13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker  Assalamuaikum dan Selamat Pagi, Hari ni kita telah berpuasa selama 24 hari di bulan Ramadhan, tinggal 6 hari sahaja lagi memasuki bulan Syawal tanda berakhirlah puasa tahun ini,  Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat islam dan ianya wajib diraikan selain Solat Sunat Aidilfitri, kita wajib menghiasi diri dengan pakaian baru dan 1 Syawal pula kita tidak boleh berpuasa... untuk meraikan hari Raya Aidilfitri tahun ini, marilah sama-sama kita cuba menu resepi yang mudah dimasak yang dikongsikan oleh pakar-pakar masakan menggunakan  Philips Pressure Cooker,  Kalau anda nak belajar menggunakan  Philips Pressure Cooker sudi-sudikan follow group FB  Kami Pengguna Philips Pressure Cooker  ada banyak ilmu memasak dan resepi sedap-sedap didalam group PPC untuk anda cuba.  Dibawah ini senarai 13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker untuk anda cuba dihari raya nanti.

13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri  Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker




1. Nasi Arab Ayam




Mudah je nak buat Nasi Arab Ayam ni dengan 3 langkah seperti saya tunjukkan pada gambar.



Langkah 1

Setkan mode chicken dan tekan start. Tumiskan bahan-bahan dengan rempah sekali (lid terbuka). Kemudian, masukkan ayam yang dah dibasuh bersih dan tambahkan sedikit air. Tutupkan lid, setkan valve pada seal dan biarkan masak ikut masa yang telah ditetapkan mode chicken tersebut.

Langkah 2
Dah bunyi beep, perlahan-lahan alihkan valve ke vent. Biarkan wap pressure habis keluar sehingga floater (floating valve) jatuh. Kemudian, buka lid. Kacaukan ayam dengan rempah ratus supaya sebati dan tidak mendap di bawah (untuk elakkan nasi mungkin boleh jadi hitam/berkerak). Kemudian, masukkan beras yang telah dicuci (kami guna beras Basmathi) dan jika kurang air, tambahkan sikit lagi (gunakan air panas supaya suhu panas PPC kekal stabil). Pastikan air tidak banyak ya, sukatan seperti masak nasi biasa (air rebusan ayam sedia ada tadi jika dah cukup dengan amaun beras sudah memadai atau tambah sikit sahaja lagi).

Kemudian, gaulkan beras dengan ayam dan rempah tersebut dengan senduk dan tutupkan lid. Setkan mode bake vegetable dan letakkan valve pada "bake" dan tekan button start (Nak letakkan valve pada seal pun boleh. Kami suka letakkan valve di bake sebab nasi lebih gebu dan lembut).

Langkah 3
Setelah bunyi beep, biarkan seketika. Biarkan pressure dan floater turun sendiri. Biarkan keep warm sendiri. Atau jika nak makan cepat (mungkin kesuntukan masa nak hidang), tak lama dah masak boleh buka lid. Jika masak di langkah 2 tadi valve diletakkan di bake, pressure/wap panas dah tak ada sangat, jadi lid memang akan terbuka beberapa minit selepas dah bunyi beep. Gaulkan nasi dan sedia untuk dihidang.

Untuk rujukan tambahan cara buat Nasi Arab Ayam Panggang dengan lebih lengkap dan perkongsian penggunaan PPC HD2139, tuan/puan boleh juga rujuk dan baca perkongsian daripada saya pada link bawah ini :

Nasi Arab :


Kredit : Mudah Urusanmu Salleh Wasik


2. Nasi Arab SaZu







Bahan-bahan untuk masak Nasi Arab :

- Beras Basmathi (cadangan)


- 500 gram daging (dipotong lebar 2 inci)

- 6 ulas bawang merah (kecil)

- 4 ulas bawang putih
- 1 inci 1/2 halis
- 1 kiub ayam
- Rempah Nasi Arab
- 3 serangkai rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)


Cara buat :


1.Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang/hiris halus.

2.Masukkan minyak dalam PPC, mode "beef" dan tumiskan bahan no. 1 tadi (tanpa tutup lid) bersama rempah Nasi Arab. Tumiskan hingga garing.
3.Masukkan daging dan 3 cawan air, sedikit garam...kacaukan dan rebuskan (tutup lid). Set kan valve pada seal.
4.Setelah selesai masa PPC, lepaskan pressure dan buka lid.
5.Masukkan beras Basmathi yang dicuci bersih dan tambahkan air seperti mana masak nasi biasa.
6.Kemudian, set kan bake "vegetable" dan pusingkan valve ke "bake". Biarkan nasi masak dalam masa 3 minit selepas pressure telah sedia.

*******
Bahan-bahan untuk buat ayam panggang (kami gunakan oven) :

- 2 biji bawang besar

- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 1 kiub ayam
- 1 mangkuk kecil lada kering
- 1/2 keping gula melaka
- 2 sudu gula putih
- 1 sudu garam

Cara buat :

* Semua bahan di atas dikisar sehingga halus (tambahkan sedikit air) dan gaulkan pada ayam yang telah dibersihkan. Lumurkan sedikit perasa jika mahu (ajinamoto).

* Perapkan selama 1/2 jam dan mula bakar/panggang menggunakan oven, air fryer, PPC atau apa sahaja cara yang sesuai/mudah.
*********
Bahan-bahan sambal cili + tomato :

10 btg cili padi merah dan hijau

4 batang lada besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci belacan
1/2 sudu garam
3 biji tomato
3 sudu gula
Air asam jawa

Cara buat :

1.Smuanya bahan di atas dicampurkan sekali dan dimesinkan (lebih kurang 80% sahaja...jangan halus sangat).

2.Ambil minyak lebih kurang 1 senduk, masukkan dalam kuali..panaskan minyak dan tumiskan smua bahan kisar di atas sehingga masak (pecah minyak). Sambil tumis..boleh rasa dan tambah garam atau gula jika tidak cukup rasa.
***********
Untuk ulam/bahan tambahan (pilihan) :

- Tomato dan timun dipotong dadu.

- Yogurt asli (rasa masam sikit) boleh beli di pasar raya.
- Cili hijau besar boleh diwapkan seketika di atas nasi yang telah masak.
- Lemon untuk hiasan dan penambah rasa.

Selamat mencuba.
Moga bermanfaat.

Kredit : Mudah Urusanmu Salleh Wasik


3. Sambal Daging SaZu




Bahan-bahan :
Bahan A
1 mangkuk kecil cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan B
1 biji bawang besar dihiris halus
1 senduk air asam jawa
1 senduk kicap manis
1 sudu besar gula melaka
Cara masak :
1.Semua "Bahan A" di atas dikisar sehingga halus.
2.Masukkan minyak dalam PPC, dah panas (kami guna bake chicken tanpa tutup lid)...tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
3.Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan dibasuh bersih (kami gunakan lebih kurang 400 gram). Kemudian, bubuhkan sedikit garam dan gaulkan.
4.Kemudian, tutupkan lid dan biarkan masak mode beef, valve seal.
5.Dah siap, buka lid, masukkan semua "Bahan B"...gaulkan dan tutup semula. Kami setkan bake chicken, valve bake sebab nak keringkan skit kuahnya.
Selamat mencuba.
Moga bermanfaat.

4. Sup Daging Kambing 




Saya gunakan mode beef.



Tekan button beef dan tekan button start (atau boleh juga guna mana-mana mode bake), buka lid...masukkan minyak...dah panas, mula tumis bahan asas seperti hirisan bawang putih, bawang merah, halia, 3 serangkai ; bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kemudian, masukkan kentang, masukkan air dan daging kambing yang sudah dibasuh bersih. Bubuhkan sedikit garam, kacaukan sikit dan tutupkan lid. Pusingkan valve ke seal dan tunggu sehingga masak. Setelah bunyi beep, biarkan seketika sehingga pressure dan floater (floating valve turun).

Atau jika nak cepat, setelah bunyi beep, boleh tekan button stop dan tolakkan valve ke vent perlahan-lahan untuk buang pressure/wap panas dan setelah floater turun, lid boleh dibuka. Masukkan daun sup, kacaukan dan boleh angkat sup untuk dihidangkan.


