Tasneem Marketplace : Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai semua Pembaca, Kali ini Bonde ingin kongsikan berkenaan produk Tasneem Naturel, Sebelum ini Bonde pernah memperkenalkan produk Tasneem di entri ini.

Bagi anda yang tidak pernah tahu dan tertanya-tanya tentang produk yang diberi jenama Tasneem Naturel ini, sebenarnya produk ini adalah produk Balm untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak.

Hinggakan Cik Fatin dulu hendak masuk asrama Bonde bekalkan Tasneem  untuknya.  Takut Cik Fatin tidak boleh atau sukar untuk tidur di asrama, maklum tinggal di asrama buat pertama kali dalam sejarah hidupnya berpisah dari keluarga.

Syukur Alhamdulillah tidak ada masalah  tidak boleh tidur atau sukar tidur bila setiap malam hendak tidur Cik Fatin sapukan balm Tasneem Naturel seperti yang Bonde pesan.

Tasneem Marketplace : Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan




Siapa sangka Tasneem Naturel kini telah mengwujudkan Tasneem Marketplace : Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan.  Tahniah diucapkan Kepada Tasneem Naturel kerana mengorak langkah maju kehadapan.  Apa yang buat Bonde teruja nak kongsikan dengan anda semua.

Apa yang menariknya Tasneem Naturel ini memberi peluang kepada suri rumah yang berminat nak menjana pendapatan dengan mudah iaitu berniaga di marketplace.



Menarikkan! Bagi anda yang nak tahu info lanjut tentang Kolaborasi ini, anda bolehlah terus  dapatkan info yang Bonde kongsikan di bawah ini. 


Kolaborasi Tasneem Naturel Dan Beberapa Jenama Besar Malaysia Melalui Platform Tasneem MarketPlace Bantu Ramai Golongan Suri Rumah Menjana Pendapatan Dengan Mudah.




Gabungan Lima Jenama 


Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace



Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.




Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. 


10,000 Usahawan Diperlukan


Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

Untuk maklumat dan info lanjut anda  boleh layari laman web dibawah dan facebook page dibawah .

Laman web : www.tasneemmarketplace.com

Facebook : Tasneem Marketplace

Anda juga boleh sertai channel  Tasneem Naturel di telegram.


Peluang Untuk Surirumah Tangga


Jangan lepaskan peluang yang datang ini, mana tahu dengan menyertai Tasneem Naturel Marketplace ini anda menjadi salah seorang usahawan yang Berjaya.  Ayuh sertai sekarang jangan bertangguh lagi.  


 
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. dulu pernah guna produk tasneem.. serasi dgn baby

    BalasPadam
  2. Menarik...pernah dengar product Tasneem ni...tapi ingat2 lupa...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.