DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN

by - February 26, 2019

DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN Assalamuaikum Dan Selamat Malam... Hai semua, Pernah ke Seri Kembangan, tapi tak tahu nak makan dekat mana? Datanglah ke D'Aura Cafe & Steamboat.  Baru-baru ni Bonde berkesempatan Dinner berdua bersama Kanda dekat D'Aura Cafe & Steamboat Seri Kembangan.  Selalunya kalau pergi Aeon Seri Kembangan tak tahu dah nak makan dekat mana! Asyik-asyik nak kena makan fast food macam tak sedap jer rasa kat tekak (tekakt orang kampunglah katakan).  Nak juga makan makanan citarasa kampung!  Kalau anda ke Seri Kembangan nak rasa makanan kampung anda wazelah D'Aura Cafe & Steamboat.DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN


DINNER BERDUA DEKAT D'AURA CAFE & STEAMBOAT SERI KEMBANGAN

Sekali sekala apa salahnya suami-isteri "spend time" berdua kenalah ada kualiti time untuk kami, walau Cik Fatin duduk di asrama kami ni tinggal dirumah berdua memang jarang kami ni dapat duduk makan semeja.  Maklumlah Kanda memang selalu sebuk dengan kerjanya.. jadi bila ada masa terluang memang taklah kita ni lepaskan he he he..

Cerita mengenai  D'Aura Cafe & Steamboat tempat kami Dinner ni, memang sedap-sedap makanan dekat sini! Dekat  D'Aura Cafe & Steamboat ada 3 pilihan buffet iaitu :

Buffet breakfast 8pagi-11pagi
Dewasa RM 22, kanak2 RM 11

Buffet lunch 12noon-3pm
Dewasa RM 33, kanak2 RM 22

Buffet dinner 7pm -11pm
Dewasa RM 44, kanak2 RM 22

Ada macam-macam menu menarik dimasak oleh Chef Hotel, memang selesa makan berhawa dingin hu hu  D'Aura Cafe & Steamboat makanan dijamin HALAL, MURAH, SEDAP!




Ada Pelbagai menu makanan yang dihidangkan yang sempat Bonde rasa ialah udang goreng butter, rendang daging, asam pedas, shellout, ayam goreng berempah, sayur Pak choi masak tiram, ulam-ulaman dan pencuci mulut pula Bonde sempat makan ice-cream, bubur kacang hijau. Air pula dihidang dua jenis panas dan sejuk.

AYAM GORENG BEREMPAH



UDANG GORENG BUTTER


UDANG GORENG BUTTER KESUKAAN BONDE

Udang goreng butter memang kesukaan Bonde, Kalau makan dekat kedai Tom Yam sepinggan harganya dalam RM 25.00 tapi kalau makan dekat buffet ni makan banyak mana pun boleh.. sebab dah termasuk dalam pakej harga Dinner jadi boleh repeat dua-tiga kali untuk udang goreng butter ni... sedap tau! memang berbaloi dinner kat sini.




BUAH-BUAHAN DAN ULAMAN-ULAMAN



ULAM-ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN

Tak sah ulam-ulaman tak dimakan dengan sambal belacankan! Sambal belacan dekat D'Aura Cafe & Steamboat memang superb kena dengan tekak Bonde tau!  kalau ratah  ulam-ulaman cicah sambal belacan ni jer pun sudah buat bertambah, laju jer masuk mulut tapi okehlahkan boleh "eat clean" makan banyak mana pun tak kisah.. Ulam-ulaman pucuk pegaga, ulam raja, kacang panjang, kacang boto dan timun.

SNACKS


French Fries, Calamary Ring,Potato Wedges ni semua panas-panas tau memang berselera Bonde makan.  Sedap sangat cicah dengan Sos Chili , Mayonis dan Tausand Island.

BUBUR KACANG HIJAU

BUBUR KACANG HIJAU

Bubur kacang hijau ni adalah salah satu pencuci mulut dekat D'Aura Cafe & Steamboat.  Bonde sempat makan semangkuk ha ha ha hilang rindu dekat rwah Mak.. Sebab arwah selalu masak bubur kacang macam ni, kesukaan keluarga kami.

ICE CREAM


Ada empat jenis pilihan ice cream dekat sini.. so pada pengemar ice cream bolehlah repeat banyak kali ha ha ha






DECORATION DALAM D'AURA CAFE & STEAMBOAT 

KAUNTER BAYARAN

HIASAN DINDING





  


DECORATION LUAR D'AURA CAFE & STEAMBOAT 


Masa Bonde Dinner dekat D'Aura Cafe & Steamboat hari tu, ada kumpulan band Scorr makan dekat situ juga! tak lagi Scorr nak keluarkan album terbaharu mereka anda jangan lupa dapatkan yea..



Sempatlah Bonde bergambar dengan beberapa ahli kumpulan Scorr hari tu... jangan lupa nantikan 'come back' dari mereka tau!