5. Nasi Kabsa Kambing PPC

(By Cik Kiah Kicen)

Bahan2:
1 kg daging kambing
6 pot beras basmati
6 pot air
Rempah tumis (cengkih, kayu manis, lawang dn pelaga)
1 biji bwg besar (dadu)
2 biji tomato (dadu)
1 btg carrot (dadu)
2 sdb rempah kabsa
2 sdb minyak sapi
Daun bay dn akar ketumbar.
Garam dn pati daging

Cara-cara:

panaskan minyak sapi ( 2137 : saute / 2139 : bake fish)

tumis rempah tumis dan daun bay, kemudian masukkan bawang , tomato, carrot. Goreng layu.

masukn rempah kabsa dan air.

masukan garam dan kiub pati daging. Kacau dan kemudian masukkan daging. Tekan off dan tutup periuk. Knob Seal.

2137 & 2139 : tekan beef kpt 40 minit, Tekan start. Habis masa biar sekejap sblm bebas wap dan buka tudung.

masukkn beras dan akar ketumbar. Tutup periuk knob seal.
2137 & 2139 : tekan rice atau Steam KPT 7 minit.

habis masa, biar sebentar dan bebas wap. Hala knob ke vent.

Nasi Kabsa Kambing sedia dihidang bersama salata dan salad.
.
SOS SALATA
.
Bahan2:
1 biji bawang
3 biji tomato
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
1 sdb garam
5 sdb gula
3 pokok daum ketumbar
1 biji lemon - perahan jus

Cara-cara:
blend semua bahan kecuali lemon
perah lemon dan hidang bersama nasi kabsa.

SALAD
Bahan-Bahan:
1 batang carrot
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 btg timun buang biji
1 sdb minyak zaiton
1 sdb jus lemon
Daun ketumbar
Garam
Gula.

Cara-Cara
πŸ‘©πŸΌ‍🍳 bahan2 potong dadu dan campur semua.

Kredit : Jamaliah Ali


6. Kari Kambing PPC



1. 1kg Mutton perap dengan bwg putih dan halia blend



2. 6 Bwg merah blend dan satukan dengan (no. 3)


3. 2 paket Rempah kari ayam/daging (cap O) babas pun OK
4. Kerisik 1 paket kecil
5.1 biji Bawang besar hiris
6. Rempah 4 sekawan
7. Daun kari
8. Daun pandan simpulkan
9. Serai 2btg ketuk
10. Ubi kentang 3 biji (saya belah 2 sebab risau kalau dia akan pecah dalam tu)
11. Santan
12.tomato 2 biji
13.garam secukup rasa dan sedikit gula melaka

Cara-cara :

Set saute high temp
Letak minyak sikit, tumis
5,6,7,8 dan9..
Nmpk macam layu bubuh rempah kari, Agak2 dah mengelegak mcm keluar minyak (sy tekan saute tu 2x) sy masukkan semua bahan yang tak masuk lagi. Tutup penutup,set meat 20 minutes valve seal.. Lepas siap saya tutup suis dan tunggu sampai Agak2 wap tak terpercik baru sy pusing ke vent.. Tabur daun ketumbar dihiris halus

Harap membantu..


Kredit : Suraya Hanim Jrm Kulim



7. Nasi Arab Kabshah Kambing & Ayam version sihat (tanpa minyak)





3 bijik bawang merah dipotong 4
5 ulas bawang putih
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
buah keras
daun selasih/basil
daun ketumbar
daun salam
kuib ayam 1
garam
rempah HEXA kabshah kambing 2 sudu besar
1 biji tomato potong dadu 4
ayam sekor potong 8
kambing 3 ketul
(masak bahan ni dulu sblm masuk beras. semuanya campak2 shj dn kacau)
air 4 cawan (cawan yg ukur beras)

lepas dah masak masukkan beras
bahan2
beras basmati 5 cawan

Kredit : Nor Aziz


8. Menu : Rendang Pedas Ayam




Model : 2139
Mode : chicken/duck
Kpt : auto 15
Valve : seal
Utk keringkan rendang
Mode : bake fish
Kpt : tiada ketentuan, ikut kadar kering yg anda suka
Valve : bake @ open lid boleh jgk

Resepi atas permintaan
Rendang Pedas Ahku

1. 1 ekor ayam
2. 2 bj bwg besar
3. 5 ulas bwg putih
4. 2" halia
5. 1" lengkuas
6. 4 btg serai
7. 1" kunyit hidup
8. 2 senduk pes cili ppc
9. Santan pekat
10. Daun kunyit
11. Garam
12. Gula
13. 1 cwn kelapa parut

Cara-cara :

Blend bahan-bahan no 2-7 hingga lumat dan halus.



