Tiada perubahan terlalu sukar bagi Raja Buah Durian serendah RM0.66 semasa 6.6 Super Sale, peniaga beralih ke Shopee untuk menjangkau pengguna



Tiada perubahan terlalu sukar bagi Raja Buah   Durian serendah RM0.66 semasa 6.6 Super Sale, peniaga beralih ke Shopee untuk menjangkau pengguna Assalamualaikum dan Selamat Malam... Menikmati makanan di gerai tepi jalan dengan menjamah isi berwarna kuning lembut berkrim benar-benar merupakan satu pengalaman yang menarik. Musim durian sudah bermula tetapi aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat ini kini dilarang di Malaysia untuk membendung penularan wabak Covid-19. 



Tiada perubahan terlalu sukar bagi Raja Buah   Durian serendah RM0.66 semasa 6.6 Super Sale, peniaga beralih ke Shopee untuk menjangkau pengguna

Walau bagaimanapun, sekatan tersebut tidak melemahkan semangat penjual durian dan pengguna dengan beralih ke atas talian untuk mendapatkan bekalan Raja Buah yang berterusan. Shopee juga mengalami trend baharu serta menarik ini dan mendapati bahawa platformnya telah secara organik menarik petani yang menanam durian dari seluruh negara dalam pada mereka menawarkan D24, Musang King, XO, Hor Lor, Udang Merah dan banyak lagi atas talian. Ramai juga yang menjadi kreatif dengan kempen mereka sendiri seperti Duduk Rumah, Makan Durian untuk kekal relevan.



Covid-19 dilihat memberi kesan buruk kepada perniagaan dalam banyak sudut selain penjualan. Shan Cheng Durian yang biasanya menerima pelancong di ladang seluas 12 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang mendedahkan bahawa penularan virus telah menyebabkan pelancong untuk tidak lagi mengunjungi ladang tersebut. Kini, ketika mereka mencari cara baharu bagi menjual hasil tanaman mereka, mereka juga harus memikirkan kaedah inovatif demi memastikan durian yang dihasilkan kekal segar dan enak. "Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika melakukan penjualan atas talian. Kesegaran durian adalah salah satu daripadanya. Untuk memastikan pelanggan mendapat kualiti terbaik, kami mengumpul durian dari ladang pada waktu pagi, membuka dan membungkus semula ke dalam kotak serta menyimpan dalam bekas vakum sebelum penghantaran dilakukan pada hari yang sama. Dengan begitu banyak penjual atas talian yang bersaing untuk penjualan, ia bergantung kepada kualiti, perkhidmatan dan harga untuk memenangi hati orang ramai,” kata Leow E Shuen, Pengasas Bersama dan Pengurus Perniagaan Shan Cheng Durian Penang.



Bagi Mountain Cat Durian, penularan Covid-19 memberi impak kepada penjualan produk diproses seperti durian puff dan aiskrim durian sebanyak 50%. Ini disebabkan oleh permintaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang rendah daripada sektor bakeri dan konfeksionari, serta peniaga makanan dan minuman. Syarikat yang berpusat di Puchong ini yang mempunyai ladang seluas 20 hektar di Broga, Negeri Sembilan, juga mengalami cabaran kewangan daripada perbelanjaan overhed seperti pekerja dan komitmen kilang. "Dengan penjualan luar talian dan B2B kami terjejas ketika kenaikan tekanan kos, kami menyedari sudah tiba masanya bagi kami untuk meneroka model luar talian-ke-atas talian untuk mengekalkan perniagaan dan memastikan durian kami tidak dibazirkan. Sebelum menjual secara atas talian, kami hanya mempunyai beberapa pesanan dalam sebulan; tetapi sekarang di Shopee, kami menerima pesanan setiap hari. Keadaan semasa merupakan pembuka mata bagi kami - ini menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan pendekatan kami dengan mengabaikan dunia digital,” kata Ma Tuck Mun, pengasas Mountain Cat. Isi Musang King pada masa ini merupakan produk terlaris mereka di Shopee.




Shopee mendedahkan selanjutnya bahawa pencarian kata kunci untuk "durian" di platformnya juga mula menjadi trend, menandakan minat pengguna ketika musim durian bermula. Dalam usaha untuk membantu penjual durian mengekalkan pendapatan mereka dan rakyat Malaysia mendapatkan durian kegemaran mereka, Shopee akan menampilkan Shan Cheng Durian dan Mountain Cat, bersama dengan 500 penjual durian dan buah-buahan lain dalam 6.6 Super Sale yang berlangsung dari sekarang hingga 6 Jun 2020. Buah durian akan dijual dalam Jualan Kilat Shocking Sale pada harga RM0.66 dengan diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen.


"Kesan Covid-19 telah diterjemahkan ke dalam banyak aspek lain dalam kehidupan kita selain kesihatan. Ia telah menghalang kita daripada melakukan aktiviti kegemaran seperti merapatkan hubungan persahabatan dan kekeluargaan sambil makan durian. Namun, itu tidak bermakna kita tidak dapat menikmati durian atau memberi buah ini kepada orang yang kita sayangi. Dengan lebih banyak penjual durian yang menjual atas talian, rakyat Malaysia dapat membelinya daripada platform kami untuk dinikmati di rumah dengan selamat. Tambahan pula, penjual tempatan kita memerlukan sokongan berterusan demi ekonomi kita. Itulah sebabnya selain menampilkannya dalam kempen kami seperti 6.6 Super Sale, Shopee komited untuk memastikan platform kami adalah kos efektif. Kami juga menasihati semua penjual agar memastikan bahawa mereka dapat memenuhi pesanan - bekalan, pembungkusan dan logistik - sebelum menjual. Kami memahami bahawa ini mungkin agak sukar bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian dan disebabkan itu, kami menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Mereka dapat menghubungi kami di http://tiny.cc/shopeefresh dan kami akan menghubungi mereka,” nasihat Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Untuk penjimatan lebih banyak lagi bagi pelbagai jenis produk, tawaran bermula daripada hanya RM0.66; nikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 serta dapatkan baucar RM6 setiap hari pada 6.6 Super Sale ini.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Pergh durian pon skang dh masuk shoppee

    BalasPadam
  2. alahai...akak tak makan durian..hehe tapi tempoyak YES hehe

    BalasPadam
  3. Dapat jugalah merasa makan durian Jumaat ari tu. Hehhe

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.