Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap

Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua... Bonde kongsikan lagi menu-menu PKP mesti ramai dah hilang idea nak masak apa dekat rumah tu kan... Baiklah Bonde kongsikan gabungan Menu Ringkas Dan Sedap... Makan dengan nasi sudah nikmat sedapnya.  Lagi pun PKP tak payah nak pikir nak masak menu yang pelbagai kita kena berjimat betul tak?  Nak keluar banyak kali ke pasaraya atau kedai aceh memang makan masa sekarang nih. kesian ketua keluarga kita atau siapa yang family kita yang pergi beli bahan basah/kering untuk dimasak,  nak beli barang dapur pun kena beratur berjam la nih! kena lalu saringan covid19 lepas tu nak masuk pasaraya pulak ada limit time dia, ada tempat 15 minit, ada tempat lain 30 minit haa ikutlah... lepastu belum tentu semua yang dah fikir nak beli tu ada stoknya.  Jadi Bonde ambik pendekatan untuk masak menu ringkas dan mudah yang penting sedap!

Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap 

Sambal sotong



Bahan-bahan :

2 ekor sotong saiz besar dibersihkan, dan dipotong bulat
1 biji bawang besar dipotong bulat

Bahan tumis:

1 biji bawang merah (di hiris)
5 ulas bawang putih (di hiris)
2 senduk cili kisar
1 sudu kecil asam jawa
sedikit minyak
sedikit garam bukit
sedikit gula melaka
sedikit cukup rasa maggi

Cara-cara :

Masukkan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan pes asam jawa, garam gula melaka cukup rasa maggi.  Biarkan sehingga cili garing dan masak.

Masukkan sotong dan bawang yg dipotong bulat, gaul-gaul dan tutup api.

Tip : Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan liat. 
Sambal sotong tadi sedap dimakan bersama :


Sawi Tumis Air



Bahan-bahan :

1 ikat sawi (potong saiz kecil)
3 biji bawang kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji cili besar warna merah
sedikit minyak zaitun
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi

Cara-cara :

masukan sedikit minyak zaitun dalam kuali, masukan bawang merah, bawang putih goreng bagi garing, masukkan air dan masukkan batang sawi dahulu.

bila air telah mendidih masukkan daun sawi dan cili merah, seterusnya masukkan garam dan cukup rasa maggi. 

Baiklah siap untuk dihidangkan... menu ni memang sedap makan dengan nasi putih panas-panas tau.

Alhamdulillah bertambah sesenduk nasi lagi walaupun menu simple macam ni... sedap sangat dapat hirup kuah sawi tu nikmat tek terhingga he he he

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. Sedapnya nampak..teringin pulak nak makan sotong macam ni.

    BalasPadam
  2. sawi tumis air would be my pick

    BalasPadam
  3. Sedapnya menunringkas la.paling sedap. No dah boleh join segment Saya dah Ni.. jemput join bonde..

    Anda ditag
    http://www.mamapipie.com/2020/04/pencarian-bloglist-by-aisyhah-nyais.html

    BalasPadam
  4. sedap pulak nampak sambal sotongnya hehehe

    BalasPadam
  5. Menu simple2 mcm.ni buat makan bertambah

    BalasPadam
  6. hoh sambal sotong tu sedapnya.. hadoilaaa..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.