Masukkan ayam, pes cili, santan, kelapa parut, hirisan daun kunyit, bahan blended ke dalam pot.

Pastikan santan pekat berada di bawah paras ayam. Jangan hapus, nanti rendang susah nak kering.

Tekan mode chicken / duck 2139 atau meat / poultry 2137. Masa 10 min kalau ayam potong kecik. Kalau potong besar 15 min.

Valve pada seal

Tamat masa, lepaskan wap, keringkan rendang guna mode bake fish. Open lid.

Atau letak jer lid tanpa perlu dikunci utk elakkan rendang terpercik sana sini.

Kalau guna santan kotak, masukkan ½ cwn minyak masak dalam santan. Baru rendang akan cantik.

Masukkan garam apabila kadar cecair dlm pot sudah mula mengurang. Jgn lupa kacau sekali sekala utk elakkan rendang hangit.


Kredit : Noorhayati Mohd Husaini

9. Kari Daging PPC 




Sebelum adik-adik akak tanya, ni akak payungkan skit kat sini, Cara akak ya...Cara org lain maybe tak sama...



1. Setkan ppc 2139 pada mode beef mutton, start.


2. Bubuh minyak, bila panas tumis bahan-bahan.

3. Bila bawag layu (tak tunggu garingpun, asal wangi cukup. Ala-ala saute cara omputih he...) masukkan serbuk kari dan kacau rata. Bubuh air panas sikit bag i kari sebati elok.

4. Masukkan daging dan ubi.

5. Tutup lid, valve seal.

6. Siap bunyi beep, off ppc, vent kan wap. Bukak lid.

7. Masukkan santan pekat setakat mn yg awak suka. Nak byk kuah leh tambah air panas. Jgn buh air sejuk, nnt suhu menurun.

8. Sambung masak guna butang bake (mana pun boleh,) bubuh kerisek, perasakan dengan garam dan gula. Tunggu santan didih sekejap. Siap didih, off ppc. Tutup lid, tolak valve pada seal. Dgn cara itu kari awak akan tetap panas sampai ke petang. Selamat mencuba....



Kredit : Noorhayati Mohd Husaini

10. Resepi Daging merah





Daging merah

Model 2139

Mode beef (kpt 30)

Valve seal

Bahan

Daging

Pewarna merah

Bawang besar
Halia
Bwg putih
Cili burung
Sos cili
Sos tiram
Sos ikan @ nampla
Gula perang
Kacang panjang
Karot
Tomato


Cara


Rebus ketulan daging degan pewarna merah 30 min

Hiris kecik, kemudian goreng

Mode bake fish (kpt auto 15 min)

Open lid



1. Tumis bwg2 dan halia, masukkan cili burung


2. Masukkan sos cili, sos tiram, gula perang.



3. Masukkan daging, semua sayuran dan nampla.
Siap

# suami x suka sos tomato, so akak x buh. Kalau anda suka rasa masam, boleh tambah sos tomato...

Kredit : Noorhayati Mohd Husaini

11. Asam Pedas Tetel Power





Bahan-bahan blend:


bawang besar 2 biji @ bwg kecil 4-5 biji
bawang putih 4 ulas
halia
lengkuas
kunyit hidup (Tak nak letak tak pe..tapi letak lagi πŸ‘
cili kering yang dah direndam@rebus
1/2kg tetel + 1/2 tulang lembu (tak nak letak tulang boleh je campur dengan daging lembu)
Serai di ketuk
Daun limau purut
Daun kesum
Tomato utk hiasan

Cara masak:

1st sekali saya on dan tekan SAUTE HIGH TEMPT dan tekan START untuk menumis

Minyak da panas masukkan bawang hiris, bawang putih hiris, halia hiris (untuk naik bau je)

