BondeZaidalifahDotCom: ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION KEKAL HARUM SEPANJANG HARI

ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION KEKAL HARUM SEPANJANG HARI

9:05 am

Assalamulaikum Dan Selamat Pagi.

Hai reader semua,

Yeayyy dapat surprise box dari produk Enchanteur memang sangat teruja sekali... Bonde memang suka produk Enchanteur dari dulu lagi.... memang best sekali.  

Hari tu Bonde ada buat video unboxing dekat IG & FB ramai yang tanya pasal produk ni dan ramai juga yang teruja nak tau...


ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION KEKAL HARUM SEPANJANG HARI


ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic dan Alluring memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

Kali ini,

Bonde berpeluang untuk menikmati 2 jenis Losyen Haruman Enchanteur yang sangat wangi siapa tak nak kulit yang sihat dan lembab. Kali ini Bonde dapat 2 botol Enchanteur, tak sabar nak try... Romantic dan Alluring.



ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION

Sebelum tu,
Bonde nak perkenalkan dahulu rangkaian produk yang baharu dari Enchanteur :

ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION


ENCHANTEUR Charming 


(direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)


Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.



ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION

ENCHANTEUR Romantic 


(dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 


Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.


ENCHANTEUR 24H MOIST LOTION

ENCHANTEUR Alluring 


(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  

HARGA ? 

Sangat mampu milik....

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, Sila layari :

Laman Web : www.enchanteur.com.my 


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Kita dapat losyen yang sama...memang bau harum sepanjang hari kan bonde..

    ReplyDelete
  2. Wow bonde cerita buat nak terus g beli la. Enchaunter memang wangi sangat.

    Jemput ye bonda singgah rumah saya :
    https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/langkah-cemas-bila-anak-makan-overdose.html?m=1

    ReplyDelete
  3. wah...wangilah lepas ni...saya suka wangian dari enchanteur ni

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN