Fenomena Aurora Sangat Indah Ciptaan Allah

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Ramai dikalangan rakan-rakan yang kongsikan pemandangan indah ini di Media Social Instagram dan Facebook.  Subhanallah cantiknya... Dekat Kdrama yang Bonde tonton pun ada part yang menceritakan impian nak tengok Aurora nih, Biasalah Bonde dah terpengaruh KDrama,  Teringin hendak melihatnya di hadapan mata sendiri Fenomena Aurora ini.  Sekarang simpan niat dahulu InsyaAllah ada rezeki Bonde kongsikan Fenomena ni diblog (berangankan tak salah hehehe)

Fenomena Aurora Sangat Indah Ciptaan Allah



Imbas kembali mata pelajaran sains tingkatan 3. Nota Cikgu Shikin Aurora dan bagaimana ia terbentuk?

Bagaimana Aurora Terbentuk?


Pada teras matahari, suhu mencapai sehingga 15 juta darjah celsius. Tekanan juga sangat tinggi menyebabkan berlakunya tindak balas nukleus. Dalam tindak balas nukleus, empat atom hidrogen melakur membentuk satu atom helium. Proses ini dikenali sebagai pelakuran nukleus. Tindak balas ini menghasilkan jumlah tenaga yang sangat banyak dan dipancarkan dari teras Matahari ke semua arah dalam bentuk haba dan cahaya. Tenaga haba dialirkan dari teras ke permukaan matahari secara perolakan. Dari proses tersebut, tercipta medan magnet yang sangat kuat di dalam matahari. Di sesetengah kawasan, medan magnet yang kuat itu melonjak keluar ke permukaan. Gas-gas yang bercas elektrik disebut plasma akan menyebabkan medan magnet dilonjakkan keluar dari permukaan matahari menghasilkan ribut suria (solar storm). Ribut suria membawa zarah-zarah bercas iaitu proton dan elektron.



Aurora (ilmu falak)

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam biasanya di kawasan kutub Bumi (Artik dan Antartika). Fenomena ini disebabkan interaksi antara medan magnet (atau magnetosfera) dimiliki planet tersebut dengan cas lepasan zarah-zarah dipancar sebar dari sinaran Matahari di tahap ionosfera. Tindak balas yang dihasilkan dari pertembungan tersebut sering menampakkan kerdipan, olakan dan tiraian beraneka warna disebabkan pengujaan ion ke dalam zarah-zarah ini.


Pemerhatian ini di kawasan kutub utara disebutkan sebagai aurora borealis (teja utara atau cahaya utara) manakala aurora di kawasan kutub selatan pula diberi nama aurora australis (teja selatan atau cahaya selatan); kedua-dua ini dikaitkan dahulu dengan Aurora, dewi fajar kepercayaan Romawi.



Dimana Boleh melihat Fenomena Aurora Yang Indah?

Jika anda ingin melihat Fenomena Aurora yang indah, anda bolehlah target pada Lapan buah negara yang tersenarai di bawah ini.  Dalam lapan buah negara yang disenaraikan dibawah ini juga ada dinyatakan pada bulan berapa aurora yang cantik akan kelihatan dilangit.  Anda bolehlah buat perancangan kalau nak travel pada masa tersebut dan menikmati keindahan Fenomena Aurora.


Ustaz Ebit Lew Dan Keluarga Di Iceland

Perkongsian gambar ini dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew ebitlewofficialpage Subhanallah sangat indah sekali... berlatar belakangan Aurora yang kehijauan.. 


Doakan moga ada rezeki Bonde dapat tengok Fenomena Aurora ni yea... Terima kasih kerana sudi baca! sila kongsikan seandainya bermanfaat.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.