Lepas dah naik bau masuk bahan blend tunggu sampai dah nak garing masukkan serai.

dah garing dan pecah minyak masukkan gula dan air asam..gaul lagi smpai sebati

masukkan tetel+ tulang yang dah di basuh beserta daun limau purut dan sedikit air

cancel SAUTE HIGH TEMP >TUTUP LID>VALVE KE SEAL>TEKAN PRESSURE COOK>PILIH MEAT>TEKAN START

after beep cancel n release pressure n bukak lid, set semula SAUTE HIGH TEMPT dan tekan START untuk step seterusnye

dah mendidih masukkan air sikit demi sedikit..jangan cair ye

masukkan garam, ajinomoto, daun kesum kacau smpai sebati..kemudian rasa..n last skli masukkn tomato..

Senang dan simple sahaja..saya kalau nak cepat garing lada tu saya tutup dengan penutup( Tak payah lock,letak gitu je n kacau sekali sekala)

Kredit : Sarra Ahmad Kamal


12. Resepi BBQ daging/kambing/ayam





1. Mode Bake Chop- KPT 30minit (tanpa air)

Valve dekat Bake.
sapukan marjerin sebelum masukkan perapan.. (saya letak 6 keping kambing).
(boleh bukak tutup untuk terbalikkan kambing/ayam)

2.10 minit terakhir baru masukkan sayuran.

Juicy,sangat lembut dan cepatπŸ€ͺ

Kredit : Suziane Suhaimi


13. Resepi Beriani




Bahan2:

7 pot beras basmathi (1 kilo)

8 pot air

2 sdb minyak sapi
1 sdb Minyak biasa
Garam
2 ketul pati ayam
1 cawan Daun ketumbar
1 cawan Daun pudina
2 biji tomato (potong baji)
Pewarna kuning
Daun pandan (simpul)
1/2 tin susu cair
Bawang goreng
.
Bahan hiris dn tumis:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
Rempah tumis 4 sekawan ( kayu manis, pelaga, cengkih dn lawang)
3 sdb rempah beriani (rempah beriani dari @rempahratusmaksiti )
.
Penyediaan:

mode stirfry/saute panaskan minyak sapi dn sedikit minyak.
tumis rempah 4 sekawan dan kemudian bahan hiris serta daun pandan goreng hingga sedikit layu.
masukkan rempah beriani yg dijadikan pes (campur sedikit air)
goreng sehingga pecah minyak.
masukkan separuh daun ketumbar, separuh daun pudina dan tomato, kacau rata.
masukkan air dan susu. Diikuti garam , pati ayam dan sedikit gula (jika suka).
masukkan beras, kacau rata dan off stirfry/saute.
tutup dan lock lid, set masa masakan 7 minit. ( Steam/manual utk Philips / Low Pressure utk Noxxa lama : Rice utk Noxxa baru)
habis masa bebas wap dan buka, buat bbrp lubang guna chopstik dan masukkan pewarna. Jika guna saffaron (rendam dahulu) dan curah saja atas nasi.
masukkan sebahagian lagi daun pudina dan daun ketumbar serta bawang goreng.
tutup semula dan biarkan keep warm selama 10-15 minit.
kacau perlahan dan sedia dihidang. Siap.




DAGING BERIANI
By Cik Kiah Kicen

Bahan Asas:
1 1/2 kilo daging
1/2 cawan rempah beriani @rempahratusmaksiti
1 cwn sos cili
1/2 cwn tomato puree
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
3 biji tomato
1/2 cwn bawang goreng
1/2 cwn susu cair
Garam & gula
Minyak sapi atau minyak biasa

Bahan Kisar & Tumis:
10 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia
6 biji cili hijau
Rempah tumis - kayu manis, pelaga, cengkeh & lawang

Penyediaannya:


mode stirfry/saute , panaskan minyak.

tumis bahan kisar dan remoah tumis hingga naik bau.

masukkan rempah beriani dan goreng. Tambah sikit air supaya rempah tak hangus.
masuk tomato puree, sos cili, daun pudina & ketumbar. Kacau rata.
masukkan daging , kacau dan tekan OFF/CANCEL.
close lid, set masa 15 minit pressure. (Noxxa HP15 min, philips cari button yg boleh set KPT 15 min)
habis masa bebas wap dan set stirfry/saute semula.
masukkan tomato, bawang goreng, susu cair , garam & gula.
masak hingga kuah memekat. Kacau sekali sekala.


