Bonde Zaidalifah: LUNCH DI AROI THAI DAPAT CAKE BIRTHDAY SURPRISE

LUNCH DI AROI THAI DAPAT CAKE BIRTHDAY SURPRISE

10:26 am

Assalamualaikum dan Selamat pagi...

Hai reader semua, ni Story Birhday Girls ehcehhhh nak juga ayat ni.. Sebenarnya pada tarikh birthday ni kena ingat dua perkara! satu lesen memandu kenderaan akan tamat tempoh (ini kena ingat sendiri) pernah terlupa renew lesen kena penalti dua tahun renew dari sistem... naseb masa tu ada simoan cash.. boleh bayar kalau tak malu jer kat kaunter pos laju tu  dan satu lagi tarikh renew domain blog ni, memang Bonde daftar domain pada tarikh ni, supaya mudah untuk diingati (ini netKL sentiasa email sebulan sebelum tamat dan setiap seminggu dalam bulan tu pun dia akan bagi email peringatan) kalau tak sempat nak renew juga kena salahkan diri sendiri. 

Sebab tu masa keluar lunch hari tu pergilah renew lesen sekali dekat pejabat Pos Malaysia Shafburry Cyberjaya Alhamdulillah semua dah selesaikan... di perbaharui...

LUNCH DI AROI THAI DAPAT CAKE BIRTHDAY SURPRISE

AROI THAI CYBERJAYA, MAKANAN THAI, CITARASA THAI, TEMPAT MAKAN DI CYBERJAYA, TOM YAM THAI, CYBERJAYA, MAKANAN MURAH DI CYBERJAYA,


LUNCH DI AROI THAI  

Ini adalah kali kedua kesini dalam bulan Ogos ni, Bonde dah tersuka makan ikan celop tepung dekat sini, sebabnya garing dan sedap ikan tu, digoreng panas-panas makan bersama sos thai yang sedap juga! serasi pulak gandingannya.. kerana ikan celop tepung tu menu baharu di Aroi Thai bagi Bondelah sebab sebelum ni datang tak ada menu tu he he he

Siap oder empat mangkuk... untuk ikan tu, Tapi buat Bonde kecewa ikan yang Bonde nak makan , masa tu tak ada.. diorang tak bagi tahu yang ada ikan lain... tak sama macam dalam buku menu. yang datang ikan tak salut tepung... tapi ikan yang tak salut tepung ni tak mengecewakan... masih boleh dimakan dan sedap jugalah... (pujuk hati)

Memasing seronok juga makan... kesian Fikri, Jelin dengan Fiqa diorang tu firstime makan dekat situ tak tahu nak oder apa?? tiru jer kami oder apa... Aida dengan Rina pula untuk kali kedua datang makan dekat sini, diaorang dah kategori terer dah pandai nak makan apa?..

AROI THAI CYBERJAYA, MAKANAN THAI, CITARASA THAI, TEMPAT MAKAN DI CYBERJAYA, TOM YAM THAI, CYBERJAYA, MAKANAN MURAH DI CYBERJAYA,

Terima kasih pada yang payung cake birthday girls ni yea... so sweet tetiba rasa muda dua puluh tahun dari usia sebenar pulak.... keh keh keh...

AROI THAI CYBERJAYA, MAKANAN THAI, CITARASA THAI, TEMPAT MAKAN DI CYBERJAYA, TOM YAM THAI, CYBERJAYA, MAKANAN MURAH DI CYBERJAYA,

Untuk pegetahuan anda semua, Aroi Thai juga sudah buka cawangan ke dua di Cyberjaya iaitu di Neo Cyber, Cyberjaya. bagi anda peinat-peminat makanan Thai boleh klik info dekat sini..FB : aroithai1.90/

Entri berkaitan : JJCM AROI THAI

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. saya juga sempat check lesen memandu..

    nasib baik buat dua tahun terus..

    kalau tak terpaksa la renew secepat yang mungkin

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing...tempat best ni

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN