Comfy Foot Hell Support



Comfy Foot Hell Support Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari... Hai reader semua.  Baiklah anda ada masalah sakit tumit tak? Kalau ada boleh lah cuba beli Comfy Foot Hell Support ni!

Kebanyakkan kasut Bonde beli sekarang memang jenis yang Comfort Support bukan apa, kalau jalan tak ada jenis comfort ni memang akan cepat sakit kaki, maklumlah... dekat tempat kerja memang kerap berjalan walau pun dalam pejabat akan ke kaunter hadapan dan ke mesin fotostat dibelakang maklumlah work station Bonde berada dekat tengah-tengah dalam pejabat, jadi memang kalau dekat pejabat pun akan banyak jalan.

Hari tu masa pergi Padini Fatin nak beli kasut ada promosi kalau beli dua harganya lebih murah tak silap Bonde dua pasang harga dalam RM 75.00.  Jadi kena kongsi belilah gamaknya (fatin dapat sepasang dan Bonde dapat sepasang).  Bonde tertarik dengan kasut sarung dekat bawah sesuailah kalau nak pakai dengan skirt atau seluar slack ke pejabat pakai kasut ni, akan tertapi tapak kasut ni agak flat/rata.  Memandangankan Bonde memang tak boleh pakai kasut yang flat/rata sebab tumit akan jadi sakit.  Sebelum gunakan kasut tu Bonde kena ada pelapik letak kat dalam kasut baru selesa nak jalan lama dan berdiri lama tak ada masalah.


Comfy Foot Hell Support



Pencarian Pelapik Kasut Pun Bermula....

Bonde singgah semua farmasi popular yang ada dekat dalam Mall untuk dapatkan Comfy Foot Hell Support yang murah dan selesa.  Tapi tak jumpa ada tapi harga sangat mahal.  Macam tak mampu pula nak beli... 


Akhirnya Bonde terjumpa Comfy Foot Hell Support ni, dekat Farmasi Wellness dekat Alamanda Putrajaya berharga RM 15.00 untuk sepasang.  Jadi Bonde beli dan gunakannya.


Materialnya getah, lembut dah sejuk, memang selesa bagi Bonde pakai Comfy Foot Hell Support ni letak dalam kasut.


Bagi Bonde untuk harga dan keselesaan guna Comfy Foot Hell Support yang ni, memang bagus dan tak sakit tumit kalau pakai. 

6 Punca Masalah Sakit Tumit Kaki adalah :


1. Plantar fascitis: Keradangan pada tisu yang dikenali sebagai plantar fascia disebabkan stress yang kronik kepada kaki. Aktiviti berjalan dengan satu jarak yang jauh boleh menyebabkan perkara ini.

2. Calcaneal spur: Tumbuhnya tulang yang tajam pada tulang kalkeneal.

3. Ia mencederakan tisu disekeliling tulang tersebut ketika pesakit mula berjalan Pad lemak pada kaki yang mengecut(Fat pad atrophy)

4. Sindrom terowong tarsal: Ia disebabkan penghimpitan saraf tibial didalam terowong tarsal. terowong tarsal terletak pada buku lali bahagian dalam.

5. Keretakan pada tulang kalkaneal disebabkan stress yang berulang Ketumbuhan pada tulang

Rawatan yang selalu dilakukan adalah lebih kepada rawatan sokongan dan mengurangkan faktor risiko supaya pesakit dapat mengelakkan daripada kesakitan itu berlaku.  Kalau Boleh Bonde tak nak buat pembedahan takut risiko selepas pembedahan lagi parah Doktor pun cakap tak semestinya kalau buat pembedahan ia akan baik sepenuhnya.

Bermaksud pesakit perlulah mengurangkan aktiviti ataupun mencari cara untuk mengurangkan stress pada tumit kaki. 

Dengan menggelakkan dari membuat aktiviti atau senaman yang mengunakan kaki seperti berlari, joging, hiking. Doktor pakar sarankan Bonde mengamalkan aktiviti seperti berbasikal dan berenang untuk mengurangkan stress pada tumit kaki.

Selain itu, Bonde kena mengurangkan berat badan, Bonde ada terbaca jika 1 kilogram berat dapat dikurangankan ianya bersamaan 4 kilogram bebanan dapat dikurangkan pada lutut dan kaki.. betul ke ni? jom turunkan berat badan.

Setiap malam nak tido memang akan gunakan kusyen lembut untuk alas pada tumit kaki. 

Sentiasa menggunakan sliper lembut ketika di dalam rumah

Dan gunakan kasut yang sesuai dan jenis comport, jika beli kasut yang biasa letakkan pelapik yang lembut didalam kasut tersebut.

Sekian sahaja perkongsian Bonde Kalau anda berminat nak cari Comfy Foot Hell Support pergi beli dekat Wellness Farmasi yea.

Baca info berkaitan Kasut Myfeet disini.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sangat menarik. nak cuba cari lah ^_^

    BalasPadam
  2. menarik ni.
    nak mencari la.
    since sekarang aida da pakai flat shoes, ada benda ni, sgt membantu.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.