Tips:

 masa pressure 15 minit saja sbb nanti daging keluarkan air, jd akan perlu masa utk keringkan kuah. Jd daging akan lembut perlahan2. Jika terus set masa 30 minit, bila nak keringkan kuah , daging akan hancur sbb lama sangat masak.

 jika nak cepat lepas daging dah pressure 15 minit, pindahkan ke dapur biasa dan keringkan kuah atas dapur biasa saja. Guna PC amik masa lama nak keringkan kuah.

 daging potong kasar2 sikit supaya tak la kecut sangat nanti. Ala macam kat kedai2 jual tu.
 kita tak detailkan setiap step periuk sbb memasing by now shud know periuk masing2, knob kat mana, bila masa nak buka penutup, kang bagi satu model piyok, model2 piyok yg lain menyahut plak πŸ˜›. Pening acik.
 last sekali UTAMAKAN KESELAMATAN. Pressure cooker sangat membantu tp dlm masa sama amat merbahaya jika tidak dikendalikan dgn tatacara yg betul. Keselamatan keluarga anda terletak dibahu anda.
 utk resepi2 yg lebih banyak dan tips2 menggunakan PC, boleh dapatkan buku resepi periuk tekanan cik kiah kicen, wasap num CKK πŸ‘‡πŸΌ


ACAR RAMPAI
By Cik Kiah Kicen
.
Bahan-bahan:
1-2 biji bwg besar (potong kasar)
5 ulas bwg putih (belah dua)
1/2 inci halia (mayang)
3 tangkai cili merah ( hiris panjang)
3 tangkai cili hijau (hiris panjang)
2 batang carrot (potong mancis)
1 batang timun (potong mancis)
1 sdb biji sawi
1 sdb serbuk cili @rempahratusmaksiti
1 senduk cuka
Garam & gula
Sedikit minyak
.
Penyediaannya:


panaskan minyak, tumis bwg besar, bwg putih, halia dan biji sawi.

masukkan serbuk cili dan gaul rata.

masukkan semua sayuran dan gaul rata.
masukkan cuka, garam dan gula. Siap.

.
TIPS:

 nak masak acar rampai ni CKK guna dapur biasa saja. Sebab lebih mudah nak kacau. Jika nak guna pc pon boleh, mode saute/stirfry saja.



 jika suka boleh letak telur rebus atau telur puyoh. Meriah gitu acar nanti.

 jika nak letak bahan-bahan lain boleh jer atau jika tak de biji sawi pon tak pe. Kot nak ganti bijan pon boleh.

 untuk resepi-resepi yang lebih banyak dan tips-tips menggunakan PC, boleh dapatkan buku resepi periuk tekanan cik kiah kicen, wasap num CKK πŸ‘‡πŸΌ


Kalau berminat nak beli buku resepi Cik Kiah Kicen boleh whatsapp number dibawah :
.
.
.
Pesanan ini disampaikan oleh Chef Ir. Cik Kiah Kicen.
.

Kredit : Cik Kiah Kicen

Ini lah 13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri  Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker, Moga bermanfaat untuk semua.. sedap-sedapkan menu diatas. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Mencuba resepi-resepi yang telah dikongsikan.



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. tengah survey pressure cooker and air fryer ni

    BalasPadam
  2. Aduh menggoda sungguh semua tu bonde. Bila la boleh masak ni huwaaa

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum bonda datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    Lama tak bertandang kat sini, semoga bonda sihat sekeluarga.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    BalasPadam
  4. Terima kasih berkongsi resepi...memudahkan.

    BalasPadam
  5. uitt...terliur tgk nasi arab sbb bulan puasa tahun ni tak makan lagi nasi arab..tunggu lepas raya la kot

    BalasPadam
  6. Terbaik resepinya...cikguzim follow sini ya

    BalasPadam
  7. Best nya! InshaAllah akan cuba juga resepi-resepi ni nanti..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.