SINOPSIS FILEM JWANITA



Jwanita 2015

JWANITA

Teringgin nak tengok Filem ni, Jom baca Sinopsis Filem Jwanita 

Trailer : https://youtu.be/ggfIDergZLI


Filem terbaru lakonan Maya Karin bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September.

Filem seram arahan Osman Ali ini diambil berdasarkan peristiwa benar jenayah yang berlaku masa lalu. 

Filem ini turut menampilkan pelakon mantap seperti :

Bront Palarae
Cristina Suzanne
Datin Paduka Umie Aida 
Marsha Milan. 

Lagu tema dinyanyikan oleh:

Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.

SINOPSIS FILEM JWANITA


Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.

Jom sama-sama kita pergi menonton nak tak?

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ermm..seram jgk cter ni bonde..kalau tgk pun celah jari je..haha

    BalasPadam
  2. tak tengok lah bonde...ada kang apa keje xleh buat sbb takut

    BalasPadam
  3. budak umur 15tahun boleh lepas ke tgok cerita ni?

    BalasPadam
  4. pasti menarik ni bonde, Maya dan Bront je dah tarikan yang cukup kuat untuk menontonnya :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.