• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Sukar untuk tidur.... ketahui la mungkin anda akan mengalami..INSOMNIA


KUMPULAN INSOMNIA:

1) Mudah Tidur, terjaga secara tiba-tiba dan mengalami kesukaran untuk tidur semula..( Insomania jenis kronik)

2) Sukar untuk mula tidur ( Boleh dianggap sebagai permulaan insomnia)

3) Mudah tidur dan kemudian terjaga setiap satu jam.  Untuk lelap semula, anda mengalami kesukaran fragmented sleep.


Jika Kurang Tidur seseorang itu akan....

~ kekurang tenaga dan mudah letih

~ mengalami gangguan emosi

~ kurang motivasi

~ tidak boleh fokus...
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Untuk Member2 Cosway....


Jika ada kupon boleh la tukar 15 kupon hanya + RM 24.00 boleh la dapat hanger seperti dalam gambar d' bwh....


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Semalam ada masa belah petang jd bonde ambil kesempat nak ajak ayah g jalan2 PWTC tgk pesta Buku 2011 Maklum la baru hari ke tiga x berapa nak ramai lagi cam tahun lepas pergi pun dah hari kedua terakhir...parking x der... nak jalan dlm dewan pameran pun laga2 bahu..... naik komuter pulak dari nilai berdiri sampai PWTC.... hu hu hu

Jadi ada masa terluang g la awal2.....

Sempat ambil gambar lg...



Dapat sudah NUR januari yang dah ketinggalan dulu

Keluar dari PWTC ..... start la Jalan2 carik Makan.... Atin dah lapar.... jd kene la carik restoran tuk makan...
Ye ye ye Ayah nak bwk g makan kat tempoat spesial..... jom roll...............




Nie face happy sebab dpt berjalan....PWTC


Atin bersama karikatur Gila-gila....Syazwan.....


Sample yang ada...


Dalam prosessssss.....teruja nak tgk hasilnya...


Nie hasilnya.....Karikatur FATIN NURHAZIQAH....



Ok...dari PWTC...bonde ke KG BARU.... biasa la sesi jalan2 carik makan...yumieeeee yamieeeeeee


Menu pilihan bonde....macaroni....goreng...sedap sekali!!!! like..........



Kapal nye dah macam star cruise........


Pelbagai jenis steak ada disini.....
lokasi restoran ini di belakang masjid kg baru...........
makan waktu malam jelas nampak KLCC yang tersergam  indah...
Rasa happy sangat dpt dtg kesini



Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”   Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika k...au membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!  

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.  

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.  

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?   Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”   Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..  

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..   SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .   PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..   Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..   Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..   Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .   Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..   Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..  
 TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.   Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…   Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…   Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk   begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.      

Sedih.... bila baca
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.Selamat mencuba.





Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
1. TIDUR PARA NABI


Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA


Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
 
kita mampu merubahnya....
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
LAGU AYAH BONDA JUGAK AHAK.........
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Ada masanya letih bekerja tp pendapatan yg kita dapat masih juga x cukup untuk menampung kehidupan keluarga.  Kalau gaji naik pun, duit masih x cukup jugak kan.... mengapa agaknya..jom tgk perkara berikut ada kene mengena x..

1- KENAIKAN HARGA BARANG ATAU INFLASI

Setiap tahun harga barang & perkhidmatan akan mengalami kenaikan secara pelahan-lahan tanpa kita sedar.  Ini terjadi kerana nilai duit menjadi kecil.  Masalah akan lebih terasa jika pendapat kita tidak setanding dengan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan yang terpaksa kita beli.

2 - GAYA HIDUP DI LUAR KEMAMPUAN

Ada juga yg masih guna perinsip " Biar Papa asal Bergaya" sebab utamanya ialah boros.  Sebab tu selalu bebelanja diluar batas. Pembelian pakaian mahal, makan di luar, aksesori, barangan elektronik dan lain2 yg tidak perlu hanya akan membuatkan anda terus dalam kesempitan sepanjang masa.

3 - HUTANG DENGAN KADAR BUNGA YG TINGGI

Caj bayaran penggunaan kad kredit. bila dah byk utang...  mampu byr kadar minima je... emmm hak caj lewat bayar,  hak caj itu ini makin naik...
buka mata ya.... jgn ambik mudah.... belanja bila perlu sahaja...

4 - PENGELUARAN YANG TIDAK DIRANCANG

Pengeluaran yg tidak dirancang mungkin berlaku dalam keluarga...
contohnya : bila anak sakit dan perlu rawatan hospital, belum lagi kalau saudara terdekat memerlukan bantuan yang dalam kesusahan....


