BondeZaidalifahDotCom: KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH

KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH

6:18 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Apa khabar... ada ke yang merindui... lama tak update blog lebih kurang dua minggu, bukan apa... Bonde tidak sihat balik dari Korea hari tu..

Baru berkesempatan nak cerita dekat anda semua tentang holiday oversea Bonde... 6 Hari 4 malam ke Korea... pada 6 September 2017 hingga 11 September 2017.

KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH


KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH


Untuk pengetahuan anda semua,
Bonde menjejakkan kaki ke Korea buat kali ini, adalah kali yang kedua, maklumlah korea mempunyai 4 musim iaitu : 

MUSIM PANAS-SUMMER 
bulan Jun,Julai,Ogos


MUSIM LURUH-AUTUMN 
bulan September,Oktober,November


MUSIM SEJUK-WINTER 
bulan Disember,Januari,Februari


MUSIM BUNGA - SPRING 
bulan Mac,April,Mei

Bonde dah mempunyai 2 pengalam musim di Korea iaitu Musim Sejuk pada tahun 2012 dan Musim Luruh pada tahun ini 2017.

Pengalaman kali ini tetap indah seperti pertama kali pergi.  keterujaan yang sangat tinggi sama seperti tahun sebelumnya.

Simpan hajat untuk memenuhi 2 musim lagi iaitu Musim Bunga dan Musim Panas. (InsyaAllah)

Marilah Bonde ceritakan persiapan Bonde untuk travel ke Korea pada Musim Luruh ini...

Sebelum ke Korea anda boleh google terlebih dahulu ramalan kajian cuaca untuk memudahkan anda untuk bawa baju, tak perlulah bawa bawa terlalu tebal jika waktu itu tidak terlalu sejuk, boleh bawa yang biasa-biasa sahaja.



Waktu Bonde pergi ini suhu diwaktu siang dalam 20˚ - 21˚ (lihat meter temperature dalam bas) dan malam agak sejuk iaitu bawah 20˚.  Kalau hujan lagi sejuk.  Jadi malam-malam memang tak ada jalan-jalan.

Memandangkan waktu ini cuaca tidak terlalu sejuk memadai dengan membawa bawa sejuk yang biasa tidak terlalu tebal jimat space dalam luggage.

PAKAIAN SEMASA BERTOLAK

Memandangkan flight Bonde malam... lebih kurang jam 1.00 pagi, Bonde memakai pakaian yang selesa untuk lebih kurang 6 jam perjalanan iaitu :

1) T-shirt 
2) Baju sejuk
3) Seluar jeans  (untuk mengurangkan rasa sejuk dalam flight)
4) Kasut canvas
5) Stokin 
6) Tudung

BAG LUGGAGE  (15 KG PERGI)(20 KG BALIK)

1) Baju tidur/seluar tidur recycle sahaja
2) Seluar slack 1 / jeans 1
3) T-shirt 2
4) Blouse 1
5) Stokin 3 pasang
6) Tudung 3 helai
7) Baju Kurung Nipis 1 pasang (Kami nak buat photoshot nanti)
8) Innerware 
9) Sanitary pad
10) Selipar
11) Kain batik
12) Tuala nipis
13) Pakaian dalam secukupnya 
14) Universal adapter
15) Plastic bag
16) Beg extra ( beg tote )
17) Plastic Wrapper (untuk wrap beg masa balik nanti)


Semua siap-siap letak dalam botol yang comel-comel untuk travel tu beli  dekat Kaizon. murah jer dalam RM 5.00 macam tu. (lupa harga)

KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH

TOILETRIES (BAWAH 100 ML)

1) Berus /ubat gigi
2) Pencuci muka
3) Moisturiser
4) Sunblock
5) Barang makeup (bedak,lip glos. lipstik)
6) Shampoo
7) Wet tisu
8) Lotion
9) Deodoran
10) Perfume
11) Tisu

UBAT-UBATAN

1) Minyak anggin ( Bonde bawa baatok Ori)
2) Handyplass
3) Panadol activepass
4) Ubat-ubatan


BAGPACK (7KG)

1) Sarung tangan nipis 1
2) Telekung
3) Baju Sejuk yang kedua
4) Powerbank
5) Charger/kabel
6) Bateri kamera / kamera charger
7) Botol air minuman (kosong) pakai buang
8) Sunglases
9) Headphone

HANDBAG

1) Passport
2) Duit Won (yang telah di tukar)
3) Nota perbelanjaan Won convert Myr
4) Handphone
5) Handcream
6) Sanitiser
7) Tisu paper
8) Pen
9) Buku Nota

MAKANAN YANG PERLU DIBAWA


1) Biskut
2) Maggi pack / cup
3) Gula-gula
4) Makanan ringan
5) Coklat
6) Gula dan krimer 
7) Tea uncang (kena bawa)
8) Tuppaware travel
9) Botol air 
10) Botol air plastic
11) Sup camble
12) Bubur instant (Knorr)

Maggi pack ada yang tak habis, terpaksa bawa balik... jauh dia jalan-jalan ke Korea.

KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH

Chocolate snickers ni bawa tapi tak sempat makan, kaedahnya perut sentiasa kenyang untuk trip kali ini.

KELENGKAPAN KE KOREA PADA MUSIM LURUH

SNICKERS

APPLICATION YANG PERLU DI DOWNLOUD

- Currency Converter 
- Panduan Solat Jamak

WIFI / INTERNET


Untuk trip kali ni, Bonde tak sewa pon wifi atau beli data internet dekat sana.. tak buat roaming juga, sebab wifi free dekat Korea ada banyak.  Jadi gunakan secukupnya.  Shopping mall, restoran, laluan semua ada ada wifi jadi sangat berbaloi guna wifi yang ada untuk share pic-pic dekat media sosial.  Tapi tak berkesempatan nak update.

Ini sahaja kelengkapan yang bonde sediakan masa pergi ke Korea,  Diharap anda semua dapat info yang lengkap untuk travel nanti .

to be continue...

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. Bestnya kalau dapat pergi ke sana juga!

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni...manalah tahu nanti nak berjalan ke korea

    ReplyDelete
  3. Bagusnya Ada list Gini. Tq bonde for sharing

    ReplyDelete
  4. bestnya..bila la dpt pergi ni..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN