, Fiza Halim, Kay Maria, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ammar Alfian dan ramai lagi. Ikuti drama bersiri 28 episod terbitan A.Aida Production Sdn Bhd ini di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di TV3. Udada Ubabye!!






~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum...



Bonde nak kongsikan cara nak Perap Ikan Untuk buat Ikan Bakar:


CARA PERAB IKAN BAKAR BONDE STYLE




Bahan- bahan:

6 ekor Ikan Cencaru
3 Biji Bawang Besar dikisar
5 ulas Bawang Putih dikisar
5 Batang Serai dikisar
5 SB cili kisar
5 SB serbuk cili babas
5 SB serbuk sup adabi
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara-caranya:

Siang ikan, cuci dengan bersih dan letakkan dalam dulang.

1. Ikan yang telah dibersihkan.

2. Lumur seluruh ikan dengan garam luar dan dalam ikan.

3. Taburkan kunyit luar dan dalam ikan.

4. Letak halia pada ikan luar dan dalam.

5. Letakkan serai luar dan dalam ikan.

6. Letakkan serbuk rempah sup adabi dalam dan luar ikan.

7. Letakkan cili kisar yang telah dicampurkan sebuk lada babas, luar dan dalam ikan.

8. Ikan yang telah selesai di letakkan rempah perab, di simpan dalam plastik selama 1 jam bagi rempah sebati dengan ikan.


Ikan yang hendak dibakar hendaklah dibungkus menggunakan daun pisang untuk di bakar dan bila gunakan daun pisang aromanye sangat wangi. 



Cara tradisional, Bakar Ikan dengan menggunakan api bara sederhana supaya ikan tidak hanggus.

Cara moden pula,boleh dibakar menggunakan Pan Ajaib.

Ikan bakar sedap dimakan semasa panas.

Ikan bakar sedap dimakan bersama cili kicap.

Selamat Mencuba.....

Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Baiklah Bonde nak kongsikan 1 lagi info kepada bakal-bakal pengantin tu yang nak survey-survey, nak usha-usha barang nak beli buat hantaran bolehlah datang ke :

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2015

Jom Serbu!!
Pameran Pengantin Malaysia 2015 (Edisi ke-51)
PWTC (Putra World Trade Centre) Kuala Lumpur
2 - 4 Oktober 2015
Masa : 10 pagi - 9 Malam
Masuk Percuma

‪#‎putraworldtradecentre‬ ‪#‎kualalumpur‬ ‪#‎kl‬ ‪#‎urbanvibeevent‬#pameranpengantinmalaysia ‪#‎pameranpengantinmalaysia2015‬‪#‎contestlikeshareandwin‬ ‪#‎demo‬ ‪#‎inspirasiperkahwinan‬ ‪#‎photographer‬‪#‎katering‬ ‪#‎pesonapengantin‬ ‪#‎kadkahwin‬ ‪#‎gifts‬ ‪#‎bazaar‬ ‪#‎onlineshop‬‪#‎instashop‬ ‪#‎sapenakkawin‬ ‪#‎pakejmurah‬ ‪#‎butikpengantin‬ ‪#‎busana‬‪#‎mampumilik‬ ‪#‎adminKS‬

Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam,

FUN CAT SHOW

Untuk Peminat-peminat kucing boleh datang tengok Pameran Kucing pada :

3 & 4 Oktober 2015 (Sabtu dan Ahad)

D'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya.


"Arghhh sebenarnya sedih tak dapat nak pergi time ni ada Family Day Office"

Kalau yang bereluang pergi tu.. take pic tau...

hu hu hu







~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Akan datang  Slot Akasia, 5 Oktober 2015

HELLO MR. PERFECT!

Tonton Hello, Mr. Perfect! Full Episod


Tajuk: Hello, Mr. Perfect!
 Channel : TV3
 Ganti : Mencintaimu 
Slot : Akasia 
Mula Tayangan : 30 September 2015
 Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm] 
Jumlah Episode : 28 



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Jwanita 2015

JWANITA

Teringgin nak tengok Filem ni, Jom baca Sinopsis Filem Jwanita 

Trailer : https://youtu.be/ggfIDergZLI




Filem terbaru lakonan Maya Karin bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September.

Filem seram arahan Osman Ali ini diambil berdasarkan peristiwa benar jenayah yang berlaku masa lalu. 

Filem ini turut menampilkan pelakon mantap seperti :

Bront Palarae
Cristina Suzanne
Datin Paduka Umie Aida 
Marsha Milan. 

Lagu tema dinyanyikan oleh:

Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.

SINOPSIS FILEM JWANITA


Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.

Jom sama-sama kita pergi menonton nak tak?

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
5 PEMBERI ULASAN
Salam Petang...
Nak kongsi cerita... Sabtu lepas


  
  

Release Date: 24 Sep 2015
Language:English
Subtitle: -
Genre:3D / Animation / Comedy / Family
Running Time: 90 minutes
Director:Genndy Tartakovsky
Cast:Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Fran Drescher, Steve Buscemi
Distributor:SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL

Synopsis:


Everything seems to be changing for the better at Hotel Transylvania. Dracula has finally loosened his strict monster-only hotel policy, opening up its doors to human guests as well. But Drac is getting worried that his adorable half-human, half-vampire grandson, Dennis, isn`t showing signs of being a vampire. So while Mavis is busy visiting her human in-laws with Johnny - and in for a major cultural shock of her own - "Vampa" Drac enlists his friends Frank, Murray, Wayne and Griffin to put Dennis through a "monster-in-training" boot camp. Things are about to get batty, however, when Drac`s grumpy old school dad, Vlad, pays the family a visit at the hotel; and finds out that not only is his great-grandson half-human, humans are now also welcome at Hotel Transylvania.

Sabtu lepas, lepas main Bowling kami terus pergi Alamanda menunaikan permintaan Fatin nak tengok Movie, maklumlah cuti sekolah, tak bawa ke mana-mana... memandangkan cuaca kurang baik... dan kesihatan pula tak berapa nak selesa dengan aktiviti luar,

Plan nak tengok movie lain, tengok movie lain.

HOTEL TRANSYLVANIA 2

Pecah panggung movie ni sebab full house tau.. Paling sedih kami duduk barisan depan sekali... dari kanan oklah juga... nasep tak pilih tengah... sakit tengok weiii tengok mendoggak.

Animasi karton mengisahkan family Dracula...

Layannnnn.

Sesuailah bawa kanak-kanak untuk menonton Karton ni...




Share
Tweet
Pin
Share
8 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum...

GSC mempromosikan perisa baru  Pop Corn, 

Seaweed WASABI

Sabtu lepas, Bonde, Kanda dan Fatin pergi tengok Movie, Asalnya nak layan Movie Polis Evo, tapi tayangan lewat jam 5.00 petang rasanye dan tiket telah pon habis dijual.

Jadi tengok citer lain..


Seaweed Wasabi

Masa beratur nak beli kudapan, ternampak... Pop Corn ni... saje tanya dekat casher tu, sedap tak Pop Corn tu... pada hal dah tau rasa wasabi yang menyenget tu.

Pada mereka yang mengemari wasabi oklah rasanye... berbaloi beli Pop corn ni...
Rasa dia, Manis dan Menyeget...
Bonde suka rasa manis dan seaweed sahaja.


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

BERITA DARI MINA


Makkah, 27 September 2015. Lembaga Tabung Haji hari ini mengesahkan seorang jemaah haji di bawah kelelolaan Tabung Haji meninggal dunia di dalam insiden rempuhan di Mina pada 10 Zulhijjah yang lalu selepas dipercayai tersasar ke kawasan kejadian.

Jemaah haji yang terlibat adalah Zulkifly Samad berumur 50 tahun beralamat di Taman Ukay Bistari, Ampang Selangor yang berasal dari Johor. Pihak Tabung Haji pada pemakluman awal mengesahkan tiada jemaah haji yang telibat dalam rempuhan tersebut berdasarkan pengesahan daripada waris dan maklumat awal dari penempatan jemaah haji.