Jadi...

" Displinkan diri kita berbelanja mengikut keperluan bukannya kehendak...

Selamat mencuba... kita yang mencorakkannya... Insya ALLAH berjaya"


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

KAMI KE ALAMANDA ATAS URUSAN MEYETELKAN BIL-BIL BULAN YANG MASIH BELUM DIBAYAR....
AYAH BAYAR DUIT KERETA @ AM BANK...
BONDE LAK BYR BBAND @ CELCOM
LEPAS SELESAI AYAH & BONDE JANJI NAK JUMPA BALIK KAT RASA MAS .....
HU HU HU NI KIRA DATING LA ...TERINGKAT MACAM DULU MASA MUDA
....HE HE HE JGN JELES...


INI AYAH LIKE....

AYAH & BONDE HARI NIE ORDER AIR YG SAMA
JUS RED GUAVA

INI BONDE LIKE....
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
‘‘Bila pakai gincu pun tetap tak dapat menutupi kekurangan bibir saya,’’

Bibir yang menawan merupakan aset bagi seorang wanita. Siapa yang tidak kenal Angelina Jolie. Dia dikatakan memiliki sepasang bibir yang dianggap sempurna. Bila disebut namanya sahaja sudah tentu kita akan terbayang bibirnya yang tebal dan sedikit terjuih itu. Tabloid juga sering mengagung-agungkan bibir pelakon wanita tersebut yang dianggap tidak ada tandingannya.

Syarikat kosmetik pula tidak putus mempromosikan warna dan jenis lipstik yang berkilau semata-mata mahu memikat hati wanita agar menghias bibir mereka. Bayangkan seorang wanita yang kemas berbedak, jika tidak mengenakan lipstik sudah pasti penampilannya terjejas. Tidak sempurna kemasan wajah seseorang tanpa lipstik yang tercalit indah pada bibir.

Jadi jelaslah kepada kita bahawa bibir juga menjadi titik tumpu pada wajah seseorang.
 
Bibir yang sihat berwarna sedikit kemerahan dan kelihatan lembap meskipun tidak disapu sebarang losen atau pelembap bibir. Kulit bibir yang tipis akan berwarna sekata. Apabila usia meningkat, warna bibir turut berubah menjadi kusam dan pigmentasi mula terhasil.

Seorang rakan yang bertugas sebagai jurusolek artis memberitahu, apabila melakukan tata rias dia amat mengambil berat perihal bentuk dan warna bibir. Bentuk bibir yang mongel sememangnya cantik bagi iklan makanan yang lazat, manakala bibir tipis dan serius sesuai bagi iklan pakaian yang sarat dengan aksesori.

Menurutnya dia akan melukis dahulu bentuk bibir yang sesuai dengan tugasannya pada hari itu dan mengenakan warna yang sesuai sebelum model tersebut dirakam gambarnya.

Masalah bibir

Masalah pada bibir yang sering terjadi adalah kulit bibir kering dan mengelupas. Ia biasanya berlaku apabila kita alah kepada gincu atau losen tertentu. Bibir yang kering dan merekah akan perit serta menyakitkan. Makan pun menjadi sukar akibat bibir pecah.

Pesakit yang bermasalah untuk makan akibat bibirnya pecah. Bila kulit pada bibir bermasalah sudah pasti seseorang tidak dapat mengenakan gincu kegemarannya. Jika disapu gincu kerap kali masalah menjadi lebih teruk dan bibir semakin kering serta gatal. Ini menimbulkan rasa kecewa kepada wanita yang gemar berhias kerana tanpa lipstik sudah tentu mereka berasa tidak sempurna.

 

Masalah lain adalah ulser mulut iaitu luka kecil dalam mulut. Tiada sebab yang pasti mengapa ia berlaku. Teori mengatakan ia berpunca dari kekurangan Vitamin C dan sesetengah pula menyebut ia disebabkn jangkitan virus. Tidak kurang juga yang berpendapat ia berpunca daripada stres sebab itu ia juga dikenali sebagai ulcer stress. Agak malang bagi mereka yang sering mendapat masalah ini.

Rawatan

Pengambilan Vitamin C yang banyak dan ubat sapuan untuk menahan sakit serta mengurangkan keradangan apabila masalah ini terjadi. Terdapat juga lips conditioner mengandungi vitamin dan pelembap tinggi yang baik untuk bibir kita. Ada kalanya ulser menjadi serius dan antibiotik diperlukan. Ulser yang berulang dan merebak adakalanya memerlukan rawatan di hospital. Jika ini berlaku kepada kanak-kanak lebih berbahaya kerana mereka tidak dapat makan dan minum. Ini mengganggu nutrisi tubuhnya. Jika ini berlaku segeralah mendapatkan rawatan doktor.

Apabila gejala menjadi serius, adakalanya ia turut menyebabkan masalah pada gusi dan halitosis iaitu mulut yang berbau. Bagi kes sebegini pengambilan vitamin secara suntikan. Ia lebih cepat bertindak serta kita dapat memberikan dos yang sebenar dengan tepat.

Apabila kurang vitamin, bahagian tepi mulut atau dipanggil angle of mouth (sudut mulut) akan pecah. Hal ini biasa juga belaku pada kanak-kanak yang kurang vitamin dan apabila diberikan tambahan vitamin ia sembuh dengan cepat.


Inginkan bibir menawan?


Apabila usia kita meningkat, kandungan kolagen semula jadi dalam bibir turut berkurangan. Bibir menjadi kecut dan tidak mongel. Suntikan filler jenis hyaluronic mampu membuat bibir tampak menarik dan mongel semula.

Garisan pada tepi bibir yang melengkung ke bawah menjadikan wajah seseorang tampak muram dan kurang seri. Dalam kata lain, ia membuatkan seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar. Garisan di tepi bibir dinamakan marionette lines dan ia boleh dirawat juga dengan suntikan hyaluronic filler.

Bagaimana Filler dilakukan pada bibir?

Mula-mula kawasan sekitar bibir dibersihkan dan disuntik ubat bius bagi menjadikan ia kebas. Selepas itu filler akan dimasukkan dengan kaedah suntikan ke dalam bibir. Hasilnya bibir akan tampak lebih cantik dan menawan.

Teknik mengangkat semula bibir boleh digunakan bagi menjadikan bibir tampak lawa dan menarik semula.

Penggunaan filler banyak membantu menjadikan wajah berseri semula. Pada usia 40-an adalah sesuai bagi kita melakukan rawatan filler mencantikkan bibir. Pada waktu ini kekurangan hormon dan kolagen sangatlah ketara. Bergantung kepada jenis filler biasanya kaedah ini mampu bertahan untuk tempoh satu hingga lima tahun.

petikan copy dr
6/6/2010
utusan malaysia.











Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Bibir kering sering dialami oleh ramai di antara kita terutamanya wanita yang berkerja di bawah terik mentari ataupun yang terlalu lama ddk di dlm kawasan berhawa dingin.

Selain faktor cuaca, ada beberapa lagi faktor yang turut menyumbang kepada masalah ini.  Salah satu daripada ialah kerana kurang air di dalam badan.

Sudah menjadi lumrah, setiap penyakit pasti ada ubatnye... begitu juga dengan masalah bibir ini...

~ ada beberapa cara untuk merawat bibir kering & mengelupas....

1-Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir dengan menggunakan air liur ini kerana salah satu menyumbang kepada bibir kering.

2-Jangan memakai lip balm yg mengandungi pelbagai perasa, kerana ia akan mendorong anda untuk mejilat bibir...
( memang sedap lebih2 lg perasa stawbery hu hu hu)

3-Elakkan memakai lipstik yang berjenis (matte) lipstik kering tanpa kilat.  Lipstik jenis ini tidak mengandungi pelembab. Jika ada mungkin hanya sedikit sahaja.

4-Selalu memakan sayur yang segar, terutamanya yang mengandung vitamin C.


5-Gunakan madu untuk mengantikan lip balm ketika anda hendak tidur.


Selain dari itu, anda boleh mengamalkan dengan minum air kelapa muda dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.  Amalkan petua ini sekali sehari.


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu... tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalanmu..."

Yovie & Nuno - Menjaga Hati

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku

hujan tanpa henti seolah bertanda

cinta tak disini lagi kau telah berpaling


REFF:


biarkan aku menjaga perasaan ini

menjaga segenap cinta yang telah kau beri

engkau pergi aku takkan pergi


kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh

masih adakah cahaya rindumuyang dulu selalu cerminkan hatimu

aku takkan bisa menghapus dirimu

meskipun kulihat kau kini diseberang sana


REFF

andai akhirnya kau tak juga kembali

aku tetap sendiri menjaga hati


REFF 2xsejujurnya aku masih mengharapkanmu
oooh ooohh














Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
TEMAN KAN EN SUAMI TRANING.....BOWLING...
DR DOK BOSAN TUNGGU, BOLE LA BONDE DOK UPDATE EN3....
TUNGGU....
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
CER KIRA CER KIRA.....

