Fungsi MYSEJAHTERA TRACE (MYSJ TRACE)

Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Pembaca semua... Beberapa hari sebelum memasuki tahun baru 2022 MySejahtera telah membuat pembaharuan iaitu telah mengaktifkan Fungsi MYSEJAHTERA TRACE (MYSJ TRACE) ada dikalangan anda semua mesti terkejut dengan fungsi tersebut bukan.  Kerana saya dan suami juga terkejut bila mendapati MySejahtera kami anda fungsi ini.

Fungsi MYSEJAHTERA TRACE (MYSJ TRACE)



Menggantikan Fungsi ‘Check Out’

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

YB Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

Cara Kemaskini Tetapan Fungsi MySJ Trace Di MySejahtera




Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawah
  3. Tekan butang MULA
  4. Tekan butang SETUJU
  5. Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace
  6. Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan

*Rujuk langkah bergambar di bawah:



Cara Ia Berfungsi

  1. Seseorang yang disahkan positif COVID19 akan diberikan notifikasi bagi dapatkan kebenaran kongsi maklumat kontak rapat mereka.
  2. Jika dibenarkan, MySejahtera akan beri akses kepada KKM bagi menilai risiko ke atas data kontak rapat yang dikesan.
  3. Keseluruhan proses pengesanan kontak & penyimpanan data dijamin keselamatan / kerahsiaan oleh kerajaan.

Tahun Baharu, kita amalkan norma baharu... Moga info ini bermanfaat sila kongsikan kepada yang lain.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

6 PEMBERI ULASAN

  1. Salam Tahun Baru 2022 Bonda :))

    BalasPadam
  2. Tak aktifkan lagi... Sebab dia minta aktifkan tetapan location, Bluetooth kan.. tu yang tak. Buat lagi... Sebab tak kan nak on je.. jenuh cas telefon.. ke on sekali je untuk setting tu..

    BalasPadam
  3. Perghhh suspen jugak feature ni hahaha

    BalasPadam
  4. semoga mysj trace ni lebih memudahkan pengguna

    BalasPadam
  5. Kak Sue pun terkejut jugak hari tu tengok Abang Man punya MySejahtera.. ingatkan kenapa lah pulak..

    BalasPadam
  6. aida lom lagi update yg trace ni.
    lom sempat :) ha ha ha...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.