Pihak Tabung Haji telah membuat semakan  dan pengumuman melalui siaraya di khemah jemaah pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3 petang pada hari kejadian. Tiada sebarang aduan daripada waris dan rakan sekhemah berkaitan dengan sebarang kehilangan Jemaah.

Pada sebelah malam jam 11.00 Suria Hanim Bt Abdul Hamid, isteri Zulkifli Samat telah membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke khemah. Dalam laporan tersebut, isterinya mengakui bahawa suaminya tidak bersama dengan Jemaah TH dari Muzdalifah kerana bercadang untuk berjalan kaki mengikut Sunnah Rasullulah ke Mina.

Menurut Suria Hanim panggilan terakhir telah dibuat kepada suami beliau adalah pada jam 7.15 pagi, 10 Zulhijjah. Dalam perbualan telefon tersebut, suami Suria Hanim memaklumkan beliau selamat tiba di Mina dengan jemaah haji negara lain dari Muzdalifah.

Setelah menerima aduan tersebut para petugas haji memulakan usaha mencari jemaah tersebut di sekitar Kompleks Jamarat dan hospital berdekatan  di Mina yang diketegorikan tersasar.

Pada hari ini jam 1.30 petang pasukan perubatan Tabung Haji telah membuat tinjauan di rumah mayat Moaissim di mana pasukan perubatan telah menemui satu jenazah rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam keadaan yang sempurna.

Pasukan perubatan Tabung Haji telah mengesahkan jenazah tersebut melalui identifikasi yang ada pada jenazah tersebut. Di sini pihak Tabung Haji mengesahkan Jenazah tersebut adalah Zulkifli Samat.

Pihak Tabung Haji amat berdukacita dengan insiden yang tersebut. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan para syuhada..

YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Moga semua umat Islam di Mina dilindungi InsyaAllah, Aamiin.




Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum,

Selamat malam, semua Sekolah dan daerah yang bacaan IPU nye tinggi diarah tutup esok, memandangkan IPU tinggi

(201-300) Sangat tidak sihat.



Semua sekolah dikehendaki memberi makluman kepada Ibu/Bapa dengan kadar segera.




Arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.



Alhamdulillah, maklumat dari pihak Sekolah telah diterima pada jam 12.00 tghari, hari ini.

Esok Fatin tak perlu ke Sekolah sambung cuti,  KPM akan maklumkan sekiranya akan diberi cuti untuk hRi seterusnya.

Sama-sama jaga kesihatan... jangan lupa pakai 'Mask' yea.


Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Salam semua,

Bonde Kongsikan disini  :

TUTORIAL RIBBON FLOWER

Anda semua boleh kreatifkan diri anda, Ribbon boleh dijadikan Pelbagai guna. Asasnya disini tambahkan idea-idea anda juga.

  • Ribbon Flower boleh dijadikan hiasan untuk kotak hadiah
  • Ribbon Flower Boleh juga dijadikan Pin hiasan boleh pakai dekat  tudung
  • Ribbon Flower Boleh juga dijadikan hiasan dibaju mengikut tema.
  • Ribbon Flower Boleh juga dijadikan bunga penanggah
  • Ribbon Flower Boleh juga dijadikan head ben.













Contoh diatas boleh dijadikan tanda nama di goodies bags

Selamat Mencuba

sumber : FB DIY

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum... dan Selamat pagi...

Kagum melihat :

LUKISAN DI BADAN SEEKOR UNTA

Lukisan yang terdapat pada seekor unta, mempunyai maksud dan tersirat.












Sangat kreatif mereka mencukur dan melukis di badan seekor unta.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

He he he cuti-cuti ni, pagi-pagi lagi anak-anak dah ajak mainkan...
musim-musim jerebu ni tak elok main dekat luar, apa kata ajak anak-anak main Play Doh jer kat dalam rumah...

Bila jumpa benda-benda yang cute rasa nak kongsi jer...

