BILA KANDA BUAT SURPRISE!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai reader semua,

Perkara yang buat hati kita gembira adalah bila dapat surprise dan hadiah dari orang yang kita sayang.  Maklumlah sebenarnya tidak kisah apa pun bentuk hadiah tersebut, siapa yang memberi hadiah memang hatinya ikhlas, yang menerima hadiah hatinya gembira!

BILA KANDA BUAT SURPRISE!!! 

Dua minggu yang lepas Bonde dapat surprise ni, baru sekarang sempat kongsikannya di sini.  Tak boleh move on dengan moment tu.. terharu sangat.  

Kisah sweet ni eceh.. sweetlah sangat! Bagi can eh nak "story".. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk, tapi nak simpan sebagai kenangan disini.. ok sambung cerita kisahnya pada satu petang balik dari kerja, macam biasa hari tu Bonde dengan Kanda naik satu kereta pergi dan balik.  Kejadian ini berlaku pada waktu balik.

Sebenarnya Bonde bukanlah jenis suka-suka tukar "wallet" selagi boleh guna Bonde akan gunakannya.  Kalau tidak koyak lebih lamalah usia "wallet" tu Bonde gunakan.. jimat macam tu he he he.

"Wallet" yang digunakan sebelum ini sudah gunakan lebih kurang 5 tahun.  Tapi "wallet" tu masih ok lagi dan tidak koyak!  Memang rasa tak perlu tukar "wallet" baru pun... walau kalau pergi mana-mana mall akan singgah tengok "wallet" yang ada.. just pandang dan berlalu..

PAPER BAG PINK CARLORINO


Masa balik kerja Kanda pass paper bag pink Carlorino ni dalam kereta... Mula tu macam-macam mukahdimah dibebelkannya.. suruh keluarkan "wallet" dalam handbaglah.. suruh buka tutup "walletlah.." macam-macam strategi dia nak mengenakan Bonde.  Bila dia suruh keluarkan tu.. ingatkan dia nak minta duit sebab masa tengah bulan memang tak adalah banyak "cash" dalam tu.. ha ha ha

Soalan demi persoalan keluar... emmm mata dah mengantuk nih selalu Bonde sempat tidur sekejap "on the way" nak balik rumah... petang tu tak dapat tidur sebab berteka-teki dengan Kanda.

Akhirnya .... dia ambik paperbag pink ni di belakang kerusi tempat Bonde duduk. Tadaaa surpriseeeeee! eh hadiah... sambil senyum lebar.. terus dia srh buka dan saya yang menurut perintah pon bukalah...


Berbunga-bungalah hati bila dapat hadiah, "wallet Carlorino" Kanda sambung bebel, suruh tukar "wallet" yang baru ni dengan "wallet" yang lama.  Tapi bila dah dapat tentulah rasa seronok dan happy.


WALLET CARLORINO

Terima kasih Kanda, di atas pemberian... emm surprise sangat. I love carlorino.

Katanya... Hadiah hari jadi tau! eh..eh... Birthday Bonde kan Ogos nanti... terus dia gelak.. Bonde cakap ni hadiah tahun baru yea.. bukan Birthday ha ha ha Nanti bulan Ogos nak claim lagi 



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.