SPEC MATA 2019 BARU DARI DR SPEC

Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai semua, Bonde nak tayang Spec mata baru.. yang ringgan dan sporty dari Dr Spec, pattern ni nampak old school sikit ha ha ha nak nampak macam remaja ke ni ha ha ha??? sytttt jangan bocorkan rahsia yea.

Dua tahun lepas Bonde buat spec dekat Dr. Spec juga, frame dan lens dekat RM 450 jugalah sebab yang tu memang tahan lasak sikit bila ke tempat panas lens akan berubah automatik ke warna hitam!! haaa magic gitu.. mula-mula macam jakun tau bila dekat panas jer nak ambik gambar, sebab nak tengok eh dah berubahlah... lama-lama tak heran dah.. ha ha ha


SPEC MATA 2019 BARU DARI DR SPEC




Cermin mata selalunya perlu ditukar untuk jangka masa yang lama iaitu dua tahun.

Alhamdulillah Tahun ini, Bonde telah mengunakan Insentif yang diberikan oleh Pejabat Bonde sebanyak RM 300 untuk Cermin Mata biasalah untuk Insentif ini ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi baru dapat kelulusan.

PILIHAN BONDE ADALAH KEDAI CERMIN MATA DR SPEC

Sebenarnya ini kali kedua Bonde buat Spec Mata dekat sini... Kali ini Bonde telah memilih Spec Mata dengan pakej Frame + Lens 4 in 1 = RM 375.00 sahaja. Wow banyak lens dia bagi ha ha ha.  Sebenarnya untuk frame ni lens dia asing-asing jadi taklah berat sangat frame dia.. tiga lens yang lain pakai bila diperlukan sahaja.



1. Frame + Lens dengan Power

Frame ni yang selalu dipakai setiap masa, time tido sahaja dibuka! ha ha ha bagi Bonde ianya memang selesalah sangat ringan.


2. Frame + Lens dengan Power + Lens anti silau


Bila dicantumkan Lens anti silau ke Lens dengan power dah macam oakley dah spec Bonde he he he yang sesuai dipakai pada waktu siang dan di tempat panas.



3. Frame + Lens dengan Power + Lens anti silau

Spec ni dipakai pada waktu malam, sesuai digunakan semasa memandu pada waktu malam. Memang nampak clear sahaja pemanduan diwaktu malam dan mata tak cepat letih dan kepala tak pening sebab silau cahaya dari kenderaan lain selalunya akan buat mata Bonde cepat letih dan kepala mudah pening sebab mata melawan semasa silau cahaya menembak ke mata Bonde .



3. Frame + Lens dengan Power + Lens Polarized


Yang ini juga sesuai dipakai pada waktu siang dan di tempat panas. Ianya sangat membantu penglihatan Bonde yang cepat sakit kepala pada silau matahari pada waktu siang cuaca yang terlalu panas.


Ok berbalik pada Insentif Cermin Mata tadi, Bonde hanya keluarkan RM 75 untuk spec mata ini.  Alhamdulillah kemudahan yang diberikan ini. Bonde sebagai kakitangan dapat merasai  nikmatnya.  Terima kasih sangat dan sangat menghargainya.

Moga bonde terus rajin bekerja selepas ini. InsyaAllah.

Kalau anda semua rasa nak juga gunakan spec macam Bonde ni, anda terjahlah Dr. Specs Oulet In Malaysia yang berdekatan dengan tempat anda.

Bonde buat ni dekat Dr. Specs D'Pulze Cyberjaya.  Dekat dengan pejabat ! kalau Bonde nak cuci, nak tukar skrew dan nak repair semua percuma tau!  Inilah yang paling Bonde suka dan rekemen Dr. Spec dekat anda semua.


Untuk sebarang info dan promosi anda boleh lah terjah dekat :

Facebook : Dr. Spec



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

3 PEMBERI ULASAN

  1. SA nyer cermin mata nak kena tukar baru la..cawangan paling dekat kat Nilai tu ha...cantik spec mata bonde sekarang...

    BalasPadam
  2. Serba lengkap dah spec Bonde. Seronoklah ada insentif spec dating prjabat. Ringan juga lah bila nak bayar to kan

    BalasPadam
  3. Bestnya bonde ada spec Batu mmg sesuai dgn bonde tu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.