Jadi untuk anda semua yang nak melayan anak main Play Doh disni ada:


TUTORIAL PLAY DOH 




Bentuk kucing



Bentuk Katak


Bentuk Kura-Kura




Bentuk Panda



Bentuk Zirafah



Bentuk Burung Hantu

Selamat Mencuba

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Baiklah seperti yang dijanjikan... Bonde nak kongsikan resepi :

RESEPI SUP TULANG AIDILADHA




Bahan-Bahan :

Tulang lembu 3 kilogram
1 senduk Rempah Sup Adabi
5 Biji Tomato
2 Batang Lobak Merah
2 Batang Salery
1 senduk halia yang telah dikisar
2 senduk bawang yang telah dikisar
1/2 senduk bawang putih yang telah dikisar
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
daun bawang dan daun sup untuk hiasan.

Cara-caranya : 



Masak mengunakan kaedah merebus.


Basuh tulang lembu hingga bersih rebuskan hingga air mendidih, untuk kali pertama buangkan air yang telah mendidih tadi dan cucikan sedikit tulang lembu tersebut ini adalah untuk membuang semua lemak dan kolestrol terdapat pada rebusan air pada permulaan.

Didihkan air dan tulang semula, masukan halia, bawang merah, bawang putih dan rempah sup, tutup periuk dengan tudung periuk hingga 1 - 1 1/2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut. ( Bonde letak 3 batang sudu steal untuk mempercepatkan kaedah lembutkan daging)

setelah 1 - 1 1 /2 jam,

Buka tudung periuk masukan, lobak merah dan batang salery, tutup kembali dan biarkan lobak empuk selepas itu masukkan tomato, garam dan sedikit serbuk cukup rasa maggi.

Bila tomato telah layu, tutup api dan hidangkan bersama taburan daun sup dan daun bawang.

makan bersama sambal kicap.

Sup tulang ni, boleh dimakan bersama nasi dan nasi impit ikut kesukaan anda.

Selamat Mencuba :)



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Selamat Malam...

Baiklah nak Share cerita artis, kini bukan gosip lagi kisah cinta Akim dan Stacy macam lagu menwangi tu.. Alhamdulillah akhirnya mereka bertunang juga.

Sweetnye mereka...


Semoga hubungan mereka berdua diberkati sehingga ke jinjang pelamin.
sama-sama kita mendoakan.

Aamiin

sumber info : beautifulnara.com


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum...

Salam Petang... Tak sabar nak update Blog.. Maklumlah cuti raya AidilAdha dengan sambung cuti lagi, pada hari jumaat tapi tak mengizinkan Bonde untuk pergi beraya, kerana perut sakit huhhh ....

Malam tadi pulak Bonde hantar whatsapp dekat kawan mengingatkan tentang game bowling pagi ni, last-last dia call balik dan cakap minta gantikan dia... ada kecemasan kene balik kampung mentuanya tidak sihat.

Di sebabkan ni kes kecemasan, nak tak nak sebagai pengurus kene lah gantikan juga bidan terjun..

Perserta Bowling MPSepang :

MS aka Sabri
MA aka Ayu
HN aka Kanda
Z-Bonde




Selfie sikit...


Terima kasih Hartalega kerana menjemput kami.. Acara kali ni adalah secara individu, Wakil MPSepang telah memenangi tempat pertama iaitu Ayu, kedua dari PDRM dan Sabri tempat Ke tiga, Horeyyy Alhamdulillah wakil MPSepang dapat tempat.



Makan tengahari ditaja oleh Hartalega di The Windmill Station.

Kami diberi peluang untuk order sesuka hati.


Set Salmon Grill pilihan Bonde, Fatin order lamb Chop dan Kanda Lamb Chop + Nasi Goreng.


Mush Potato


Choclate Mocha kanda yang Order, Bonde order Apple Jus &
 Fatin Ice Lemon Tea


Pencuci Mulut Ice Cream Oreo Delight ini Fatin yang Order.




Sedap tau makankan sini... Selamat mencuba...
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose