Cara Nak Buat Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik

Cara Nak Buat Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua... Dah makan ke tu? Bonde nak kongsikan Cara Nak Buat Nasi Daging Bersama Air Asam Berkerisik, Bonde paling suka makan  Nasi Daging ni sebab kalau masak ni memang sangat mudah tak payah renyah-renyah nak masak lauk lain, sebab  Nasi Daging ni sedap makan dengan air asam sahaja...

Cara Nak Buat Nasi Daging Dan Air Asam Berkerisik



Cara nak masak pun sangatlah mudah... jomlah Bonde tunjukkan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk masak Nasi Daging nih.



Bahan-Bahan Nak Buat Nasi Daging 

500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati 
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi

Cara memasak :


Bonde masak mengunakan Philips Presure Cooker , Masukan butter, bawang merah, bawah putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.


Seterusnya..Masukan lobak merah yang telah dipotong dadu.


Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.



5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan Bonde tambahkan air sikit jer lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)


Masukan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata.


Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice, masak selama 15 minit.


Bahan-bahan untuk Air Asam 


2 sudu kerisik 
2 biji tomato (potong dadu)
7 cili akar hijau (dihiris bulat)
3 cili merah thai (dihiris bulat)1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)1 sudu air asam jawa
sedikit air suam
sedikit garam 

Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik

Masukan semua Bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih.

Tip : tahap kepedasan air asam adalah boleh di ubah ikut selera jika suka lebih boleh tambahkan cili. bergitu juga tahap masin dan masam anda boleh jer adjust ikut citarasa anda tau!
Selepas 15 minit, masaklah nasi daging Bonde...


Gambar sebaik sahaja dibuka penutup PPC tu... Bolehlah sereh/gemburkan nasi daging yang telah siap dimasak... hidangkan bersama hirisan timun dan juga salad. 

Selamat mencuba!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

23 PEMBERI ULASAN

  1. Sedap ni bonde. Pressure cooker rumah ni lama tak jalan. Nanti boleh try resepi bonde ni. Tq tau

    BalasPadam
  2. Sedapnya bonde.. PC kat rumah dh lama berehat ni. Apa kata bulan pose ni kte suruh dia kerja.. hehe

    BalasPadam
  3. Senangnya, dah boleh masuk list time buka puasa ni..nanti nak save ni resepi..makaseh Bonda..

    BalasPadam
  4. husband pernah masak juga menu ni ..cumanya part air asam tu kerisik tkde

    BalasPadam
  5. Yang tumis tu guna mode Bake ye? Nak try la sebab lama tak masak guna pressure cooker nie haha

    BalasPadam
  6. Bahan2 yang digunakan banyak juga. Nak try sebab nasi daging ni suami suka sebab dia orang utara. Air asam tu cuma tak pernah rasa yang ada kerisik.

    BalasPadam
  7. Sedapnya.. guna noxxa ke tu bonde.. Saya tgh explore noxxa.ni. Boleh try nanti

    BalasPadam
  8. nasi daging ni memang all time favourite. haritu teringin sangat tapi takda daging saya guna ayam hehe

    BalasPadam
  9. Woww menu baru yang kene cuba.. Tak pernh buat lagi nasi mask daging macam ni.. Boleh bookmark.. Takut hila g. Puasa kang boleh buat

    BalasPadam
  10. bonde, kebetulan weekend ni nanti nak buat tau.
    esok in shaa Allah dpt daging. setelah 4-5 minggu, baru dpt order daging.
    nak buat asam pedas tetel. sup tulang. nasi daging ni lah.
    first time nak buat. ada tgk tgk resepi kat utube.
    and ni pun aida bookmark ye bonde. minta izin amik resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aida jengah sini ari tu time nak buat nasi daging :)
      tq ye Bonde, sharing...

      Padam
  11. Mudah bila ada pressure cooker tu kan? Sedapnya nasi daging! Dah lama teringin nak makan nasi daging ;)

    BalasPadam
  12. This looks good ! I bet your family enjoys it ! Stay safe!

    BalasPadam
  13. Pernah masak juga nasi daging.serius mmg sedap. Tp tk rajin buat sebab malas. Hehe. Terus sis ngidam ni nak nasi daging. Huhu.

    BalasPadam
  14. mommy ni orang utara rindu dah nak makan daging bakar cicah ayaq asam. ikan keli bakar cicah ayaq asam jugak. perghhh

    BalasPadam
  15. wowwww!!!! Tak pernah makan lagi nasik daging ni.. nk cuba tapi takut tak jadi.. haha..

    BalasPadam
  16. wah sedapnya. Teringin jugak nak makan menu ni. Okay nnti nak kena beli pressure cooker nilah.

    BalasPadam
  17. Uittt sedapnyalah pulak nasi daging tu. Lama dah tak buat, dulu rajin gak tapi bukan cara cam gini. Bolehlah try nanti resepi bonde ni

    BalasPadam
  18. Aduh bonde nasi daging tu nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba nasi daging ni. Confirm kenyang walaupun makan sikit ni. Terima kasih share resipi

    BalasPadam
  19. sedap gak ya cara ni. insyaAllah nanti boleh try sempena bulan puasa ni

    BalasPadam
  20. wahhhh menarik ni bonda. thanks share the resepi., nampak senang nanti maybe huda boleh try masak dengan adik.

    BalasPadam
  21. Wow nampak sedap nya bonda. Pressure cooker ada ni boleh cuba buat nasi daging bonda nih

    BalasPadam
  22. huwaaaa akak sedapnya. saya suka makan macam ni. macam makan kat restoran arab ada air asam dia tu kan. bleh buat sendiri ikut resepi akak ni. terliur saya tengok ni kak.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.