Hati Ku Yang Tercalar, Kisah Kemalangan Yang Berlaku Setahun Yang Lepas...

Hati Ku Yang Tercalar, Kisah Kemalangan Yang Berlaku Setahun Yang Lepas...  Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Reader semua, Kisah ini berlaku setahun yang berlalu, Tak kuat masa tu nak up dekat publish simpan lama dalam draf... Apa-apapun Alhamdulillah semuanya dah selesai.




Bonde hendak sharekan disini, kisah yang berlaku pada ahad yang lepas. Kejadian berlaku pada jam 3.30 petang selepas Bonde menghantar Cik Fatin untuk pulang ke asrama menaiki KTM di Station Nilai.  Petang itu cuaca sudah memberi tanda hujan bakal turun... kerana ada bunyi petir kedengaran.  Dengan pemanduan yang pelahan Bonde bersedia untuk keluar dari persimpangan mydinmart jalan di pekan nilai ni agak sebuk dari biasa memandang semalam adalah hari terakhir cuti Tahun Baru Cina bagi murid-murid sekolah.  Kenderaan ini juga rasanya banyak yang menuju ke AEON Nilai yang baru dibuka.

Di Permainkan Oleh Pemandu Kereta Kenari


Sebaik sahaja menunggu giliran untuk melintas ke seberang arah Kanan ke arah Salak Tinggi terdapat sebuah kereta kenari disebelah Bonde, Kenderaan tersebut juga ingin melintas dan membelok ke kanan. Ya Allah dalam hati berkata, kau dah kenapa pemandu kenari sepatutnya ko tunggu turn dibelakang bukan disebelah. 

Owner kenari tersebut memang jelas kelihatan agak tua juga umur sekitar 50 an dan dia main acah-acah nak keluar dahulu.  Pemandu Kenari kau dah kenapa??? Kau halang penglihatan aku tahu tak? (bisik dalam hati sambil jeling ) Bila kenderaan tersebut sudah keluar melebihi bonet hadapan, Bonde pon follow dia keluar sama.. Sebab dalam situasi kenderaan yang banyak macam ni kita kadang kena laju dan pantas untuk keluar memintas... tak akan ada istilah tunggu sampai kenderaan tak ada.  Entah kenapa Bonde keluar sama-sama kenari tersebut dan Bonde rasa Bonde akan lepas.  Sebaik sahaja keluar gedegang Allah apesal aku langgar kereta pulak ni??? tiba-tiba kenari tersebut seperti berada dibelakang dan Bonde dihadapan dah langgar kereta lain diseberang jalan.  Bila dah langgar, memang Bonde berhenti di tepi jalan dan bagi signal untuk berhenti tepi.  (tak tengok kereta lagi) terus ke belakang tengok kereta yang Bonde langgar.

Allah owner kereta tersebut pun keluar sama.  Dia tanya Akak tak nampak ke?? kan kereta banyak kenapa akak melintas jer... Bonde tak tercakap apa-apa surelah menggigil kakitangan , bibir pucat dan kering darah masa tu... katanya kereta dia teruk , Bonde pon nampak kereta dia cuma kemek, lepas tu...

Yang buat Bonde rasa marah sangat, pemandu kenari tersebut boleh tujah-tujah jari dia kearah Bonde  dan menjerit-jerit cakap Bonde gelojoh, tak menyabar.. dia gelojoh, dia gelojoh.. Ya Allah naseb masa tu tak keluar ayat dari mulut ni tau. (rasa memang nak carutkan aje orang tua ni) Kau nak lindung kesalahan kau, kau tuduh aku pulak eh.. dahlah jem tengah-tengah pekan tu dek kemalangan kecil yang berlaku antara kereta Bonde dengan Kereta lagi satu.  Pemandu kenari tadi tak berhenti-henti menuduh dan bertalu-talu salahkan Bonde dengan ayat gelojoh dia tu.  Kalau tak kerana kau punca segalanya.  Lorong keluar satu lorong jer dekat situ, tapi ko buat dua lorong!!!! Kau acah-acah nak keluar hingga tutup pemandangan aku yang nak melintas nih!! memang kecoh pemandu kenari ni... geram sahaja Bonde dengan perangai dia... sanggup dia parking jauh, jalan kaki nak herdek-herdek kita depan orang ramai... Huhhh malu tahu tak??? sedih rasa nak nages jam tu juga... dan dok menahan marah dengan pemandu kenari tu... Dia pandai-pandai pula ajar pemandu yang Bonde langgar tu agar pergi balai, pergi balai ishhh rasa nak t***** jer mulut pemandu kenari ni tau.  Tak sempat nak bincang apa dengan pemandu yang Bonde langgar, pemandu kenari ni dah sebok-sebok suruh kami ke balai.

