Bonde Zaidalifah: ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!

ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!

12:13 pm

ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME! Dan Selamat Pagi... Hai Reader semua... Kurang dari seminggu kita rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina, Jadi bagi kaum-kaum selain budha pasti ada perancangan bersama keluarga sempena cuti itu nanti.  Tak tahu nak pergi mana?? Jom lepak KL Tower jer... Apa yang menarik di KL Tower??ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!


ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!

Kalau anda nak tahu KL Tower ni bukannya ada menara telekomunikasi je, tapi ada banyak lagi tarikan lain yang anda kekadang tak sedar pun ada tapi best jugak sebenarnya kalau pergi. Sebagai contoh, KL Tower Mini Zoo. Ya, kat KL Tower ni ada zoo mini kot! Memang lain dari yang lainlah. Jadi kalau anda cuti-cuti ni tak keluar KL, dah tak payah nak jauh-jauh ke Melaka ke Taiping ke nak pergi tengok zoo, kat KL Tower ni pun dah ada haiwan yang kita boleh tengok up close and personal nak introduce kat anak-anak kecil kita, takdelah diorang membesar tengok binatang kat buku je ye tak? Disebabkan faktor lokasi Mini Zoo yang dekat dengan KL Tower, accessibility dia sangat mudah! Boleh try pakai grab, lrt dan sebagainya nak sampai sini, takde hal.


BURUNG KAKAK TUA SAMBUT ADA DI KAUNTER TIKET MINI ZOO KL TOWER



Mini Zoo ni actually baru je bukak kat KL Tower ni, sekitar tahun 2015. Sebetulnya dia bukan dalam KL Tower tu tapi dia actually bersebelahan KL Tower dan dekat dengan hutan simpan Bukit Nenas. Sebab dia baru bukak, jadi kawasannya memang baru dan terjaga rapi. Lepastu sebab dia ni zoo mini, korang tak payah pusing jauh-jauh macam zoo biasa.


Lagi satu terdapat sejumlah 60 spesis binatang yang boleh ditemukan kat sini semuanya jenis yang agak eksotik dan jinak-jinak je, takdelah harimau ke seladang gajah semua. Tapi yang pasti semua binatang kat sini memang dijaga dengan baik dan mesra pengunjung.


ADA 60 SPESIS BINATANG DI MINI ZOO KL TOWER






Jadi apa lagi, jomlah meriahkan zoo ni dengan kehadiran anda. Untuk memudahkan urusan anda, apa kata anda beli siap-siap tiket ke Mini Zoo ni dengan cara online. Dengan Traveloka, anda boleh dapat really good deals untuk KL Tower Mini Zoo discount tickets tau! Jadi apa nak tunggu lagi, nanti kena sambar pulak offer ni!



Walaupun sekadar zoo mini je, KL Tower Mini Zoo ni sebenarnya dibahagikan kepada 6 kawasan! Kesemua enam kawasan ni disusun dan dihias rapi seolah-olah hampir menyerupai persekitaran habitat asal binatang-binatang yang dijaga di sini. Keenam-enam kawasan tu adalah Mini Jungle, Jelutong Tree, Fallabella Stable, Bridge Broadway, Bird Aviary and Pet Village. Agak menarik jugak tu kan sebab banyak boleh explore sebenarnya. Mari kita go through sikit.







Mini Jungle ni adalah zon yang setup macam ada hutan mini dengan spesis jinak-jinak belaka seperti Albino Crow, Albino Iguana, Parrot, Marmoset, Wallaby dan juga Sulcata Tortoise. Fallabella Stable adalah bangsal yang menempatkan kuda Fallabella iaitu antara spesis kuda yang terkecil di dunia! Sangat comel ya saiznya. Bird Aviary membawa kita ke dunia burung, menemukan kita dengan pelbagai spesis burung yang ada di sini. Selain itu, ada pula peluang untuk membelai dan juga memberi makan setiap binatang kat sini dengan staf yang terlatih, jadi korang boleh bagi anak-anak sendiri try atau korang sendiri try kalau teruja nak cuba, takde masalah jugak. Bukan selalu ada peluang macam ni kan, nak mendekatkan diri dengan ciptaan Tuhan haa.






Last but not least sebelum nak keluar, seperti biasa akan ada kedai cenderahati yang menanti di luar. Bolehla siapa yang datang dari jauh nak beli rantai kunci, baju T-shirt dan sebagainya untuk dibuat kenang-kenangan datang ke sini.




Bagi yang rasa nak santai-santai sikit sambil pusing-pusing tu, ada jugak Jungle Cafe yang jual air dan makanan ringan-ringan untuk korang mengunyah sementara tu kan. 

Menarikkan.. Mini Zoo Nih!

INFO UNTUK KE MINI ZOO KL TOWER


Disebabkan KL Tower Mini Zoo ni terletak di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur, so anda boleh ambil public transport jugak untuk elak kan jam. Dari KL Sentral, anda boleh ambil sistem transit aliran ringan (LRT) menuju ke Dang Wangi. Lepas berhenti kat situ, boleh order teksi atau naik Grab ke KL Tower, anggaran meter dalam lima ringgit je. Kalau rajin sikit, boleh jalan kaki ke pintu masuk utama Menara KL dalam masa 15 minit, nanti ada free shuttle untuk bawa anda ke zoo mini ni.

