Petua Menghilangkan Keletihan Badan

Petua Menghilangkan Keletihan Badan Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai reader semua.  Bonde nak kongsikan dengan anda semua Petua Menghilangkan Keletihan Badan dengan menggunakan Limau Purut.  Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.  Dahulu petua ini selalu diamalkan arwah mak,  masa tu memang agak pelik kenapa bilik air dekat rumah ni bau limau... Masa tu ada juga bertanya dengan arwah Mak, ringkas jawapannya katanya sebagai ubat, itu sahaja.

Petua Menghilangkan Keletihan Badan

Kini barulah Bonde tahu... diusiakan empat siri sekarang memang kerap badan tak sedap, semua sakit-sakit bila pulang dari kerja.  Jadi Bonde kena amalkan balik petua ini...


Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut langkah di bawah ini:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.


Selamat Mencuba yea.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

8 PEMBERI ULASAN

  1. Suka mandi ngan air perahan limau purut sebab lepas tu rasa segar dan bau pun wangi, untuk perubatan Islam pun bagus..untuk elakkan anasir2 jahat dari singgah kat kita kan...

    BalasPadam
  2. boleh cuba nanti.. kena beli limau :)

    BalasPadam
  3. dlu sbulan sekali msti buat
    skrg ni x dan

    BalasPadam
  4. Thanks for the tips, its my first time get to know that mandian daun limau purut and limau purut boleh mengurangkan keletihan badan.

    BalasPadam
  5. harus dicuba ni bonda. terima kasih kongsi ^^

    BalasPadam
  6. Mesti segar lepas mandi tu kan. Bau dia je pun dah boleh buat kita rasa tenang dan segar

    BalasPadam
  7. wah...bagus ni..nanti boleh la try..Lagi pun badan lately ni rasa letih je

    BalasPadam
  8. CCL selalu try berendan dalam air limau purut . Memang badan jadi segaq

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.