Laju Masuk Balai


Masa kejadian tiba-tiba ada sebuah motor datang dan suruh kami gerak ke balai.. eh siapa pulak yang naik motor nih pepandai juga mengarahkan kami ke balai.  Lokasi kejadian dengan balai traffik lebih kurang jaraknya 100 meter.  Balai traffik tu dekat jer dengan tempat kejadian.  




Terus parking dekat dalam balai.. Bonde keluar tengok kereta Bonde dan hanya ada sedikit calar sahaja.. ( hati ini turut merasakan kecalaran itu sob sob sob ) Bonde pon pergi tengok kereta yang Bonde langgar tadi dan ambik gambar juga, Selesai ambik gambar kereta pemandu yang Bonde langgar.. Bonde terus di arah oleh lelaki yang naik motor tadi ke dalam balai dan buat report.  (ishh dia nih suka paksa aku.. tadi paksa suruh ikut sampai balai, ni suruh buat report pula. tak menyabarnya... aku ni masih trauma dengan kajadian tadi dia buat tak tahu pula. kaki ni macam dah tak boleh pijak tanah dia tak nak tanya pula aku ok ke tak??? isss serabut!!!!



Dalam perjalanan nak masuk ke balai tu... lalu sebuah wira ada dua orang didalamnya... pemandu tu bertanya kepada Bonde "Akak yang xcident tadi ke?? mana kereta Akak dia bertanya" Bonde dengan bengang tanya kenapa nak tau?? kereta tak apa-apa tak payah seboklah... ( haaa dah mula marah dah nihhh jadi tolong jauh) dalam kaki nak melangkah masuk ke balai. masa ni try dail no Kanda kot dapat sebab dia tak ada di Malaysia masa ni.. ada Ride dengan rakan pejabat ke Thailand... Bonde cuba naseb sahaja.. Alhamdulillah call dapat dan mungkin dan masuk sempadan Malaysia.  Sempat cakap dengan Kanda tentang apa yang belaku dan cakap dengan dia dekat sini diaorang ni paksa buat laporan.  Tanya Kanda perlu ke buat laporan ni?? masa tu talian tak berapa jelas.. jadi Bonde terus buat laporan. (Memandang memang sudah berada didalam Balai)


Buat Laporan Polis


Bonde ceritakan kejadian yang berlaku masa tu Pemandu yang satu lagi tu duduk dibelakang Bonde tunggu giliran untuk beri keterangan dia didatangi oleh pemandu wira tadi menghulurkan card "busines card" dia kata dia dari bengkel produa boleh repair kereta dia.  Sudah selesai Bonde di arah berjumpa dengan seorang pegawai lagi... dalam masa menunggu tu ternyiyang-nyiyang tau suara pemandu kenari tu... terdetik dalam hati dan ingatkan macam dah rancang kejadian ini.  Pemandu Kenari hilang... datang pula pemandu wira! memang ni semua macam plan dari pemandu kenari! saja buat kemalangan berlaku agenda dari budak-budak tarik kereta dan bengkel kereta atau road bully.

Ikut Prosedur,
Lepas buat report kena pula interview dengan Sarjan... macam -macam soalan dia utarakan, Ya Allah dengan tak banyak cakap masa tu Bonde terus sahaja mengaku yang kesalahan dari Bonde sebab langgar.  Sarjan tu pun tak banyak cakap terus bagi tahu, senang kerja dia kalau Puan dan mengaku ini kesalahan Puan kita kenakan saman ke atas Puan.  Baiklah kata Bonde, Ini petama kali Bonde masuk balai dan berharap kali yang terakhir juga.  Walau hati meraung tengah menanggis tapi tak ada air mata keluar mengalir (fahamkan perasaan tu).


Kesilapan Yang Bonde lakukan...



Anda tahu apa kesilapan Bonde??? Tak cerita gangguan dari Pemandu Kenari!  pada Sarjan yang menyoal siasat, Memang silap besar sebab tak cerita dengan Sarjan masa tu kejadian yang berlaku antara Bonde dengan Pemandu Kenari! masa dalam soal siasat dengan Sarjan sepatutnya Bonde ceritakan apa yang berlaku antara Bonde dengan Pemandu Kenari.  

Atas nasihat Kanda lepas ni, apa-apa berlaku jangan hiraukan orang lain yang menyibuk katanya! memanglah masa tu geram jer dengan Pemandu Kenari tu, Kanda kata Sarjan tu boleh siasat kes kemalangan antara Bonde dengan kereta yang satu lagi tu bukan atas kecuaian Bonde! tapi atas kesilapan Pemandu Kenari yang menghalang pemandangan Bonde dan sebenarnya dialah yang bersalah bukan Bonde.  Allahu termenung seketika!  Malam tu Kanda sampai dan kami bincang lagi sebab report polis sudah buat, saman kecuaian pun dah dikenakan pada Bonde. Jadi lepas ni Bonde kena alert dengan perkara-perkara yang Kanda bagi tahu.

Selepas Kemalangan berlaku... Sedih.. sedih.. sedih

Saman Kemalangan - RM 300 (Tak ada pengurangan)

Tak Bayar Saman - Kereta tak boleh renew roadtax

Insuran Kereta - Kembali kepada asal (0 NCD)


Bonde Trauma!


Giler tak trauma bila pegang stering balik, memang mula-mula rasa kaku... tapi niat dalam hati, Yang Allah permudahkan urusanku, mulakan dengan Bismillahirahmanirahim baca doa naik kenderaan. Kanda pon bagi semangat sama, Alhamdulillah boleh bawa kereta macam biasa dan kadang-kadang tu rasa cemas tu datang, Bonde cuba tenangkan diri... Doakan untuk Bonde tau , agar sentiasa dilindungi olehnya.


Doa naik kenderaan

Semua kes diatas telah selesai, Kes Pon Dah Close, Saman dan bayar, Roadtax dah renew...tapi hati tetap rasa tercalar! Kenangan tahun 2019 terpahat diingatan, selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya!


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

10 PEMBERI ULASAN

  1. Allah...kesiannya Bonde....sabar ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. geram bercampur marah macam-macam perasaan ada

      Padam
  2. Allahu.. kesian Bonda, kalau Kak Sue pun mengelabah juga. Jadi hilang punca kejap kan, geram pulak dengan abang Kenari tu.. Tak apa Bonda, kalau betul depa nak aniaya Bonda, biar Allah yang balas nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah Kak kiranya kesilapan sy tu berpunca dari pemandu kenari tu.. ishh geram jer kak

      Padam
  3. Bila terlibat dengan kemalangan kereta nak-nak kalau kita yang drive memang panik melanda. Mrs. A pun pernah kejadian tergesel kereta nih! tapi panik terus call husband bagi dia yang settle.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang call husband, tapi masa masa kejadian dia pulak jauh dan ambik masa kalau nak sampai.. first time jadi macam nih

      Padam
  4. Ya Allah...sabarnya la bonde ni..
    org cmtu, biasa sbb kita ni perempuan...
    cuba lelaki...silap2 penumbuk sampai...
    itu pembuli jalan raya namanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul berhati2lah kalau kat area situ, macam sendikit pun yea nak pekena kite kaum wanita ni..

      Padam
  5. kesiannya bonde.. bertabah ye.. mmg dalam dunia ni mmg ada jenis sengal macam tu. mungkin ada rezeki bonde ikut lain

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.