Mencuba Dalgona Coffee Viral

Mencuba Dalgona Coffee Viral Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Bonde rasa teruja dan nak mencuba Dalgona Coffee Viral, disebabkan Bonde tak minum nescafe Bonde tukar Coffee Essenso sebagai gantinya.



Mencuba Dalgona Coffee Viral 



Resepi Dalgona Coffee


Bahan-bahan:


1 Kotak susu dutch lady

1 stick coffee essenso ( bersama 2g )

2 sudu gula 

2 sudu air panas  

Kiub ais secukupnya

Semua bahan di atas Bonde kena buat untuk tiga gelas untuk Bonde, Kanda dan Cik Fatin jadi bahan-bahan tersebut kena gandaan 3 = 6 sudu semuanya.  untuk resepi ini Bonde guna 3 stick coffee essenso.

Cara-cara:

1. Ambil jug, campurkan serbuk coffee essenso, gula dan air panas. 

Bonde menggunakan stand mixer, mix sehingga adunan coffee tadi kelihatan pekat dan likat. 

2. Ambil gelas, letakkan ais didalamnya dan tuangkan 
susu dutch lady
.
3. Selepas itu, tuang adunan coffee yang di mixer tadi.

4. Kacau dulu sebelum diminum jika manis anda boleh tambahkan susu lagi ikut kesukaan anda.


Tips :
jika tidak suka manis anda boleh kurangkan sukatan gula atau lebihkan susu.. rasa dalgona coffee akan jadi lebih creamy..

Selamat mencuba 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

21 PEMBERI ULASAN

  1. kita pun guna essenso. hahaha tak ada yang coffee serbuk biasa tu. boleh lah

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam. Nyummmy 😘

    BalasPadam
  3. Kita tak minum coffee2 ni. Kalau dapat buat milo, nak juga rasa. Tapi ntah bila nk cubanya. Hee

    BalasPadam
  4. suke tgk orang buat tapi tak suke minum since i'm not a fan of coffee.

    BalasPadam
  5. Sedap Kan...setakat no saya x penah buat. Anak yg buat dh berapa Kali Tah utk mama dia ni

    BalasPadam
  6. Disebabkan tak minum coffee saya buat guna milo. Sedap jugak

    BalasPadam
  7. aida nak cuba nanti dalgona nescafe & dalgona milo.
    ari tu gi Mydin, beli nescafe pek kecik. rinduuuuuu nes tarik, bonde.
    biasanya num kat kedai. kat rumah x beli nescafe pun.
    ni dah PKP sampai 6 minggu, terpaksa beli pek kecil.

    BalasPadam
  8. dh try juga dalgona coffee viral ni..tp tula tk bole minum sgt coffee sbb nanti susah nk tido ..so aritu try buat dalgona milo plak

    BalasPadam
  9. Tak pernah cuba sebab sis tak suka susu dan kopi. Ada yang kata rasa cam kat starbucks kan. Peminat kopi harus cuba!

    BalasPadam
  10. ramai cakap sedap dalgona ni.setakat ni masih belum terjebak. hehe

    BalasPadam
  11. Telan air luar kita masuk nengok, sedapnyaa...hartu gi uma Mak, suruh adik buatkan memang sedap gilee..arghh nak buat gak laaaa

    BalasPadam
  12. I liked dalgona coffee. Tiba2 terkenang kat Jung Il Woo. Hehehe.

    BalasPadam
  13. Dah Cuba juga tapi guna kopi low calorie. Nesc mmg tak ngam dengan badan. Pastu ade resepi sihat juga boleh buat ala2 dalgona ni

    BalasPadam
  14. Saya pakai essenso juga. Rasa lagi kaw dan pekat cuma za guna gula perang dan sukatan 1 sudu je.. Hihi suka rasa pahit dari manis

    BalasPadam
  15. Nad tak buat lagi..tengok sedap..aumm..nanti nak cuba juga la..hehee..memeleh pulak tengoknyaa

    BalasPadam
  16. Dah rasa kawan opis buatkan tapi masa tu ais dah air. Kurang la enaknya. Bella blom buat sendiri lagi. Tnggu dtg seru nanti kita buat. Hehe.

    BalasPadam
  17. Semua orang dah cuba dalgona coffee ni. I je yg tak cuba lagi! Sedap nampaknya tu yg bonde buat! minum pakai straw lagi feel!

    BalasPadam
  18. bonde, kebetulan semlm anak2 buat dalgona milo.
    kurang jadik sebab diorang belasah buat sendiri tak tunggu aida!
    hari ni nak buat dalgona nescafe plak, bonde. tgk la nanti.
    kalau jadik, ada la content nyer kat blog ha ha ha ha...

    BalasPadam
  19. nampak best betul dalgona ni. Tapi tak tau la kita nak cuba nya bila. Sbb kena campur susu kan. Susu tu kita pun xminum. Haha

    BalasPadam
  20. Anak kak pernah buat Dalgona Coffee ni tp kak tak suka minum manis

    BalasPadam
  21. nampak macam mudah, nak cuba buat tapi tengok ramai org cakap penat kocak kopi tu sampai jadi foam. hahah Kene kumpul tenaga dan mood sebelum buat ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.