FENOMENA DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Ramai yang menyampah dengan watak Yana aka Sharifah Sakinah dalam drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM haaa menjadi watak yang diberi... Bonde suka time dia dok nyanti-nyanyi lagu Siti Nurhalizah kadang tergelak besar bonde sensorang tau! siapa layan drama ni, Bonde layan siap-siap rekod kat decoder astro malam-malam baru layan he he he maklumlah mana sempat nak tengok on time pukul 7.00 tu... he he he tak pe yang penting malam-malam boleh maraton depan tv. Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM ini adalah adaptasi dari novel penulis Myra Ameer. Sebenarnya bonde tak ada koleksi novel ni lagi, tapi tak pe nanti nak cari... maklumlah tahun ni tak sempat merayau ke PBAKL jadi banyak info ketinggalan. Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM gandingan Kamal Adli dan Puteri Aishah. Diarahkan oleh Along Kamaludin. Drama mula di tayangkan pada 3 Julai 2019 yang lalu.  Pada Isnin hingga Jumaat, jam 7 .00 malam di  Slot Akasia TV3.

FENOMENA DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM




INFO SEBALIK TABIR DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM


EPISOD : 28 episod

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : A-Ten Alliances Sdn Bhd

PELAKON DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim, Hariesa DFKL, Annie Mosha, Zainon Ismail, Aishah Along Kamaludin, Gen Darwish.

WATAK PELAKON DRAMA UTUSAN CINTA BUAT ADAM

Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Hajah Maimon
Nazeera Sardi sebagai Fazrin
Nazrief Nazri sebagai Tengku Aidit
Ikhlas Jalil sebagai Zarul
Sharifah Shahora sebagai Liza
Noniswara eebagai Arza
Kuza Muzani sebagai Rosnah
Aleeza Kasim sebagai Noreen
Hariesa DFKL sebagai Ainul
Annie Mosha sebagai Adura
Zainon Ismail sebagai Pak Mail
Aishah Along Kamaludin sebagai Azrina
Gen Darwish sebagai Afiey
Hafiz Bahari sebagai Hafeez






SINOPSIS UTUSAN CINTA BUAT ADAM


Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen.

Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

Jom baca novel  UTUSAN CINTA BUAT ADAM di link dibawah :



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah macam menarik juga ya drama nie.. nanti nak try tengok juga lah..

    BalasPadam
  2. SA pun terjebak tengok cerita ni baru- baru ni...memang menyakitkan hati especially watak Yana dan Tok Wan tu...eeeee...geram jer..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.