PENCARIAN QASH ADAM DALAM DRAMA SWEET DREAMS

PENCARIAN QASH ADAM DALAM DRAMA SWEET DREAMS  Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua... Lagi kisah drama, Siapa yang cair menonton drama sweet dreams ni.. angkat tangan! tak sangka betul drama ni menjadi watak dilakonkan tu... macam drama korea dah! Drama adaptasi daripada novel Sweet Dreams karya Acik Lana... kini disiarkan di  slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah. Drama mula dimainkan dikaca tv pada 5 Ogos 2019 yang lalu dan kini menjadi tontonan ramai peminat drama melayu, jangan lupa temujanji drama sweet dreams setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.  Jom berkenalan dengan BEN AMIR

PENCARIAN QASH ADAM DALAM DRAMA SWEET DREAMS 



INFO SEBALIK TABIR DRAMA SWEET DREAMS

PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies


PENGARAH : Michael Ang


PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON DRAMA SWEET DREAMS 


Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang

WATAK PELAKON DRAMA SWEET DREAMS

Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa


SINOPSIS NOVEL SWEET DREAMS

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Selamat menonton drama Sweet Dream... tahniah kepada Acik Lana penulis novel dan Pengarah drama Michael Ang

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

0 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.