Novel-novel Yang Bakal Diadaptasikan Kepada Drama Tahun 2020

Novel-novel Yang Bakal Diadaptasikan Kepada Drama Tahun 2020 Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Bonde nak kongsikan dengan anda semua peminat-peminat drama adaptasi novel, antara  novel yang tersenarai mungkin ada novel yang anda telah baca dan tahun ini masanya untuk anda saksikan watak-watak dalam novel yang anda suka, benci tu keluar di dunia nyata.... 

Ada beberapa novel yang tersenarai dibawah ini memang novel kesukaan Bonde, tak sabar rasanya nak tunggu drama dimainkan di kaca televisyen.  Nanti Bonde update dengan anda yea... 

Novel-novel Yang Bakal Diadaptasikan Kepada Drama Tahun 2020



Sedang ditayangkan menerusi siaran Astro Ria - Isnin-Khamis 10.00 malam jangan lupa menonton.

Sinopsis : Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis Syamnurielmil

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan 'Aun Adwa'. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi... Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad... Dia mula naik angin!


"Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!"

"Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis."

"Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!"

"Clumsylah you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!"

Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi.

Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.

"Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!"

"This is the truth, princess..."


Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?


bermula 27 Januari ini di Slot Dramavaganza, Astro Ria dan RiaHD. Admin pun dah tak sabar nak tengok gandingan Sean Lee, Uyaina Arshad, Raja Azura, Rita Nadira, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Sinopsis : Jujurlah Nikahi Aku Penulis Umie Nadzimah

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama?

“Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”

Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.

AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?

“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin

“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif

Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.

Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.

“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin.

“Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.



Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?



Sinopsis : Bidadari Dari Syurga Penulis Syamnurielmil

Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di sykt abinya. Tanpa byk soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yg tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yg telah lama bekerja di syarikat abinya.

“Ada apa-apa lagi Bos Zakuan?”
“Ada. Tolong buatkan saya nescafe panas, kurang susu, lebih nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”

Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dgn ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Drpd nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya drpd melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... awak kena tolong saya satu hal.”
“Apa syaratnya? Nak tolong apa?”

Takut punya pasal, Marissa akhirnya bersetuju utk menolong Zakuan dgn bersyarat.

“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... ehemm... jgnn... hmmmm...”
“Jangannnn apa!!!”
“Jgn jatuh cinta dgn sayalah!”

Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sygnya... bidadari Zack itu milik org, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dgn milik org. Pulangkan balik pada ayah dia.”

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya wpun Marissa sudah mahu berkahwin?

Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.

Sinopsis : Bukan Kahwin Paksa Penulis Syamnurielmil

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia!

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.

Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?”
“Then you get your answer…”
“Jawapan?”
“That I love you too…”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai.





Sinopsis Manuskrip Cinta Penulis Syamnurielmil


Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.


Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It's okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!


Sinopsis : Bidadari Salju Penulis Mia Kiff

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga. 

Sinopsis : Bicara Cinta Penulis Missa J

Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”

“Nenda!!!


“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.


Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.


“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.


Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.


Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?


Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.


“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.


Anis dalam dilema.


“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.


Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?



Sinopsis : Sepi Tanpa Cinta Penulis Damya Hanna


' Ku tetap menanti selagi ada asa di sebalik rindu yang tegar... '


Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!


Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali..


Sinopsis : Town Hall Penulis Hasrudi Jawawi

Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.


Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?


Mesti semua tak sabarkan.... tunggu tau!  Kalau anda tertarik dengan sinopsis novel, tak sabar nak tau sambungan kisah novel tu, bolehlah anda cari novel tersebut dekat book store atau hubungi penerbit novel /terus ke penulis di page fb mereka... Penulis pun ada jual novel hasil karya mereka tau! 


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Banyaknya novel nak adaptasi ke drama, harap2 semuanya superb. Tapi baca novel lagi best kan. Hehe.

    BalasPadam
  2. Banyak jugak ye drama adaptasi novel ye bonde. Banyak2 novel Sepi Tanoa Cinta Damya Hanna tu je saya ada

    BalasPadam
  3. Allahu dah lama sungguh takda baca novel dan tengok drama melayu 😅

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.