Jadi tak payah berlengah lagi, anda boleh go ahead dan serbu site Traveloka Malaysia for the best deal ever untuk KL Tower Mini Zoo di https://www.traveloka.com/en-my/activities.




Alamat : 


Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : KLTowerMiniZooMalaysia

Instagram : KLTowerMiniZoo

Info KL Tower Mini Zoo :

Waktu Operasi: 


Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!



COME VISIT US NOW!

FEEL, TOUGH, A RELAXING EXPERIENCE


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

28 TEGURAN MEMBINA

  1. Scroll-scroll sekali ternampak ulauuuu...
    Uii geli kita hahahahha

    Kita pun sekali dulu pernah masuk sini masa kawan kerja sini, tapi nampak macam dah lebih uograde dah tu...

    ReplyDelete
  2. wah rupanya beroperasi sampai malam ya? tau ada zoo tapi ingat bukak siang je..

    ReplyDelete
  3. Dr thn lps nak pergi..tak pergi2 lg

    ReplyDelete
  4. Tiket masuk di murah ke mahal? pernah masuk dulu dalam RM30++ gak la...last year pergi masa ru tgh renovation mini zoo ni

    ReplyDelete
  5. we went last year and its fun and we saw big snakes. I like it there as kids can see different animals, yeah chicks are my kids favorite as they can hold it. Oh ya, how much ticket now yeah?

    ReplyDelete
  6. Mini Zoo kat KL Tower menarik juga ni kalau dapat pergi hehehe kita pun baru sekali jer naik menara KL tu wakakakka..

    ReplyDelete
  7. tak pernah pegi.. tapi suka tempat2 macam ni yang boleh dapat close encounter dengan animals =D

    ReplyDelete
  8. aida ke kl tower ni last few years.
    tak perasan kewujudan petting zoo ni, bonde. baru lagi ekk?
    wajib la ke kl tower semula. izzat lom pernah jejak kaki ke kl tower.
    and masuk petting zoo ni.
    utk kanak-kanak memang sesuai. kenal haiwan. sayangi haiwan.

    ReplyDelete
  9. Murni baru tahu kat KL Tower ada Mini Zoo macam ni. Lain kali kalau kesana boleh laa singgah..anak2 suka juga tengok binatang2 mcm ni..

    ReplyDelete
  10. walau pun mini zoo airah tengok banyak haiwan yang jarang nampak. bawak bebudak ni memang seronok la diaorang tengok haiwan. dah lama rasanya tak pergi kl tower

    ReplyDelete
  11. One of our fave place too! Mmg si kakak suka sgt dtg sini sbb dia mmg suka animals. Kalau bwk gi zoo2 ni spend masa berjam2 pun takpe.

    ReplyDelete
  12. Pernah jugak dengar ada mini zoo kat KL Tower, tapi tak pernah masuk lagi. Nanti cuti bolehlah sis awak anak sis jalan2 ke sana

    ReplyDelete
  13. Looks interesting. Will go visit there soon. I like to see animals.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lagi sampai Mini Zoo Menara KL ni. Teringin nanti bawa anak-anak datang sini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  15. Teringin sangat nak bawa anak anak pergi mini zoo. sebab nak bagi dorang kenal haiwan secara live gitu.
    Rasa macam nak pergi situ je.
    Hehe

    ReplyDelete
  16. boleh bawa anak2 g ke zoo ni...cuti sekolah sempena raya china ni adalah peluang nk berjalan2 sekitar kl..tq for sharing..

    ReplyDelete
  17. Anak2 dok ajak g zoo. Adeh. Mommy tak larat nak berjalan. Boleh la ke mini zoo ni nanti

    ReplyDelete
  18. Mini Zoo KL Tower ni nampak best, blh berkawan rapat dgn binatang semua, bagus utk bawa famili dan ank2 skali. Mesra alam dan haiwan.

    ReplyDelete
  19. nad dah pernah pergi, memnag best..temapt macam kecik, tapi banyak binatang kan. Boleh dipegang lagi..sekarng mesti ada banyak lagi binatang yang ada..

    ReplyDelete
  20. 2,3 kali ke KL tower, selalu gak lalu mini zoo ni. katanya bawah management yg sama dgn Farm In the City. Anak pernah ke sana ikut rombongan preschool. Menarik dia cerita

    ReplyDelete
  21. Bestnya tgok Kak Zaida. Baru tahu ad mini zoo kt situ. Kite mmg suke tgok haiwan. Nice la! Boleh try kesana nnti

    ReplyDelete
  22. Ni kalau syafi tau mesti dia ajak. Next time boleh plan bawa dia naik menara then g petting zoo ni.

    ReplyDelete
  23. Lama dah tak visit KL Tower lah. Da mini zoo plak mesti lagi best kalau pi dengan family kan.

    ReplyDelete
  24. Ouh tak tahu pulak ada mini zoo kat kl tower ini. Harap-harap boleh pergi suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  25. Tau sebab tengok cerita princess aishah anak che ta tu depa ada mai sini.kalau dak mesti kami pun tak tau

    ReplyDelete
  26. Oh really ? never heard about it. So, next time bila i ke sana bolehlah bawa my kids pergi mini zoo dia.

    ReplyDelete
  27. Semua nampak menarik tapt part ular je tak minat, bukan sebab takut tapi sebab geli.. hehehe..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN