SPICY SEAFOOD RAMYEON DUBUYO PALING SEDAP!

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Haiii semua reader apa khabar, Sudah makan tengahari ke belum? Bonde nak tanya dekat anda semua, pernah makan dekat DubuYo @ IOI City Mall.

Pertama kali Bonde masuk dekat Dubuyo, Bonde menemankan Bos Bonde yang teringin nak makan makanan Korean.  Bos Bonde nak try makan dekat DubuYo.  Maklumlah suami Bos sama selera dengan Kanda selera orang Malaysia tak Boleh lari menu masakan Melayu.

Dapat Buku Menu. tak tahu nak makan apa, Lama jugak selak-selak buku menu dan buat pilihan nak makan Ramyeon, tanya dekat adik yang ambik order tu, sedap tak Ramyeon dekat sini, dia kata sedap... Oklah Saya nak Try Ramyeon ni.

Tada... tak lama lepas tu sampai Spicy Seafood Ramyeon


Satu set ni ada kimchi, ada macaroni, ada miso sop dan sayur coslow memang kenyang giler makan sampai habis.


Sedaplah Ramyoen ni... Sama macam makan mee maggi masa panas-panas tu.. menyelerakan kenelah dengan selera Bonde yang suka makanan panas dan pedas.



Spicy Seafood Ramyeon RM 19.00

Kalau pergi IOI City Mall nanti rasa nak makan bolehlah try makan rameyeon ni :

Dubu-Dubu (or DubuYo)
Lot NoLG44, Lower Ground Floor,
IOI City Mall, Putrajaya


Tel: 03-83280208

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

  1. tak pernah makan tempat nih..tapi kan ramyeon bonde tuh mmg nampak sedap!

    BalasPadam
  2. tak prnah pun lagi. nanti boleh la ajak khaleesi

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.