Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, apa khabar? Ramai wanita diluar sana memang punyai minat yang sama macam Bonde tak? Suka kumpul Tupperware! Bonde bukan suka kumpul dan buat perhiasan jer tau! Bonde gunakan selalu dirumah dan dipejabat memang Bonde selalu gunakan! Bonde nak kongsikan dengan ada semua info menarik menggenai Tupperware yang perlu anda tahu!
FAKTA TUPPERWARE
1. Tupperware dicipta oleh Earl Tupper pada 1938
Apabila syarikat lanskap miliknya ditutup ketika zaman “Great Depression”, dia bernasib baik kerana terjumpa sebuah kilang plastik dan membeli beberapa mesin acuan dan mula mencuba-cuba di rumah. Tetapi, produk Tupperware hanya mula boleh didapati selepas perang dunia ke-2
2. Rekaan tudung diilham dari tin cat
Model ini mampu memberi keadaan yang kedap udara dimana ianya penting untuk mengekalkan kesegaran makanan
3. Produk pertama Tupper adalah Wonderbowl dimana ianya ikonik dengan “tudung sendawa”
Tupperware yang asli terkenal dengan bunyi sendawa apabila tudungnya ditutup. Pengiklanannya sangat terkenal sehingga ianya digunakan di dalam rancangan TV.
4. Produk Tupperware asalnya gagal di pasaran kedai-kedai.
Pengguna tidak faham penggunaan tudung menyebabkan ianya gagal (ramai yg tak faham, mudah je kot bukak tutup tudung). Tupperware kemudian menukar strategi dengan mengadakan “Tupperware parties”
5. Parti Tupperware yang pertama diadakan pada 1949 oleh seorang ibu tunggal di Detroit.
Brownie Wise berjumpa dengan Tupper dengan idea agar mengadakan perjumpaan dimana pelanggan boleh ditunjuk bagaimana produk Tupperware berfungsi. Pada 1952, konsep itu berjaya dan Tupper mengambil langkah untuk menarik produknya dari kedai dan dijual melalui parti.
6. Guinness Book of World Records menamakan Tupperware sebagai salah satu ciptaan paling terbaik pada abad ke 20.
Rubik kiub dan Walkman juga tersenarai tetapi bukan komputer.
7. Hari ini di seluruh dunia, parti Tupperware diadakan setiap 1.4 saat
Walaupun anda berfikir cara ini sudah lapuk, tetapi ianya masih dijalankan diseluruh dunia. Lebih 500,000 parti Tupperware dijalankan setiap tahun di Perancis.
8. Ianya masih merupakan industri berbillion dollar
Pada 2014, Tupperware Brands Corp menjana 2.61 billion dollar tahunan.
Sumber: Good House Keeping Us
:Housebeautiful/ Anna Zambeli (2015)
KATALOG TERBAHARU OGOS 2019
Nota:
TIP PENJAGAAN TUPPERWARE
Salah satu sebab mengapa ibu-ibu rasa nak hempuk kepala kalau Tupperware mereka dihilangkan oleh anak & suami. Kualiti tinggi tu dan ada sentimental value "koleksi limited edition"
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
Cantiknya katalog terbaru nie Bonda. Kak Sue pun suka Tupperware.. ada lah koleksi sikit tak banyak pun Bonda..
BalasPadamoh lama dah brand tupperware ni rupanya. baru tahu. terbaiklah
BalasPadammak saya pun pengumpul tupperware. kalau saya balik kolej, ditapaunya makanan saya pakai bekas murah je sebab taknak kasi pakai tuppeware dia hahaha
BalasPadamhttp://sayesyadiya.blogspot.com
My mother in law is a great fan of Tupperware products
BalasPadamHebat Tupperware ni. Saya baru berjinak-jinak dengan Tupperware ni last year, hehe
BalasPadamMy mom and me also like Tupperware products
BalasPadamSuka tupperware, sb kalau bawa bekal. Tak payah risau tumpah
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.