Cara Nak Buat Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Dah makan ke tu? Bonde nak kongsikan Cara Nak Buat Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik, Bonde paling suka makan Nasi Daging ni sebab kalau masak ni memang sangat mudah tak payah renyah-renyah nak masak lauk lain, sebab Nasi Daging ni sedap makan dengan air asam sahaja...
Cara Nak Buat Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik
Cara nak masak pun sangatlah mudah... jomlah Bonde tunjukkan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk masak Nasi Daging nih.
Bahan-Bahan Nak Buat Nasi Daging
500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi
Cara memasak :
Bonde masak mengunakan Philips Presure Cooker , Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
Seterusnya..Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu.
Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.
5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan Bonde tambahkan air sikit jer lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)
Masukan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata.
Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit.
Bahan-bahan untuk Air Asam
2 sudu kerisik
2 biji tomato (potong dadu)
7 cili akar hijau (dihiris bulat)
3 cili merah thai (dihiris bulat)1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawa
sedikit air suam
sedikit garam
Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik
Masukan semua Bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih.
Tip : tahap kepedasan air asam adalah boleh di ubah ikut selera jika suka lebih boleh tambahkan cili. bergitu juga tahap masin dan masam anda boleh jer adjust ikut citarasa anda tau!
Selepas 15 minit, masaklah nasi daging Bonde...
Gambar sebaik sahaja dibuka penutup PPC tu... Bolehlah sereh/gemburkan nasi daging yang telah siap dimasak... hidangkan bersama hirisan timun dan juga salad.
Selamat mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
23 Ulasan
Sedap ni bonde. Pressure cooker rumah ni lama tak jalan. Nanti boleh try resepi bonde ni. Tq tau
BalasPadamSedapnya bonde.. PC kat rumah dh lama berehat ni. Apa kata bulan pose ni kte suruh dia kerja.. hehe
BalasPadamSenangnya, dah boleh masuk list time buka puasa ni..nanti nak save ni resepi..makaseh Bonda..
BalasPadamhusband pernah masak juga menu ni ..cumanya part air asam tu kerisik tkde
BalasPadamYang tumis tu guna mode Bake ye? Nak try la sebab lama tak masak guna pressure cooker nie haha
BalasPadamBahan2 yang digunakan banyak juga. Nak try sebab nasi daging ni suami suka sebab dia orang utara. Air asam tu cuma tak pernah rasa yang ada kerisik.
BalasPadamSedapnya.. guna noxxa ke tu bonde.. Saya tgh explore noxxa.ni. Boleh try nanti
BalasPadamnasi daging ni memang all time favourite. haritu teringin sangat tapi takda daging saya guna ayam hehe
BalasPadamWoww menu baru yang kene cuba.. Tak pernh buat lagi nasi mask daging macam ni.. Boleh bookmark.. Takut hila g. Puasa kang boleh buat
BalasPadambonde, kebetulan weekend ni nanti nak buat tau.
BalasPadamesok in shaa Allah dpt daging. setelah 4-5 minggu, baru dpt order daging.
nak buat asam pedas tetel. sup tulang. nasi daging ni lah.
first time nak buat. ada tgk tgk resepi kat utube.
and ni pun aida bookmark ye bonde. minta izin amik resepi.
aida jengah sini ari tu time nak buat nasi daging :)
Padamtq ye Bonde, sharing...
Mudah bila ada pressure cooker tu kan? Sedapnya nasi daging! Dah lama teringin nak makan nasi daging ;)
BalasPadamThis looks good ! I bet your family enjoys it ! Stay safe!
BalasPadamPernah masak juga nasi daging.serius mmg sedap. Tp tk rajin buat sebab malas. Hehe. Terus sis ngidam ni nak nasi daging. Huhu.
BalasPadammommy ni orang utara rindu dah nak makan daging bakar cicah ayaq asam. ikan keli bakar cicah ayaq asam jugak. perghhh
BalasPadamwowwww!!!! Tak pernah makan lagi nasik daging ni.. nk cuba tapi takut tak jadi.. haha..
BalasPadamwah sedapnya. Teringin jugak nak makan menu ni. Okay nnti nak kena beli pressure cooker nilah.
BalasPadamUittt sedapnyalah pulak nasi daging tu. Lama dah tak buat, dulu rajin gak tapi bukan cara cam gini. Bolehlah try nanti resepi bonde ni
BalasPadamAduh bonde nasi daging tu nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba nasi daging ni. Confirm kenyang walaupun makan sikit ni. Terima kasih share resipi
BalasPadamsedap gak ya cara ni. insyaAllah nanti boleh try sempena bulan puasa ni
BalasPadamwahhhh menarik ni bonda. thanks share the resepi., nampak senang nanti maybe huda boleh try masak dengan adik.
BalasPadamWow nampak sedap nya bonda. Pressure cooker ada ni boleh cuba buat nasi daging bonda nih
BalasPadamhuwaaaa akak sedapnya. saya suka makan macam ni. macam makan kat restoran arab ada air asam dia tu kan. bleh buat sendiri ikut resepi akak ni. terliur saya tengok ni kak.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.