Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua...
Kepada anda peminat Drama Titian Cinta adaptasi novel karya Ridhya Iman, Kalau anda berminat hendak membaca novel tersebut secara online Bolehlah anda klik link yang Bonde sharekan dibawah ini.
Link tersebut dari blog penulis Ridya Iman : http://ridhyaiman.blogspot.my
Bonde baca comment di media sosial ramai yang tertarik dengan kekacakkan Haris iaitu Zul Ariffin yang nampak sangat matang dengan jambangnya (betul ker). Nampak sepadan pula lakonannya bersama gandingan Farah Nabila.
BACA NOVEL TITIAN CINTA SECARA ONLINE
[BAB 1 - 25]
SINOPSIS TITIAN CINTA
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi. “Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris “Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy “Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya. “Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi. Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
~ Bonde Senyum Riang ~
1 Ulasan
baca sinopsis ni jer pun dah buat hati gatal nak tengok..
BalasPadamkita takda astro, mso tengok youtube jer lah...
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.