Royal Canin Malaysia Menyempurnakan Podcast Jom Talk Pets!



Royal Canin Malaysia Menyempurnakan Podcast 'Jom Talk Pets!' Assalamualaikum dan Selamat Petang... Bagi anda yang memelihara haiwan kesayangan iaitu kucing jom sama-sama kita berkongsi ilmu di live yang diadakan hari  ini, Jumaat bersama tiga pakar terkemuka dalam penjagaan haiwan peliharaan.

Royal Canin Malaysia Menyempurnakan Podcast 'Jom Talk Pets'!



 "Sesetengah orang bercakap dengan haiwan. Namun tidak ramai yang mendengar. Itulah masalahnya,” Winnie the Pooh si beruang teddy yang terkenal itu pernah berkata demikian, seperti dinyatakan oleh penulis Inggeris A.A.Milne. Menekankan keperluan untuk memberi perhatian kepada haiwan peliharaan dan berkongsi maklumat berharga, , ROYAL CANIN®, antara jenama terkemuka Malaysia dalam pemakanan kesihatan haiwan peliharaan akan bersiaran langsung bersama Jom Talk Pets! Tetamu Podcast Jumaat ini, 20 November pada jam  8 malam.


Memberi penekanan kepada pemahaman mengenai haiwan peliharaan, sesi tersebut akan mengetengahkan tiga penceramah undangan yang merupakan pakar dalam bidang mereka dan bakal membincangkan pengalaman mereka daripada podcast terdahulu dalam siri ini.





Sesi Facebook Live Jumaat ini akan menampilkan Profesor Bersekutu Dr.Puteri Azaziah Megat Abdul Rani yang merupakan pakar dalam bidang Penyakit Parasit Haiwan Peliharaan di Universiti Putra Malaysia, Dr. Timothy Cheng, pelatih pakar ortopedik bersama Universiti Malaya dan doktor veterinar Dr. Natasha Lee yang juga perunding kebajikan haiwan bebas.




Setiap penceramah undangan berkenaan pernah tampil dalam siri podcast dikendalikan oleh Royal Canin sejak pelancarannya pada bulan September. Terdapat lapan episod dan salah satunya bertajuk  – “Take your Cat to the Vet” – yang menekankan kepentingan lawatan veterinar untuk kucing peliharaan.


Menyedari keperluan terhadap pengetahuan penjagaan haiwan peliharaan yang lebih baik dan peningkatan bilangan pemilik haiwan peliharaan di seluruh dunia dan di Malaysia, Royal Canin  tampil untuk menangani masalah berbangkit dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan.


Dr Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat, Royal Canin Malaysia memberi pandangan mengenai kepuasan dalam mengendalikan podcast ini: "Dalam menyebarkan pengetahuan  tentang penjagaan haiwan peliharaan dengan lebih baik, ia bukan hanya akan memberi manfaat kepada pemilik haiwan peliharaan, malah kucing dan anjing peliharaan juga. Podcast tersebut membolehkan pemilik haiwan peliharaan memperoleh maklumat terbaik, ditunjangi oleh sains dan diperakui pakar dalam bidang ini.”





Beliau menyatakan bagaimana haiwan peliharaan sememangnya teman hidup yang penting untuk kebanyakan orang terutamanya dalam waktu yang tidak menentu.


"Kami melihat keperluan untuk membantu pemilik haiwan peliharaan yang mencari  lebih banyak pengetahuan mengenai haiwan comel berbulu kesayangan mereka, terutama apabila Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan kami gembira dapat menyalurkan maklumat ini kepada pemilih haiwan,” tambahnya.


Podcast ‘Jom Talk Pets!' selama 30 minit itu boleh dilayari menerusi Spotify (https://spoti.fi/34BPVk2), Podcast Google (https://bit.ly/3bWU5GL), Podcast Apple (https://apple.co/3htTVI3) dan  www.royalcanin.my/jomtalkpets.


Untuk sesi Facebook Live Jumaat ini, layari laman Facebook Royal Canin (MY) atau klik https://bit.ly/jomtalkpetsfblive. Untuk maklumat lanjut mengenai Royal Canin, layari www.royalcanin.com atau Royal Canin Club App yang boleh dimuat turun untuk telefon mudah alih IOS dan Android.


Jangan lupa share info dan maklumat ini kepada rakan-rakan anda untuk haiwan kesayangan.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Bagus macam ni Bonde. Mana mana yang ada haiwan peliharaan wajib join ni.

    BalasPadam
  2. Anak dni berpisah dengan haiwan peliharannya arnab akhir tahun lepas. Sekarang tengah bela kucing. Happy betul dia

    BalasPadam
  3. bagi peminat kucing memang digalakkan menyertai podcast ini utk menambahkan pengetahuan.

    BalasPadam
  4. yang ada haiwan peliharaan dan nak tambah ilmu tentang haiwan, menarik ikut serta aktiviti mcm ni.

    BalasPadam
  5. Bagus ni bonde boleh join Podcast dan tambah ilmu mengenai haiean peliharaan.

    BalasPadam
  6. Bagus nie Bonda, tambah kalau yang minat haiwan tu.. harus kena join..

    BalasPadam
  7. Bagus ni. Especially untuk yang ada haiwan peliharaan kat rumah tu kan

    BalasPadam
  8. Kucing saya dulu.. Kalau Royal Canon suka sngat

    BalasPadam
  9. Bagus podcast macam ni sebab jarang ada, best for those pet lovers.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.