Bonde Zaidalifah: MENU AIDIL ADHA - SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR

MENU AIDIL ADHA - SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR

3:53 pm

MENU AIDIL ADHA - SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR Assalamualaikum Dan Selamat Petang...Tahun ini Bonde menyambut Raya Aidil Adha di rumah Kakak ipar di Puchong, Selangor.  Memandang tahun ini, Kakak ipar dan Abang ipar ada buat Qurban kami satu family bercadang beraya bersama-sama dirumah mereka di Puchong. Lepas kerja hari Selasa kami bertolak lepas Magrib dari Sepang ke Puchong. MENU AIDIL ADHA - SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR

Menu Aidil Adha tahun ini adalah semua telah dimasak oleh kakak ipar Bonde hanya tolong-tolong tengok sahaja.

Antara Menu yang disediakan oleh Kakak ipar adalah :

Nasi Impit, Rendang ayam, Kari ayam (bonde tolong kacau-kacau jer) ini untuk santapan pagi raya.  Sarapan untuk pagi raya adalah Bihun Goreng ( Bonde masak pada pagi raya).

Selepas solat Aidil Adha.. Majlis korban dijalankan dihadapan rumah Kakak ipar, Bonde lihat dari jauh sahaja.  Sebabnya segan nak dekat tak kenal sangat dengan jiran tertangga Kakak ipar dan Abang ipar.  (tiba-tiba jadi pemalu)

Lepas qurban dan sembelih selesai, Abang ipar bawa balik ekor, tulang rangka dan tulang gearbox dua ketul, untuk dijadikan menu makanan tengahari kami, Bonde di minta Kakak ipar masakkan sup tulang campur gearbox +ekor +tulang rusuk.  

Seronoknya... pi giant Putra Height beli bahan-bahan masak sup tulang gearbox +ekor +tulang rusuk tu...

SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR, SUP DAGING, SUP TULANG, PERENCAH SUP DAGING DAN TULANG ADABI, PERENCAH SUP DAGING DAN TULANG, DAGING QURBAN, DAGING KORBAN, MUNU AIDIL ADHA, RAYA KORBAN,

MENU AIDIL ADHA - SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR

BAHAN-BAHAN :

Bahan utama tulang gearbox, tulang rusuk dan ekor

2 batang lobak merah (potong serong)
8 inci halia (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang holan (dihiris kasar)
4 biji tomato
3 serangkai (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis)
Garam secukupnya
air ikut paras tulang gearbox, ekor dan tulang rusuk

1 perencah sup daging dan tulang adabi

SUP TULANG GEARBOX, TULANG RUSUK DAN EKOR, SUP DAGING, SUP TULANG, PERENCAH SUP DAGING DAN TULANG ADABI, PERENCAH SUP DAGING DAN TULANG, DAGING QURBAN, DAGING KORBAN, MUNU AIDIL ADHA, RAYA KORBAN,

PERENCAH SUP DAGING DAN TULANG ADABI

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH KICAP

4 biji cili api merah (dikisar)
4 biji cili api hijau (dikisar)
4 biji limau kasturi (buang biji dan kisar) 
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang merah(dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
4 sudu kicap
2 sudu gula
sedikit garam

Satukan semua bahan diatas dalam mangkuk kacau-kacau rata siap!

CARA MEMASAK :

Bersihkan tulang terlebih dahulu dan masukkan kedalam kuali bersama air. Sukatan air mestilah sama dengan paras tulang (dan tambah-tambah air). 

Masaklah sehingga daging empuk. 

Buka api sederhana sahaja supaya daging tulang masak sempurna jika ingin cepat empuk tutup kuali semasa merebus. 

Setelah daging dan tulang empuk, Masukkan bahan kisar (halia, bawang dan bawang putih, 3 serangkai, perencah sup adabi. Tambah air jika kuah meyurut. Masukkan lobak merah yang telah dipotong. Masukkan cili api akar sebiji-sebiji biar ianya pecah didalam sup, 

Setelah semua sebati dan lobak telah empuk dan masukkan garam, apabila rasa telah mencukupi, masukkan bawang holan dan juga tomato, kalau ada celery boleh masukkan juga, lebih sedap, Tapi tak dapat nak masukkan sebab kehabisan masa dekat giant tadi, 

Siap untuk dimakan, hidangkan ke dalam mangkuk bersama nasi impit dan taburlah daun sup dan daun bawang. 

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN