Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu

Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu Assalamualaikum Dan Selamat Petang, Hai reader semua... sudah makan tengahari ke tu, Bonde nak kongsikan dengan anda semua menu kesukaan Bonde.  Kalau nak tahu cara proses rebung anda boleh baca dekat link disini senang jer nak proses rebung buat sendiri lagi puas hati.


Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu 

Resepi yang ingin Bonde konsikan ini sangat mudah dah simple sekali.  Bahan pun tak banyak dan remeh.  Tapi tetap sedap he he he
              

Resepi Rebung Madu Masak Lemak Cili Api Bersama Perut Lembu

Bahan-bahan :

Perut Lembu yang telah dibersihkan dan direbus empuk
4 Sudu Cili Api yang siap dikisar
1 kotak santan 250 ml
sedikit perahan limau
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam bukit
sedikit air

Cara Memasak :

Masukkan perut lembu, cili api, serbuk kunyit dan sedikit air didihkan dengan api yang kecil bagi sebati kuah dengan cili api dan kunyit biarkan mendidih dan perut nampak lembut.

Selepas itu masukkan rebung dan santan biarkan mendidih lebih kurang dua kali dan masukkan perahan limau, garam bukit dan kacau-kacaulah kalau rasa sudah cukup masin di tekak anda. 

Lepas tu siap dah, Sedia untuk dimakan.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

13 PEMBERI ULASAN

  1. kena belajar dgn bonde ni cara masak rebung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer, tapi Bonde masak campak-campak ha gitu

      Padam
  2. sedap ni bonde..peberet kita ni..:)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tak sangka ramai peminat lauk macam nih, sedapkan nikmat makan tu tak boleh bincang ha ha ha siap bertambah nasi dan lauk

      Padam
  4. Sedapnya perut lembu..tapi kita tak makan rebung

    BalasPadam
  5. waalaikumussalam. rebung. my faveret ^_^

    BalasPadam
  6. masak lemak dgn rebung is ohsem, bonde.
    malangnya, asben aida x makan rebung :( sedih.
    tu yg tak pernah masak kat rumah.
    kalau ke restoran, baru amik lauk tu.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.