Untuk maklumat lanjut pada anda yang nak buat Majlis istimewa seperti dibawah anda boleh buat di D AURA CAFE tau :


💝BIRTHDAY PARTY


💝ANNIVERSARY



💝BABY SHOWER

💝MAJLIS PERTUNANGAN

💝MAJLIS PERPISAHAN

💝KURSUS 



💝SEMINAR

💝GRADUATION PARTY



💝RETIREMENT PARTY



💝PRODUCT LAUNCHING

📍minimum 20 orang untuk booking party



Boleh terus klik media sosial dibawah :

dauraspasaloncafehomestay/

C-6-g, Putra Walk, Jln PP25, Taman Pinggiran Putra, Sek 2 (18.76 km)
43300 Seri Kembangan


~ Bonde Senyum Riang ~

You May Also Like

21 PEMBERI ULASAN

  1. Wahhhh! Dekorasi cafe ni cantik yang amat. Nanti kalau ke Seri Kembangan nak try la makan dekat sini. Mesti best dan puas hati dapat makan menu kampung dia kan :D Rindu lak nak makan menu kampung.

    ReplyDelete
  2. Patutlah tak berhenti makannya.. Semua hidangan dirasanya bonde ni.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik je restoran ni. Iza suka restoran steamboat. Nanti nak ajak husband datang sini la. Kitorang 1 family memang suka makan steamboat.

    ReplyDelete
  4. klasik jugak kan daura cafe ni.Kalau jenis Buffet ni yang bestnya boleh makan macam-macam.Ikut perut je boleh terima ke tak nak makan semua kan.Nampak makanan tu semua puas hati

    ReplyDelete
  5. Wahh banyaknya hidangan..harga pon berpatutan..decorasi cafe pon cool cantik..kemas..kalau macam ni boleh laa makan banyak2 sambil chit chat dgn kwn2

    ReplyDelete
  6. Best betul la bonde ni kalau pergi makan-makan...siap bergambar dengan artis plak lagi tu..makanan tu semua nampak sedap...

    ReplyDelete
  7. Dieorang punya deko nampak elegan sangat. Penuh perhiasan tapi tak nampak crowded sangat. menu dia saya nampak paling best udang butter tu. uihh

    ReplyDelete
  8. D'Aura Cafe ni memang selalu kita pergi makan sini hehehe tempat yang selesa dan dekat ngan kita wakakakaka makanan pun sedap kita suka set steamboatnya....

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnya makan buffet sekali sekala mcam ni. Nampak pelbagai makanan ada. Yg bubur kacang tu bestnyaaa favourite sangat!

    ReplyDelete
  10. Alahai.. Bestnya dapat berdua duaan.
    Kalau macam kita ni ada anak kecik, kalau bawak pergi makan kecoh habis.
    La ni tengah tinggal berdua, kalau keluar makan pun suami je makan.
    Sebab kita ni payah nak makan sembarangan.
    Kita nampak ayam tu macam best la bonde.
    Terliur kita. Mesti ranggup kan.

    ReplyDelete
  11. cantiknya hiasan dalaman dia. makanan pun nampak sedap dan menyelerakan. airah suka pergi tempat makan yang macam ni bukan je cantik,makanan pun nampak best.selera sikit nakmakan

    ReplyDelete
  12. wah samalah kita..baru je balik makan steamboat kat cafe ni tadi. boleh tahan sedap dan banyak pilihan. tambah lagi dekat dengan rumah area seri kembangan ni. next time nak datang repeat makan lagi la.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Cantik betul hiasan dalaman d'aura cafe ni ya..nampak sedap mata memandang..ini yg buatkan pelanggan rsa tenang je. Bolehlah nanti sis try makan kat sana

    ReplyDelete
  14. Wah bestnya. Dah lama tak makan steamboat. Nanti nak pergi carilah. Dah mengidam dah hehe.

    ReplyDelete
  15. Ya ampun macam2 lauk ada semuanya memikat selera. Ingat nak singgah sini bawa famili satu hr nanti. Mesti puas hati punyalah

    ReplyDelete
  16. Wow suwitnya dinner berdua hahah. Sedapnya nampak makanan yang ada kat sini terutama butter prawn tu. alahaiii buat terliur je

    ReplyDelete
  17. Wow. Cantik la decoration dia kak. Saya suka tengok. . Makanan pun nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  18. mmg sedap nampaknya menu yang dihidangkan...wahhh berselera sungguh makan disana...

    ReplyDelete
  19. Fuhh Bonda, semuanya menyelerakan! Best giler. Dah lama tak makan luar. Ingar nak survey makan luar pada bulan Ramadan nanti.

    ReplyDelete
  20. Banyak pilihan menarik, dekorasai dalamannya pun sama.. ;)

    ReplyDelete

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang

Terima kasih.