INGAT TAHUN LAHIR ANDA CONTOHNYA 1978
AMBIL 78 + KAN DENGAN UMUR ANDA
=

78+33=111

CUBA PULA PADA RAKAN, SUAMI, ISTERI @ KAUM KELUARGA ANDA  YG LAIN PASTI JAWAPAN NYA SAMA.....

INFO COPY DARI
suduthati.blogspot.com
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
(Gambar) Telur Tiruan Dari China Cara Membuat Bergambar Bulan Purnama
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Sebenarnya minum ais tidak akan menyebabkan perut buncit pun....kerana air yang masuk ke mulut dan perut akan serta merta bertukar menjadi air.
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
i likeeeeeee
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
"antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah : hatinya selalu berniat suci.  Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.  Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).  segala perkara dihadapi dengan sabar dan tabah.  Juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia"

Sayidina Uthman bin Arffan
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Tahukan anda lelaki cenderung mengunakan hanya satu bahagian otaknya sehingga mereka sering bisu bila berhadapan dengan wanita yang disukainya.

Semakin kuat perasaan lelaki pada seorang wanita, semakin dia tidak boleh berfikir dan mengeluarkan bicara.
umunya:

lelaki takut mengambil risiko untuk mengatasi kegugupannya di depan wanita yang disukainya.
sedangkan mereka tidak tahu semakin gugup seorang lelaki itu, maka semakin diri mereka disanjung.
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Menjadi sahabat baik pada pasangan kita sendiri bukanlah sesuatu yang mustahil.  Ramai pasangan suami - isteri melakukannya.  Berikut adalah tip-tip yang boleh akita praktik sekiranya mahu menjalinkan persahabatan yang kekal abadi bersama pasangan.

  • Hargai apa yang dilakukan
  • Berikan pujian bila punya peluang
  • Peka bila berbual dengannya
  • Tunjukan empati
  • Ikhlas bila mengucapkan kata maaf & terima kasih
  • Sentiasa bergurau senda
  • Pamerkan kemesraan

cubala lakukan sesuatu bg mengubah apa yang belaku sebelum ini antara hubungan sesama kita...

moga lafaz tiap hari sayang..... tidak lengkang di mulut kita....
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
ADA KE PATUT SUAMINYA GALI LUBANG KUBUR SURUH ISTERINYA YG SARAT MENGANDUNG DDK DALAM TU. TUNGGU KAT DALAM LUBANG KUBUR TU......ISH2.... GILE BETUL....
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
JETI UNTUK MEMANCING..
TERLETAK DI KG JELUTONG INDAH KG BATU 4,
SUNGAI PELEK, DAERAH SEPANG, SELANGOR.

(gambar diatas pondok sebelah kiri)



(gambar diatas pondok sebelah kanan) 


view jeti....pintu maasuk...


semasa air surut...

Disini juga ada menyediakan bot untuk disewa...dan ada menjual pumpun untuk memudahkan pemancing2.....

pengalaman pemacing.....
jenis2 ikan...
ikan gelama, ikan sembilang, ikan duri, ikan tetanda, kadang2 ikan kerapu pun ada.....
ikan yg fresh....rasanya sangat sedap.....



Kaki pancing dr luar...




peralatan BBQ boleh disewa bagi mereka yg inginkan majlis tersebut bersama rakan2...



warung kecil ini terdapat byk menu spt...
mee kari... ( dah rasa mmg sedap...kaw punye..hrp2 ade yg terliur la yea)
mee & bihun sup
nasi goreng
mee goreng
dan pelbagai jenis air..... sejuk dan panas...
pada mlm minggu anda boleh berhibur dengan berkaraoke.....
1 lagu RM 2 jer.... murah kan....
dah kanyang makan boleh la menyanyi....
wakaaaaaaa wakaaaa wakaaaaaaaaaa



kawasan rekreasi yg tenang & santai



terdapat juga riasi monyet yg kadang kala mencuit hati.... x kacau orang....dia wat hal sendiri jer... jd jgn la buat kacau ganggu pd monyet2 disitu...


kalau datang x memancing..bolehlah lepak2....di warung...rimba bakar namanye...



selain dari itu....kalau nak carik ketam, siput beliung ( saiz besar dr siput sedut) sangat sedap dimasak rendang bersama nangka & lokan pun boleh....sedap dimasak kari @ dibuat sambal sahaja....
mmg byk terdapat disini.

 tengok2..jeling....jgn baling .....

"SELAMAT BERKUNJUNG"......SILA2 LA....


