GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU

GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua.. Sabun dibilik Mandi.. haa teringat cerita Tan Sri P. Ramlee.. Tapi zaman la ni ramai dah tak guna sabun betul tak?  Sekarang ni dah banyak jenama Gel Mandian.  Anda tahu tak? Enchanteur pun dah ada Gel Mandian tau!GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU

GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU


 Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu
~ Belaian romantis mandianmu
  
Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:



  
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

REVIEW DARI BONDE

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Bonde sangat sukakan Gel Mandian Wangian Encanteur ni... Bau nya membuatkan rasa tenang dan lega lepas mandi.  Rasa penat berkerja hilang serta merta!  Lepas habis botol yang ini nak cuba 2 Gel Mandian yang lain iaitu Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk) dan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)




Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)


Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care

INFO HARGA GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

9 PEMBERI ULASAN

  1. wahhhh bestnya dah ada gel mandian, kita dah la memang suka dengan perfume & deodarant dia. kena cuba ni

    BalasPadam
  2. mesti wangi puas hati guna ni.. perfume dia pun best dah =D

    BalasPadam
  3. wangi..purple ni bau musky sket kan. saya suka juga tenang je

    BalasPadam
  4. mesti tak keluar bilik air kalau dpt kat ita ni.. haha.. siap berangan..

    BalasPadam
  5. Enchanteur ni jenama lama dah kan. Mmg diketahui ramai bau dia yg wangi sgt tu. X tau plak skrg dia dah buat gel mandian pulak. Mst syok bau pas mandi hehe

    BalasPadam
  6. menarik gak. tapi saya lagi prefer bau yang calming and wangi. ada aura bunga2 mcm tu. pada pendapat sis gel mandian apa yang sesuai?

    BalasPadam
  7. I love fragrances too. I like to smell good all the time. But, i prefer mild smell.

    BalasPadam
  8. Wah!!! Enchanteur dah ada produk terbaharu! Shower gel dia tu mesti wangi gilakan. Nak try jugaklah nanti ❤️

    BalasPadam
  9. Enchanteur ni cam dah lama jenama di pasaran kan, tapi gel tu produk baru kut..mesti best kan wangiannya
    3 Tip Mulakan Bisnes Online 2019

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.