Tahniah Tomok Di Atas Pembukaan Outlet Street Churros Di AEON Mall Seremban 2

Tahniah Tomok Di Atas Pembukaan Outlet Street Churros Di AEON Mall Seremban 2 Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Dekat sini ada tak peminat Street Churros?  Pertama kali Bonde makan Street Churros dekat IOI City Mall, selepas tu Street Churros terus jadi makanan kegemaran Bonde, Pantang ke IOI City Mall pasti Bonde akan beli.  Sedap tau! tak sah rasanhya tak singgah Street Churros,  Kalau sudah memang salah seorang peminat Street Churros memang tak dapat nak elak dari membeli betul tak?  Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang pembukaan outlet terbaru Street Churros di AEON Mall Seremban 2.

Tahniah Tomok Di Atas Pembukaan Outlet Street Churros Di AEON Mall Seremban 2



Untuk makluman anda semua, Outlet Street Churros yang dibuka di AEON Mall Seremban 2 ini adalah cawangan yang ke 17 di Malaysia, dimiliki oleh Penyanyi terkenal Tomok atau nama sebenarnya ialah Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.



Tahniah diucapkan di atas pembukaan Outlet baharu ini, Kalau anda nak tahu ada menu baharu yang diperkenalkan tahun ini ialah : 


Menu sediaada Street Churros adalah Stick Churros dengan pilihan perisa Chocolate, Cinnamon dan yang terkini adalah Taro dan juga Churros Fries dengan pilihan perasa Sour Cream, Tomato dan Seaweed.




Bonde memang sangat sukakan Churros Long Fries kerana Long Fries tersebut rangup dan rasa kentang yang sangat sedap lebih-lebih lagi dengan pilihan perisa sour cream, seaweed dan hot spicy.

Bergambar Bersama Pemilik Outlet Street Churros Di AEON Mall Seremban 2

Bonde berkesempatan bergambar dengan Pemilik Outlet Street Churros Di AEON Mall Seremban 2 iaitu Tomok.  Sebelum Tomok mempersembahkan lagu terbaharunya untuk semua pelanggan dan fans Tomok yang datang untuk mendapatkan street churros pada hari itu.



Selain menyanyikan lagu pada hari tersebut juga ada beberapa soalan yang perlu dijawab oleh pengunjung yang datang dan soalan yang betul akan berpeluang memenangi baucar street churros pada hari itu dan ada juga Pertandingan makan stress churros terbanyak,  Tahniah diucapkan kepada pemenang!



Tak sah rasanya kalau tak tapau bawa pulang street churros ni... Jadi Bonde pun tapaulah sekotak mini street churros untuk makan di rumah.





Sambil-sambil tengok Tomok menyanyi Bonde makan ice creame dulu dan street churros Taro nih memang sedap tau! harfuslah repeat banyak kali lepas nih!




Limited Edition Merchandise Signed By Tomok For Sale

Baiklah pada Majlis Perasmian tempoh hari, anda yang bertuah juga berpeluang untuk dapatkan Mug dan Tumbler edisi terhad yang ditandatangani oleh Tomok apabila membeli sebarang produk street chuross dengan harga yang sangat menarik iaitu Mug pada harga RM 9.00 dan Tumbler pada harga RM 19.00.


Yang paling menarik Tomok sendiri akan mengambil pesanan anda di kaunter! Hebat bukan? peluang sudah ada di depan mata... jangan lepaskan peluang untuk selfie bersama Tomok selepas itu!


Kami peminat tegar street Churros...

-Mini, SA dan Nora 


Sebelum balik sempat beli Long Fries ni untuk makan dalam kereta!  Baiklah next Bonde pasti akan repeat lagi! street churros sedap sangat!



Untuk info lanjut mengenai menu dan outlet street churros anda boleh layari laman web dan media street churros dibawah :

Website

Facebook

Instagram



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

18 PEMBERI ULASAN

  1. Memang sedapkan Churros ni bonde. Luar rangup dalam lembut je. Kena repeat beli ni

    BalasPadam
  2. Tahniah Tomok.. nampak sedap pilihan churos kat sini Bonda, puashati kan..

    BalasPadam
  3. Tahniah Tomok sebab luaskan lagi perniagaan. Sedap churros dekat Street Churros.

    BalasPadam
  4. Saya dah lama tak pergi churros street ni. tak sangka makin banyak cawangan dia. so far semua perisa saya dah rasa kecuali yang taro tu

    BalasPadam
  5. Suka makan dekat Street Churros ni sebab sedap! Comel sangat tumblr SC ni, boleh singgah nanti beli. Tahniah Tomok & isteri jadi owner one of outlet SC

    BalasPadam
  6. Tahniah Tomok di atas pembukaan Street Churros nie. SC memang lokasi kegemaran makan churros untuk Rawlins

    BalasPadam
  7. tak pernah merasa lagi churros ni..terbaiklah tomok.. banyak dah cawangannya.. semoga terus sukses..

    BalasPadam
  8. tahniah tomok! wah dah masuk dunia bisnes. tak pernah lagi saya makan churros ni. in shaa Allah nanti nak try lah :)

    BalasPadam
  9. tahniah juga buat tomok. semakin bertambah la ye outlet street churros ni di Malaysia. memang bagus sangat. dalam ekonomi tak berapa bagus pon diorang still boleh tambah outlet lagi.

    BalasPadam
  10. Walaupun Sis bukan pengemar Churos tapi yang ini nampak tertarik dan rasa ingin mencubanya, pakkal jauh lahaii...kat JB ni tak nak ke buka 1 kan...

    BalasPadam
  11. aduhhh pagi-pagi dah nampak churos ni. liez memang suka churos dekat street churos ni. tapi tak pernah cuba yang purple lagi. igt nak pergi cuba la nanti. Tahniah street churos dan juga tomok

    BalasPadam
  12. Ooo ramai jugak yg gi event ni ye. Patut la tengok ramai yg update pasal ni hehe..tahniah street churos atas pembukaan outlet yg je 17

    BalasPadam
  13. Sedapnya churros ni... Fav kita ya... Tahniah tomok atas pembukaan Street churros ni

    BalasPadam
  14. Tahniah dan syabas diucapkan pada tomok..churros ni mmg fav klu ke sini blh singgah

    BalasPadam
  15. Wahh.. Tomok pun dah start bisnes Street Churros. Bagus la gitu, jaminan masa depan kan. Lagipun Street Churros ni ramai gak yang suka. Kira pelaburan yang bijak la.. Good Luck Tomok

    BalasPadam
  16. Wah... Tahniah Churros! Yeahhh.. Pasni pi Seremban2 dah ada churros. Kita suka, kita suka!

    BalasPadam
  17. street churros memang sedap..kita suka tau..lagi yang ada aiskrim..pastu ade coklat..aum..lama tak makan..tahniah tomok sebab memilih churros sebagaiperniagaan

    BalasPadam
  18. Ni kedai tomok ke, sy pernah buat churros tak tak jd rasa rangupbtak sama dgn kedai. Nak rasa tapi jauh pula

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.