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
BELAJAR BAHASA INGGERIS

SEORANG GADIS YANG BAHASA INGGERISNYA ENTAH APA-APA...
SUATU HARI BELIAU TERLANGGAR SEORANG PELANCONG US BERJALAN-JALAN DI THE MALL

GADIS: I'M SORRY

PELANCONG: I'M SORRY TOO

SIGADIS ITU KELIHATAN BINGGUNG KERANA TIDAK FAHAM APA YANG DIPERKATAKAN OLEH PELANCONG ITU. DIA MENEKA-NEKA DAN TERUS MENJAWAB...

GADIS: I'M SORRY THERE

PELANCONG: WHAT ARE YOU SORRY FOR?

GADIS : I'M SORRY FIVE

PELANCONG:?????????
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • Koleksi Template Akaun Bank
  • Resepi Daging Bulgogi
  • Hebahan Sedekah Ramadhan Dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak
  • Internary Percutian 3 Hari 2 Malam Di Pulau Pangkor.
  • Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor
  • Koleksi Template Akaun Bank Versi Cute dan Bunga-Bunga
  • Rahim Kembang? Ini Cara Mengatasinya
  • Resepi Sotong Celop Tepung Bestari
  • Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
  • Selamat Tahun Baru 2021

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

Subscribe

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Resepi Ikan Siakap Goreng Berlada Versi SA
  • Ana Suhana
    Resipi Double Chocolate Muffin Sukatan Cawan Yang Sedap dan Gebu
  • Shuhaida Kabdy
    Lima Resepi Comfort Food Ayam Brand™ Untuk Melangkah ke Tahun Baharu
  • Azlinda Alin
    Resipi Mudah Masak Bubur Beni Nagomi Japanese Sweet Potatoes (ubi Jepun) dan Jagung
  • KhatyAiman
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • Bonda Zahra
    Tawaran Sale 11.11 PG Mall
  • The Other Side of Me
    Tanda-tanda Autisme?
  • Mamapipie

#BIter's Blogger

  • RINA ZUL
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • Blog Wani Sukarno
    Jom Cuba Resepi Mee Goreng Mamak Ini Di Rumah
  • Yaya Azura
    Ayam Masak Kicap Kayu Manis
  • Farhana Jafri
    Shaadi Mubarak Varun Dhawan & Natasha Dalal!
  • Blog Sihatimerahjambu
    Movie Survival Family (2017)
  • Fiza Aizzawa
    Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
  • Fieza Sani
    Over Tak Beli Telur Ikan Tenggiri Kat Shopee
  • MrsPipDotCom
    Permohonan Geran Penubuhan Taska Di Tempat Kerja 2021 Dibuka - JKM
  • Mrs Liez - Malaysian Lifestyle Blogger
    Drama Takdir Yang Tertulis Online Episod 1 hingga Episod 15 (Akhir)
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Hentikan pembinaan bangunan pencakar langit
  • Blog Adianiez
    Puasa | Jom ?
  • apekinah.com
    Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
  • Maria Firdz - Lifestyle Blogger
    Cara Jimat Belanja Dengan Senarai Bahan Makanan Yang Betul
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • iamfuzy.com™
    Get Through MCO 2.0 With Amazing Deals At bookxcessonline.com Until 31 January 2021
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
  • Ajumohit
    Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) Tahun 2020
  • SHALIMAR YUSOF
    Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
  • Eyqa Hasnan's Blog
    Dengan Modal Bawah RM10, Nixoderm Ointment Mampu Merawat Masalah Jerawat
  • OMBAKBERGIGI
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS5 Jersey Bola
  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
  • Kitepunye Dot Com
    Filem Komedi 10 Tips Tipu Bini Perkongsian Dari Awie!
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
  • VITAMIN WAWA
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
  • CXopportunities
    Pengalaman Dilanda Banjir Penghujung Tahun 2020 di Melaka
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
  • Diary Mama
    Grilled Butter Chicken Menu Paling Popular Kini Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • ANNUR SYUHADAH
    Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan! Awas Tau?!
  • perrenial
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
  • Shamiera Osment
    5 Things You Must Have at Arabian Village Malaysia.
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
  • Atul Hamid
    Resipi ayam bakar mudah dan sedap
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Pullman Hotel Adelaide - Kuarantin Mandatori 14 Hari
  • Atul Hamid ~ Lifestyle
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Stazah Mama LifeStyle
    11 Kelebihan dan Keistimewaan Kurma Ajwa Asli VIP Gred Premium dari Rihura Herbs Enterprise Yang Patut Anda Tahu
  • khalisahazrina.com
    Dengan 50 Kata-kata Positif Ini Membuat Anak Menjadi Semakin Hebat Dan Berkeyakinan

Followers

Created with by ThemeXpose